Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Loading...

Friday, November 16, 2012

Suri Rumah

Salam semua..
Esok cuti kan.. walawala.. ade jugak yang amik cuti direct minggu ni. Boleh laa pergi holiday kot. I tak pergi mana-mana pun.. Dok umah aje tengok tv layan blog layan facebook. Pastu cari kontest baru.. ~ahaha~ Petang tadi pun baru pergi pos office, beli setem sebab nak pos envelope kontest. Hobi baru... boleh laa mengisi waktu terluang. So far, kontest yang I join belum ada result announce lagi.. So tak tau menang or kalah. Tapi ada few yang dah announce, giveaway blog.. tapi takde rezeki nak menang besar lagi..menang secara kecil-kecilan ada laa.. ~hee~

Well... esok I ada projek nak buat. Projek masak-masak seorang diri di dapur mencuba resepi baru. ~hee~ maklumlaaa resepi tu tengah top sekarang ni. I tak pernah rasa lagi. Teringin juga nak try makan..ape rasanya.. so kita buat esok yee.. Tadi pun dah beli barang-barang nak masak untuk esok. Tengok jer lah esok jadi or tak yee...

Mr. Sallehudin ni dah tunggu depan tv. Sebab kejap lagi nak tengok Maharajalawak Mega. Lagi dua jam hokeyy.. Dia dah siap bawak bantal busuk dia tu baring depan tv. I nak baring pun takde ruang. Haisshh.. 

Korang nak tau tak satu perangai buruk Mr. Sallehudin sejak dari dulu? Dia suka tulis status kat fb I.. status tu status mengarut pulak tu.. Kekadang dia tulis "Saya Budak Masam Suami Saya Wangi" so..bila orang lain baca status fb I.. nanti orang ingat I pulak yang tulis.. Bengang betul tau.. Baru kejap tadi pun dia curik-curik amik hanfon I pastu cuba-cuba nak tulis status kat fb I... Nasib baik I ternampak.. terus I jerit.. I cakap kat dia.. kalau dia tulis jugak hal pelik-pelik kat status fb I.. I ugut esok I takmo masak... I cakap betul nii.. 

Dah laa I hari-hari masak. Dari tak reti wat masak lemak cili api sampai dah terrer.. dari tak reti masak rendang sekarang dah boleh kalau nak wat business rendang.. Walaupun I suri rumah tangga memang I masak hari-hari. Tapi dulupun masa I bekerja lepas kahwin, I masak jugak hokeyy.. Penat balik dari kerja dengan keadaan stress ya amattt... stress dengan Y.A.M tuuu.. stress dengan jalan jammed macam gampang.. I sampai umah kol 7pm.. I masak untuk dinner hokey.. So..disebabkan I hari-hari masak.. I should get one day off dalam seminggu. So..hari off day I tu..bawak laa I pegi jejalan ke, tengok wayang ke, makan-makan ke, tengok konsert ke...kann..??


Haha.. I suka tengok pic kat atas tu.. Huu.. tak penah lagi laa sepanjang I bergelar housewife jadi macam tu. Dan harap-harap takmo jadi macam tu. Perlu masak dengan bersopan santun yee.. 
 

I memang suka try resepi baru. Setiap kali I masak resepi baru, sape lagi kalau tak bukan Mr. Sallehudin yang komen. Itu laa.. ini laaa... Setiap orang tak sama skill masakannya.. So jangan nak kondem sangat laaa.. Mana ada masakan orang A akan sama rasanya dengan masakan orang B. Walaupun rasa sedap dan sama tapi orang yang masak tu tetap tak sama..
 

Sape kata seronok jadi hausewife? Memang laa seronok sebenarnya. Tak payah nak stress dengan kerja opis, tak payah nak tempuh jammed. Boleh tengok drama korea lagi kat tv.. hehe..Tapi kalau korang nak tau housewife ni memang keje penat. Membasuh baju, sidai kain, lipat kain, kemas rumah, mop lantai, masak.. tu semua I buat tau.. tapi satu ajee yang I tak buat.. cuci jamban.. hahahaaa.. sebab tu I serah tugas kat mr. Sallehudin. ~hehe~


Pendek kata.. tugas suri rumah memang mulia.. Seriesss.. so hargailah kami yang bekerja di rumah ni.. ~ehehe~

1 comment:

  1. hihi cutenye hsbd you.. joinla contest offline jugak.. jom

    ReplyDelete