Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Wednesday, June 29, 2011

Ucapan Untuk Mr. Sallehudin

Salam and very Good Morning..
Hari nie awal sangat saya update blog  :) tak boleh tido laa hihi.. sebab teringatkan lagi 9 hari aje menuju my 
E-Day. Wahh sangat nerbess hokey.

Ini ada ucapan sikit untuk Mr. Sallehudin..

Dear.. Terima kasih kerana sudi terima saya seadanya. Saya bukanlah seorang wanita sempurna dan banyak kekurangan tapi kita saling berusaha untuk menjadi seorang yang sempurna. Saya happy dengan awak dan harap awak pun happy bila disamping saya. Saya sangat tak sangka yang kita begitu awal merancang majlis tunang kita. Alhamdulilah.. sepanjang kita bersama tiada apa-apa perkara yang membuatkan kita bertegang urat dan lidah ataupun gaduh hantuk kepala atau berlawan kaki.. huhu.. Harapnye hubungan kita sentiasa happy, mesra dan saling sayang menyayang. Biasalaa kan.. sedangkan lidah lagi tergigit.. inikan pula pakwe makwe dan lagi sembilan hari akan jadi tunang kan..  )

Awaklah satu-satunya lelaki yang betul bersungguh-sungguh menerima saya. Awaklah satu-satunya lelaki yang ajak saya kawin..  :) Yang dulu kala tu semuanya macam gampang dan tidak serius dalam hubungan. Mereka bukan lelaki tapi jantan.. (huhu.. ehhh ape hal laa emo pulak nih. Sorry ter'emo' lebih). Dan saya harap awak bukanlah dalam golongan yang saya katakan tadi dan saya yakin awak bukanlah seperti mereka kan. Saya tahu awak ikhlas menerima saya. Kalau tak ikhlas.. awak tak bawa laa saya jumpe ibu & ayah & your family walaupun waktu tu kita baru kenal dalam tempoh dua atau tiga minggu kan... Terima kasih untuk itu semua.. layanan dari awak sendiri dan keluarga awak amat menggembirakan hati saya...

Bila makin hampir dengan majlis tunang kita kan.. saya selalu pikir-pikir.. ape laa hantaran yang awak nak bagi kat saya kan.. hihi.. boleh saya request tak? saya tak nak blackberry tapi saya nak lens camera.. hihihi.. (saje jerk request, mana lah tau kot dpt kan.. hihi)

Walau apa pun saya tetap sayang awak...  (^_^)

Tuesday, June 28, 2011

Minggu Sibuk

Hye & Salam..
Minggu ni agak sibuk sikit. 

Firstly sebab nak sediakan sample biskut raya. Ada beberapa orang yg request nak rasa biskut raya. Wokey. I will prepare it and distribute this Friday. Wish me luck yer in my small business ni..  :)

Secondly.. saya juga sibuk membuat packing untuk barang-barang yang nak dibawa balik untuk my E-day nanti. Saya baru aje wat satu checklist and notebook tentang preparation & item yg perlu disediakan. Catering, candy Buffet, Dress, Make-up & Mini pelamin rasanya tak de problem kot sebab dah hampir settle preparation. Barang-barang decoration pun dah ada.

Owhh.. sekarang saya dalam proses DIY all prnting untuk menu tag & segala jenis tag. Welcome frame pun dah siap.. hihi.. takleh tunjuk sekarang. Nanti tak surprise laa kan.. hihi.. everything akan di publish selepas my E-day. Printing untuk chocolate wripping pun blom siam. Halamakk.. nak design nie yang slow skit ni sebab kering idea. 

Yang paling pening kepala sekali ialah pasal hantaran. Saya tak tau laa ape nak letak untuk hantaran tu. Macam-macam mama nak bagi. Dulang ada sebelas aje hokeyy.. Tapi hantaran penting macam kain baju melayu, songkok & butang baju semua dah beli. Item untuk manisan aje yang tak tau laa ape mende yg confirm nak bagi.. huhu.. Tunggu aje lah nanti.. hmmm. Owhhh.. polistrin atas hantaran belum balut lagi..!!

Saya akan balik kampung seminggu awal dari tarikh e-day. 4 July 11 akan balik kampung dan buat preparation kat sana. huhu.. mesti kalut nih...

