Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Loading...

Tuesday, December 27, 2011

Door Gift

Salam Selasa..
Sudah mula bekerja hari ini. Agak bosan.. huhh!!

Finally dah jumpa cawan vintage paling murah. Rasanya inilah yang termurah yang dijumpai. Cawan vintage ini saya nak letak dalam brown paper beg untuk tetamu yang datang. Banyak tempat juga saya servey sebelum nak membeli.

Kedai pertama yang saya pergi ialah Kedai Serbaneka kat Seri Gombak. Harga untuk seunit cawan vintage RM1.20. Tapi kalau beli sampai 1500 unit orang kedai u boleh bagi RM1 seunit. Pada saya agak mahal lagi harga ni.

Jenuh jugak tau saya cari harga yang murah. Then, saya ada pergi satu kedai menjual bermacam-macam barang perkahwinan kat Seksyen 19, Shah Alam. Kedai ni berhampiran dengan De Palma Hotel.Kat situ memang berlonggok cawan vintage yang saya nak. Dan harganya saya rasa agak berpatutan jugak, 70sen sebijik. Kalau kita beli dengan kuantiti lebih 1000, harga jatuh kepada 65sen sebijik. So kalau nak beli 1500 unit jumlah harga keseluruhan lebih kurang RM975. Saya pun excited. So Im decide nak tunggu Mr. Sallehudin bagi duit hantaran then saya nak datang beli kat kedai tu aje...

Tapiiii...
Ahad lepas me and family ada pergi jejalan ke Nilai. Masuk dalam satu kedai ni... OMG!! Saya jumpa juga cawan vintage pada harga 50sen sebijik. Lagi murah dari kedai yang kat Shah Alam tu. My mom pun dah suruh sesangat beli kat kedai ni sebab murah. Tapi kalau saya nak beli on the spot 1500 biji mana saya ada bawak duit cukup RM750 tu.. haiss... So, saya buat order dulu dan bayar deposit RM50. Saya dengan Mr. Sallehudin akan datang ke kedai tu untuk collect cawan end of January...
Lepas balik dari Nilai, saya ada buat sedikit discussion dengan my mom and dad. Pada mulanya kitorang bercadang nak buat paper beg untuk doorgift 1500 unit dan 300 unit untuk VIP doorgift. Tapi after discussion my dad tak nak bezakan doorgift yang nak bagi kat tetamu. Kalau boleh nak bagi kat semua orang sama ajeee... Dan my mom pulak cakap dia takut doorgift 1500 unit tu tak cukup. Haiss.. So, saya pun decide akan buat 2000 unit doorgift untuk semua tetamu without ada VIP doorgift. Lebih senang cerita VIP doorgift dimansuhkan. Haha...

So.. herewith my idea dan senarai item untuk dorgift tetamu pada hari nikah dan sanding saya nanti...

Hari Nikah
::Uncang Wangi - DIY [belum start pun lagi] - 100 unit (kalau sempat buat lebih)

Hari Resepsi
~ 2000 doorgift tetamu [brown paper beg]
:: Cawan Vintage
:: Biskut 

~ 1000 doorgift kanak-kanak
:: Gula-gula (gula-gula cukuplah)

~ 50 doorgift untuk rombongan pengantin lelaki
:: Barang hiasan Vintage [dah spot 1 item ni, same shop dgn cawan vintage]
:: Uncang wangi - DIY
:: Biskut
:: Chocolate lolipop [ sponsor by my fren]

~ 100 doorgift kumpulan marhaban
:: Bunga telur
:: Sapu tangan
:: Biskut

Rasanya.. itu saja kot.. owhh.. saya ada juga doorgift sampingan untuk mereka yang menulis dalam guest book saya, bridesmaid dan juga kepada kengkawan rapat yang datang nanti..  :)  Surprised...

5 comments:

  1. mrs. salehuddin,
    kdai ape kat nilai tu????plz.nk beli gak...yg kat KL paling murah pon RM1.50 per pcs...thanx

    ReplyDelete
  2. hi cawan vantage tu besar ke kecik ye..berapa ukuran dia- boleh email sy di etty_violet85@yahoo.com.my - tq ;)

    ReplyDelete
  3. salam bleh sy tau kdai ape kat nilai tu?..
    sy pn tgh carik 2000 pcs cawan yg murah.. bleh x email kn kt sy kdai kt nilai tu, kalu dpt no fon skli lg bgos ;)
    ashrafjb87@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. hai all.. infor kedai jual cawan vintage kat sini ---> http://mrandmrssallehudin.blogspot.com/2013/04/infor-cawan-vintage.html

    ReplyDelete