Salam....
I ni pengantin DIY. Jadi untuk semua hand bouquet yang I pakai masa majl;is kahwin aritu semuanya dibuat oleh hasil tangan I sendiri. Walaupun senget benget tapi puas hati sebab buat sendiri. :p
Untuk han\d bouquet semasa majlis resepsi, I menggunakan cebisan kain warna biru dan grey. Reben biru, button warna merah, kain net dan reben putih. Jenuh jugak tengok tutorial nak jahit bunga ni. I lupa pulak ape nama bunga hasil jahit macam ni. ~huuhu~ I jahit 10 kuntum bunga kemudian cantumkan dan gubah elok-elok semua bunga ni.
Untuk dua orang flower girl pun I jahit bentuk bunga yang sama. Cuma I guna kain kaler biru dan merah. Disebabkan flower girl I budak-budak yang comel, makanya bunga mereka I susun 4 kuntum bunga saja.
Untuk majlis akad nikah, I guna artificial flower saja. Kombinasi warna kuning dan purple dan diikat reben warna purple juga. I rasa bunga ni sangat owesome. hahaha...
Tengok.. cantik tak? :)
Tapi lepas guna, bunga ni I bukakan ikatan reben pastu I recycle untuk jadikan bunga certerpiece di meja tetamu bawah khemah. hehehee..
Kesimpulannya.. kalau nak suruh I jahit lagi sekali hand bouquet macam majlis resepsi tu.. I memang serender.. Nak muntah I menjahit.. heheheee... :)
No comments:
Post a Comment