Okies.. got to go. Wish me luck yer...  :)

Sunday, June 26, 2011

Choc Bar Wrapping

Hye & salam b2b sekalian...

Cantik tak choc bar wrapping ni? Teringin pulak nak buat macam nih tapi ape pulak fungsi cokelat ni nanti? Nak letak kat Candy buffet? Macam dah banyak sangat menu kat situ kot. Nak bagi kat budak-budak yang datang? Hmmm.. saya dah sediakan candy buffet, so budak-budak amik aje candy kat situ yer.. siap ada cupcakes lagi..  :)


Cantikkan wrapping yang kat bawah ni? Hmm.. kalau bagi cokelat ni kat family sebelah lelaki ok tak..? Tapi nampak macam simple tak? Maklum laa untuk tetamu yang lain saya dah nak bagi cupcakes. Tak kan pulak family sebelah lelaki datang nak bagi cokelat yang macam nih? Nampak cokelat nih lagi murah pulak dari cupcakes....


Hohoho.. maybe boleh simpan idea ni untuk majlis kawin nanti. Banyak sangat benda yang nak wat untuk majlis tunang.. nanti tak de idea pulak untuk majlis kahwin...

p/s: saya pening..nk bagi buah tgn ape untuk family sebelah lelaki yang datang tu..

Saturday, June 25, 2011

Jemputan

Hye & Salam..

Diam tak diam lagi 13 hari nak sampai majlis tunang tu kan.. Saya tak tau laa macam mana reaksi saya masa majlis tu nanti. Malu ada.. debar pun ada gaks kot.. huhu..

Okies2.. sebenarnye bukan perasaan yang saya nak citer kan ni. Tapi sebenarnye nak citer pasal ke'confius'an saya. Saya tak sure laa sama ada nak menjemput semua kawan-kawan ke majlis tunang tu nanti or tak payah panggil langsung atau pun panggil sikit-sikit aje. Sebabnya saya planning nak jemput semuanya masa majlis kahwin nanti. Tapi bila fikir balik, memandangkan majlis kahwin tu macam lambat lagi.. kemungkinan bulan Mei or June 2012.. Boleh tak saya request majlis kahwin masa my birthday 25 Mac..? hikhikhik..

Okies2 back to the story.. so Im decided nak menjemput beberapa orang saja datang majlis tu nanti. Kekawan yang duduk kat area Bagan Serai & Parit Buntar tu boleh laa jemput kan. Yang dok kat KL nih.. klau diorang nak datang pun alhamdulilahhh...  :)

Then, pikir plak.. cane nak jemput diorang ni. Nak jemput pakai mulut ke or buat invitation card. Tapi kalau nak buat card tu macam dah tak sempat sangat kan.. So ginilah.. saya jemput pakai e-invitation aje.. boleh kan. Saya design e-invitation card tu kedian send by email. Saya baru kumpul 5 email address aje.. ok kot kan.. hihihi...

Hohoho.. tapi teringin pulak nak DIY invitation card...  :)

Thursday, June 23, 2011

Nak Order Biskut Raya Tak?

Hye everyone..
Okies.. hari ni saya tak nak update pasal E-Day preparation. Memandangkan puasa dah nak dekat pastu nak raya pulak so hari ni saya nak promote biskut raya from 'Sweetheartstories Cookies'

Sweetheartstories Cookies sediakan 6 jenis biskut tahun ni. Semuanya homemade cookies yer bukan dari kilang tau..

Biskut Sampan
RM30 per balang
45 to 50 pcs per balang



Biskut Aroma Strawberry
RM18 per balang
45pcs - 55 pcs per balang



Biskut Aiskrim
RM18 per balang
45pcs - 55pcs per balang



Biskut Badam Berceri
RM18 per balang
45 pcs - 55pcs per balang



Cornflakes Kismis Bermadu
RM18 per balang
45pcs - 55pcs per balang



Choc Cereal
RM18 per balang
45pcs - 55pcs per balang



Tempahan dah dibuka sekarang hingga 5 Ramadhan. Sesiapa yang berminat nak menjadi agen pun dialu-alukan. Boleh layari http://sweetheartstories.blogspot.com untuk informasi lanjut.  Owhh Sweetheartstories juga ada menyediakan 'Sample Kit' pada harga RM15 aje.. Setiap sample Kit tu ada 6 jenis biskut dan setiap jenis mengandungi 10 to 15 pcs.. Sesiapa yang berminat nak tempah tu juz emel: cupcakesmuffins@gmail.com or sweetheartstories@gmail.com atau SMS/call" 012-534 6131

