Salam Isnin. Selamat memulakan minggu baru juga dan selamat bekerja.
Owhh tak lupa juga kepada budak-budak yang hari ni dah start SPM.. selamat menjawab dan jangan bawak toyol. Hohoho.. adik I laa yang amik SPM tu..
Budak yg pakai t-shirt hijau tu laa adik I yang amik SPM arini.. ~hohoho~
Well... I nak cerita sikit, semenjak dua menjak ni uolls yang selalu baca blog I perasan tak yang I selalu masuk giveaway anjauran blog-blog lain. ~hahaha~
Tetibe aje I ada hobi baru, suka masuk contest sana sini. Tak tau laa macam mane boleh jadi macam tu.. ~hahaha~ Kebelakangan ni I selalu baca blog yang suka masuk contest, pastu diorang cerita menang hadiah itu laa hadiah ini laa.. I pun jadi teruja gilerr.. Tengok hadiah yang diorang dapat pun best. Ada I baca tu pernah penang hadiah RM10k laa, percutian pergi Vietnam laa, dapat Ipad laa, hamper barangan nilai ribu riban laa... pergghh.. best kan.. sape yang tak suka dapat barang free kan. Dah laa free jimat kan duit lagi. Contohnya.. dapat hadiah penginapan 3D2N kat Hard Rock Hotel Penang.. (hahaha..ni contoh jerr) tak ke best namanya?? Kalau kita sendiri nak pergi tido kat hotel tu guna guit sendiri.. hmmm jawabnyaaa "takde maknanyee"
So.. I pun dengan bersemangat waja cuba jugak masuk beberapa contest online dan jugak giveaway blog. Tapi setakat ni tak de yang menang lagi. Alaaaa.. I baru aje start gile contest minggu lepas. Sebelum ni setakat join giveaway kat blog aje. Mintak-mintak laa lepas ni ada rezeki. Sape yang masuk contest tak nak menang kan.. Ehhh.. I penah join simple contest yang menang tiket wayang. Tapi setiap kali menang, mesti tak dapat nak pergi tengok sebabnya date tu mesti clash dengan kerja Mr. Sallehudin. Tension tau. :p
Tapi, I akan pilih contest juga. Kalau hadiah contest tu menang kereta ke.. rumah ke.. voucher makan ke.. gadget ke.. duit ke.. I join. Tapi kalau hadiah yang melibatkan artis contohnya dinner dengan artis ke.. hi-tea dengan artis ke.. I tak join. Bukannye ape.. Mr Sallehudin dah bagi syarat..kalau nak masuk contest boleh tapi hadiah yang melibatkan artis dia tak suka. Sebab katanya seolah-olah macam kita ni dah jadi fanatik artis sangat. Lagipun artis ni pun bukannya betul sangat. Husss.. Itu kata dia laa.. so.. I akan masuk semua contest kecuali kalau ada artis involve I tak akan join lah jawabnyerr..
Alaaa.. I pun newbie lagi. Skill nak jawab slogan pun tak tau macam mana supaya slogan tu power. Hahahaa.. Contest yang nak kena ada bukti pembelian tu remeh sikit. Tapi..so far barang yang nak kena beli tu tak laa mahal sangat. Makanan dan minuman harian I jugak.. :)
So lepas ni.. insyaallah I akan aktif contest sana sini. Soronok rupanya. Sebelum ni I tak tau.. Tapi kalau menang hadiah.. lagi double seronok. Yeeaahhaaaaa....
p/s: I dah dapat album kawen I.. Hoyeyy.. lepas ni boleh review :)
No comments:
Post a Comment