U'olls.. tolonglah support me ok dengan membuat tempahan..hikhik.. maklumlaa nak simpan duit nak kawin nih....  :)  Thanks

Wednesday, June 22, 2011

Fitting Baju Tunang

Salam everyone.. 
makin dekat rasanya hari nak bertunang ni rasa makin nervous pulak.. huhu..
Ahad lepas, saya pergi Jalan TAR cari tudung yg 'match' dengan baju pink yang saya nak pakai masa hari tunang nanti.. (FYI, saya akan sewakan baju tu lepas majlis tunang saya ok..)
Dah dapat tudung..  :) tapi saya tak beli yang mahal sangat pun. Tudung instant yang seploh hinggit sudah. Tak yah beli yang bermanik bagai.. sebab pasni bole pakai tudung tu.. Kalau beli yang manik, nnt nak pakai pegi mana tudung tu.. Dah jadi satu kerugian disitu.. huhu..

Malam tadi saya try pakai baju tunang tu sekali dengan tudung & aksesori.. hikhik.. baju rasa macam ketat sikit. Alamakk badan naik ke? So, juz nice.. and I decide tak nak pakai veil lah. Sebab bila saya try pakai veil semalam dah rasa macam nak jadi majlis akad nikah pulak. So.. saya juz nak pakai tudung aje tapi atas kepala tu akan dihiasi dengan cekak rama-rama yang penah saya beli dua tahun dulu.. Lantaklah klau orang kata mende tu old fashion ape ape pun. yang penting saya dah tak nak kuar duit beli selendang or watsever..Saya pakai aje ape yang ade..

Kasut pulak.. hmmm.. saya akan standby satu kasut. Kasut tu pun saya beli masa raya tahun lepas tapi pakainye baru beberapa kali aje sebab tali kasut tu putus. So, saya nak bawak kasut tu ke tukang repair kasut soh orang tu gam.. hikhik.. alaa nk pakai untuk amik gambo aje kot..konon-konon outdoor fotoshoot laa... Kasut tu memang 'match' dengan baju tunang tu nanti...

Itu aje cerita pasal costume untuk tunang.. huhu.. Takde pulak gambo yang saya amik masa try fitting baju tunang.. 

Tuesday, June 21, 2011

Update Dari Mama

Semalam mama call.. 
My mama memang hari-hari tepon sebab nak update persiapan majlis tunang tu nanti...
Mama cerita abah dah booking catering & khemah..walawala.. Tapi I donno..not so sure menu makanan ape yang abah dah tempah. Tak pe lah nanti tanye balik lah.. Then abah ada wat invitation card.. Amboiii!! beriya-iya pulak abah nih. Katanya sebelah pagi tu abah nak buat majlis tahlil. Dan majlis tunang selepas zohor.. Abah pun dah menjemput sikit-sikit sedara mara..

Mama pulak.. macam-macam yang ditempahnyee.. itu laa ini laa.. konon-konon nak letak atas dulang hantaran. Yang nak sponser pun ada jugak. Banyak betul. Dulang saya prepare 11 aje tau..huhu.. Senarai hantaran yang saya prepare ari tu macam dah tak ikut ajee sebab mama beriya-iya nak tambah macam-macam.. huhu.. Tak pe.. yang penting mama yang bayar semua yang dia tempah tu ok.. hikhik..

And mama dah tempah fresh flower jugak.. bagus.. Tak yah laa saya pening nak gi cari fresh flower kat Bagan Serai tu nanti.. FYI, penggunaan fresh flower tu ialah untuk hiasan hantaran dan centerpiece.. 

Hikhikhik.. tak sabar nak hias hantaran nanti...  :)

Sunday, June 19, 2011

Tudung Style

Ptg ni nak pergi Jalan TAR nak pergi cari tudung untuk 'match' kan dengan baju tunang nanti. Hmm.. tak tau tudung yang macam mana nak pakai nanti.
Pic 1
Saya berkenan betul dengan style tudung yang macam pic 1 tu. Nampak cantik sangat dan macam ala-ala wanita arab aje nampak. Tapi rasanya sesuai tak dengan muka saya yang bulat nih pastu pakai tudung style macam tu?

Pic 2
Or maybe pakai style tudung yang macam pic 2. Nampak simple dan sweet aje. Sesuai jugak dengan tema baju saya nanti pun warna pink. Tapi saya pakai baju kain lace. Kalau patern baju style baju kurung moden dan kain shiffon I think sesuai kot guna tudung style ni..

Pic 3
Style pic no 3 pun nampak simple dan sweet jugak. Tapi saya nak kene carik pulak tudung alas atas yang macam ala-ala Siti Nurhaliza tu. Huhu..

Dalam simpanan saya dah ada veil & hiasan kepala bentuk kerawang. So saya tak mau nak membazir. Saya nak cari tudung yang sesuai dipakai dengan veil & hiasan kepala tu...

Friday, June 17, 2011

Welcome Board - Nak Buat Tak?

Hye all..

Wajar tak kalau saya nak letak board tulisan "Engagement Day - Din & Mimis - 9 July 11"
Board tu letak kat depan pintu masuk rumah atau pun letak kat tepi meja candy buffet. Tak over sangat ke kalau saya letak board tu walaupun ni cuma majlis tunang aje?  Nanti ada orang kata saya over pulak kan...

Lagi pun board ni blom mintak approve dari mama & abah lagi.. Hmmm..


Saya nak buat somthing yang lebih kurang sama macam gambarajah diatas. Cuma saya tak buat laa macam bentuk 'heart' tu. Juz buat bentuk frame empat segi aje.. Tapi kalau nak letak board macam tu kene ada kaki board tu kan seperti gambarajah di bawah ni....


Kat mana kita nak cari benda ni kan? Penah nampak benda yg lebih kurang macam ni kat IKEA. But its to expensive. Saya ni nak berjimat. Nak cari yang murah-murah aje. Kalau boleh beli kat kedai second hand pun okey jugak asalkan still in good condition. Atau pun Mr. Sallehudin boleh tak tolong tukang kan benda macam ni.. boleh tak dear..?? Alaa amik kayu terpakai pun tak pe..   :) janji murah..


Ataupun Mr. Sallehudin boleh tak tolong wat yang lebih kurang macam ni. tak payah ukiran tu pun tak pe asalkan boleh letak frame empat segi tu... hikhik.. Yang ni dari besi ringan jer nih.. hikhik...

Hmm.. klau tak dapat kaki board tu.. terpaksa lah cari alternatif lain kot... huhu..
Mr. Sallehudin, tolong fikir sat.. U can do this for me or not? huhu..
Kalau awak boleh buat, nanti saya blanje awak makan eskrim.. nak tak? hihihi..

Thursday, June 16, 2011

Candy Buffet Preparation

Hye All..

Ari ni saya nak bercerita tentang candy buffet untuk majlis tunang saya nanti. Tak tau laa zaman sekarang ni kat kawasan rumah saya tu dah ada org buat candy buffet utk majlis tunang/kahwin ni or tak. If not.. saya lah org pertama yang nak memperkenalkan candy buffet ni kat kawasan perumahan tu. hihi..

Saya dah inform kat mama yang saya nak wat candy buffet so saya dah suruh mama sediakan satu meja untuk letak semua candy2 nih.. So mama cakap table tu kite letak kat bawah 'porch' rumah aje. Yupss saya setuju with idea mama. Untuk bawah kemah tu juz letak catering -nasi & lauk pauk.

Ini ada idea sikit untuk buat candy buffet. Memang theme color for my engagement ialah pink +green. Tapi saya rasa candy tu tak semestinya saya wat sumer kaler pink kot.. whats do you think?  :)  Kalau ikutkan gambar kat atas nih saya kena sediakan menu tag, balang, pinggan/dulang yg cute..  :)
wahh.. yg ni pun nampak sweet. So simple. Agak-agak berapa jenis menu yang sesuai untuk buat candy buffet ni kan..?

Okeh. I have the idea. Jom kita listkan senarai menu untuk candy buffet yg saya planning.
:: Cupcakes - 50pcs [by Sweetheartstories]
:: Blueberry & Strawberry cheese tart - 70pcs [by mizaeda.blogspot.com]
:: Apam polkadot - 70-pcs [by Nuraien]
:: Chocolate mini bar - 100 pcs [DIY choc wrapper]
:: Dadih - 50 pcs [by Swetheartstories]

Ada lagi ke yg nak kene tambah for menu? I think this is enough kot kan.. Patut tak saya letak botil air mineral? tak perlu lah kan.. Kalau nak minum, amik aje lah air yg dah prepare by catering tu. Hihihi.. Tapi tak tau laa pulak last minute kot ada menu tambahan lain. Maklum lah dengar cerita my mama ni ada order cake.. apentah dari kawan die...

Item lain yang saya perlu prepare untuk decoration.
:: Menu tag [DIY]
:: Pinggan [dah ada. kene bukak almari mama
:: Balang cute [dah ada]
:: Tisu [beli yg ada corak2 tu]
:: Table cloth [dah ada. kene bukak almari mama]
:: Flower arrangement [flower dah ada]

Okeh. cukup ke budget saya nih? So.. candy buffet settle.  :)

note: alang-alang dah buat menu tag untuk candy buffet, apa salahnya wat menu tag untuk makanan berat jugak kan..  :)

Wednesday, June 15, 2011

Engagement Progress

Diam tak diam tinggal lagi 23 hari saja untuk adakan majlis pertunangan saya & Mr. Sallehudin. Alhamdulilah kerana ALLAH temukan saya dengan seorang lelaki sebaik dia..

So sebut tentang majlis tunang saya.. hmmm.. sangat pening ok. Nampak mudah aje persiapan tu tapi sebenarnya bukan senang nak uruskan majlis pertunangan apatah lagi majlis kahwin kan..  :) Tapi harap-harap everything is ok.

Sedikit update tentang majlis tunang saya  :) 

|| Theme color :: Pink + Green

|| Dress / tudung / veil  :: DONE [tudung je blom beli]
|| Mekap :: DONE [sendiri mekap - sy cuma perlu pembantu tolong pakaikan bulu mata palsu..hihi]
|| Kasut :: Patut ada or tak? tapi saya ada sepasang kasut warna pink..  :) 

|| Hantaran :: Dulang dah beli 9 set. Macam kena beli lagi 2 set..
|| Barang untuk hantaran :: Macam dah tak tau nak letak ape. Ramai sgt yg nak sponser

|| Catering :: DONE [abah dah tempah]
|| Khemah :: DONE [abah dah tempah]
|| Candy Buffet :: All item in progress to prepare
|| Menu Candy Buffet :: Cheese Tart, Apam Polkadot, Cupcakes, Chocolate

|| Door gift :: Cupcakes [prepare for 300pcs]

|| Pelamin :: All Item in progress to prepare. [lampu-done. Nak cari carpet & pemidang backdrop]

|| Fotographer :: Mr. Sallehudin will handl it.

|| Bilik :: Abah dah susun katil. Mama nak cari cadar yang cantik..

Ada lagi ke yang saya tertinggal untuk preparation bertunang ni?  Tolong update saya kalau ada yang tak masuk dalam list.. huhu.. Saya tak boleh nak fikir.....

Monday, June 13, 2011

Merisik Ala Moden

Alhamdulilah..
Untuk step pertama semuanya dah selesai. Upacara merisik dah pun diadakan. Walaupun majlis merisik di buat kat restoran aje dan dihadiri oleh kami2 aje.. tapi tetap mengikut adat. hehehe.. Im happy..  :)

Kebetulan my family datang ke KL. So terus dijalankan adat merisik. Wahh.. macam ni rupanya merisik yerk.. hikhik.. 

 Perbincangan yang seriuss..

Cincin belah rotan telah disarungkan ke jari.. hoyeyyy..  Dear.. kite nak kawin dah ke? hahaha..


Tarikh untuk majlis pertunangan dah pun ditetapkan pada 9 July 2011. So tunggu aje lah cerita tunang kami okey..  Sebenarnya walau[un saya happy.. tapi saya nervous tau.. hikhik..

Friday, June 10, 2011

Step By Step

Esok.. hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Akan bermulanya segala persiapan untuk menuju hari itu. Adat istiadat akan dipraktikkan. hihi...

Esok pertembungan dua keluarga. Perasaan adalah sangat gumbira tetapi agak nerveous. Saya nervous dan Mr Sallehudin pun nervous kot sebab ari ni dia demam.. hahaha..[sdg mengutuk dia ni..hihi]. Actually pertemuan antara kedua orang tua kami dan disertai oleh kami juga akan makan-makan tengah hari di D'Templer Restaurant, Taman Melati. Kami dengan muka tak malunya akan mendengar perbincangan yang akan berlangsung, iaitu tentang majlis tunang kami nanti..

Adat merisik akan berlangsung dalam suasana moden dan ala-ala koboi tetapi beradat. Cincin belah rotan akan disarungkan ke jari manis saya tidak lama lagi. Yeaahhh..  Dan Insyallah, jika diizinkanNya akan berlangsung pula majlis pertunangan sepurnama lagi.. Kali ni cincin diamond bertatahkan zamrud kot [ecehh] akan disarungkan ke jari manis saya..  hihi..

Dugaan di alam pertunangan memang besar. Sesiapa yang tidak sabar dan tidak tahan godaan boleh hancur ikatan pertunangan tu. Tetapi saya sentiasa berdoa moga perhubungan kami ini sentiasa dirahmatiNya dan kami sentiasa mendapat rezeki yang diberkati olehNya..

Setahun juga perjanjian ikatan pertunangan ini akan berlangsung. Moga-moga harapan & impian kami untuk hidup bersama dan menjaga antara satu sama lain termakbul. Insyaallah.. setelah banyak dugaan yang dihadapi sebelum kami bertemu dan dengan sifat kesabaran yang ada.. hari ini kami bahagia dengan doa restu dari ibu bapa kami. Amin...

Wednesday, June 8, 2011

Dulang Hantaran

:)


Cari punyer cari finally jumpe juga dulang idaman. Memang dulang hantaran yang macam ni saya nak gunakan sebagai hantaran tunang nanti. Nasib baik harga pun tak mahal sangat. So I grad for 7 pcs. Sepatutnya nak ambik 9 pcs. Tapi dah abih stoct. tinggal lagi 7 jer.. And another 2 dulang tu, saya amik yang macam rupa bakul skit. So yang tu boleh letak buah and... mmm ntah tak tau nak letak ape...


Yups.. saya planning cuma 9 dulang aje yang nak buat. Tapi berita terkini dari mama katanya ramai kengkawan dia yang nak sponser juga bagi hantaran. Owhh.. tenkiu makcik-makcik yang dulu kalut tanya bila saya nak kawin. Dan sekarang impian korang tu dah tercapai kot.. so plss laa sponser. Kalau nak sponser catering lagi afdal. haha.. I think I should tambah lagi dulang nih sbb ada kengkawan mama yang nk sponsor kan..   :) rezeki Mr. Sallehudin laa...


Inilah rupa my dulang 'full view'. BTW, I will open untuk sewaan selepas bulan Julai yer.. Kalau sesiapa yang berminat nak buat sewaan, boleh laa booking awal-awal dari saya. Juz emel to cupcakesmuffins@gmail.com

Ini dulang yang macam bakul tu.Untuk dulang jenis ni ada 2 pcs. Actually saiz dulang ni lebih besar dari dulang yang satu lagi tu.. nanti saya ukur panjang x lebar nyer berape yer..  :)

Cepat-cepat sape yang berminat nak sewa, dialu-alukan tapi harus diingatkan selepas bulan Julai aje available...

Tuesday, June 7, 2011

Muffins

Banyakkan muffins..  :)

Muffins ni semua bukan untuk my majlis yer. Tapi ada customer yang membuat tempahan 1000 pcs muffins untuk majlis kahwin dia. Saya dah siapkan 400 pcs. Ada lagi 600 pcs yang perlu disiapkan..



Kalau u'olls rasa nak jadikan muffins ni sebagai door gift untuk majlis u'olls nanti, saya dengan hati terbuka sudi menerima tempahan anda  :)  Jus emel pertanyaan dan tempahan kepada cupcakesmuffins@gmail.com Tapi location saya di taman Equine. So mereka yang sekitar Selangor dan KL tu boleh laa menempah. Kalau area Perak pun ok jugak, maybe somtimes saya balik kampung kan. Kalau nak tempah cupcakes untuk hantaran pun boleh..

Atau kalau nak tgk blog pun boleh ke http://sweetheartstories.blogspot.com/

Selamat menempah..  (^_^)

Sunday, June 5, 2011

Dah beli Persalinan Untuk Hantaran :)

Persalinan Untuk Hantaran
Semalam pergi Nagoya cari kain untuk buat hantaran bertunang. Memandangkan we all punyer planning nak wat majlis kahwin tu dalam bulan May or June 2012, so kami beli kain untuk wat baju raya dulu. Untuk saya dapat laa kain untuk buat 2 pasang baju kurung moden nanti.. yeayy!!. Untuk Mr. Sallehudin, saya belikan kain untuk wat baju melayu untuk dia. So setel daa 1 dulang hantaran..

Hiasan Dulang Hantaran
Saya tengah pening.. tak tau cane nak hias hantaran. Memang saya cadang nak wat fresh flower. Boleh tak 2 hari sebelum majlis tunang saya naik Cameron Highland beli bunga?? hihi.. Dulang pun saya tak de lagi. Mama memang serahkan kat saya 100% untuk hias hantaran. Memang I will do it myself. Kalau cantik, leh laa amik upah wat hantaran in future.. hihihi..

Cincin Merisik
Then singgah kedai Emas Tomei kat Carefour Wangsa Maju. Saja servey tengok cincin merisik. En. Sallehudin suruh saya pilih yang mana satu saya berkenan :) Mula-mula tengok.. jari terus point kat satu cincin nih. Nasib baik ada saiz. Then.. point untuk cincin kedua dan ketiga.. pilih punya pilih.. cincin pertama juga yang jadi pilihan. Yessz. Booking cincin tu dan esok Mr. Sallehudin and his mom pegi beli cincin tu..


note: esok Mr. Sallehudin nak kene gi outstation to Penang for 3 days. Tinggal laa saya sorang2.. hukhukhuk..

Saturday, June 4, 2011

Mr. Sallehudin's Cousin Getting Married

Siang tadi ikut Mr. Sallehudin & family pergi hantar rombongan pengantin ke Kuala Selangor. Yang kawin tu sepupu rapat Mr. Sallehudin.

Alhamdulilah, saya diperkenalkan kepada semua mak-mak sedara dia.. dan mereka semua terima saya dengan senang hati.. ecehh.. :) Cuma Mr. Sallehudin aje yang belum jumpa mama & abah dan semua kaum kerabat keluarga saya lagi..



So.. Selamat Pengantin Baru to his cousin.. En. Afendi.. semoga menjadi suami yang soleh.. Amin..

Karak Yang Tak Best!!

Malam semalam we all gi tgk Midnight - Karak Jalan Puaka.. [somthing like dats laa kot tajuknyer]. This is our second movie yang kami tengok sama-sama. Our 1st moviw yang kami tengok - Kongsi.

Sebelum masuk panggung tu kami jejalan kat ground level Mid Valley tu.. Pastu nampak ada promotion cerita Pirates Of Caribbean. Siap ada Pirates & kapal kat situ..


Owhh.. yang paling penting nak bitau.. cerita Karak sangat tak best. Macam hampess!! Nyesal betul beli tiket tengok cerita tu. Lebih baik tengok citer Nur Kasih.. huhu.. Dari 5 bintang, saya bagi 2 bintang aje..

Nyesalll.. nyesalll.... huhu.. Mr. Sallehudin ajak tengok Kungfu Panda tapi saya tak mau..

Wednesday, June 1, 2011

Sweetheartstories

Majlis tunang saya nanti akan ditaja dan diuruskan oleh Sweetheartstories

Sweetheartstories menjalankan perniagaan tempahan cupcakes, dan baru saja memulakan langkah untuk menjadi pengurusan majlis seperti:

:: Kids Birthday party
:: Engagement Party
:: Wedding Party
:: Catering for Small Event


Dan majlis tunang saya nanti adalah job pertama buat Sweetheartstories dalam bidang pengurusan majlis.

Jemput layari http://sweetheartstories.blogspot.com untuk infor terkini...