Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Sunday, December 23, 2012

Happy Sunday

Good morning Sunday. Waahhh..rasa macam nak sambung tido lagi.. hahahahaa..

Suami dah bangun tido tengok cartoon, and me tengah golek² atas katil sambil update blog. Owhhhhh betapa rindunyeeee blog ni. Hahaha.. hopefully next week I dapat update blog setiap hari seperti biasa. Dan harapnye tiada order dan booking yang membuatkan I tak cukup nafas... hahaaha... tapi kalau ada pun ok jer.. alhamdulilah.. orang kata tezeki kan. So boleh laa menambah dana tabung pelancongan kan..:)

Nak breakfast ape pagi ni?? Makan bun dardin je lah ye.. Mr.sallehudin cakap sedap roti bun tu.. so kejap lagi I nak rasa. 

Owhhhh.. tiba-tiba kedengaran suami saya menjerit² nak makan maggi goreng. Sape lagi yang nak kena masakkan... huuu oklahh.. permisi dulu yaa...

Layan kan aje gambo ni yang di snap beberapahari lalu.. hikhikhik..



Byeee..

Happy Sunday  (^_^)

Tired

Wowww...
Lama giler I tak jengah blog. Jangan katakan I nak blogwalking, nak update blog sendiri pun tak sempat. Ini gara-gara banyak dapat tempahan rainbow cake dan job set-up chocolate fountain. Phewwww...

Alhamdulilah. Bulan December ni memang banyak betul dapat job. Terima kasih kepada semua pelangganku.. :) 

Tapi memang penat betul minggu ni especially hari nak set-up chocolate fountain table. Kalau event tu sebelah petang, pagi-pagi lagi I dah bangun untuk potong buah dan cucuk buah. Lepas tu nak cairkan chocolate pulak. Dah siap semua nak packing barang yang kena baeak. Yang paling tak tahan sekali nak angkat barang yang dalam kotak tu masuk dalam kereta. Rumah I ni townhouse pastu Yang tingkat atas. So ulang alik naik turun tangga. Tu yang tak tahan sangat. Nak drive lagi. Dah sampai kat tempat event nak kena angkut lagi barang masuk kat meja yang diorang dah provide untuk letak dan set-up mesin fountain. Huuuu.. penatttt...Lately I terpaksa pergi event sesorang tanpa ditemani mr.sallehudin sebab dia pun sibuk dengan kerja dia kat KLIA. 

So..hujung bulan ni boleh laa I beli chiller.. Insyaallah... next week nak pergi servey lah. 


Ni gambar terbaru ambik kat event tadi. Wedding yang konon-kononnya ada tetamu VVIP lah sangatkan. Huhuhu...


Haa.. ni pulak.. ntahh ape-ape laa yang suami saya tengah buat tu. Dah macam rupa monsterkan.. I tengah set up candy buffet tabledia pulak sebok je nak makan biskut laa, lolipop laa.. itu laa ini laa.. haisshh.. 

Oklah.. dah pukul 1.30 pagi. Good nite. Nak tido dulu yee.. tata..

Saturday, December 15, 2012

Mengantuk Tapi Boleh Bebel dan Bebel

yeaaa..

Dapat pun update blog hari ni. Dasat giler minggu ni. Hectic macam nak pengsan. 
Buat cheese tart la, apam polkadot la, pavlova, chocolate ball, 2 bijik rainbow cake, cupcakes lagi. Pastu keluar buat delivery. Pergi beli fruits untuk chocolate fountain. Lepas tu balik rumah nak cucuk fruits kat lidi. Nak packing barang masuk dalam kotak. pheww.. penat..

Ni pun sebelum tido boleh sempat update blog kejap. Walaupun mata dah ngantuk giler. Menaip pun tertidur-tidur.. mr. sallehudin pun baru balik keje ni. Dia punye keje pun teruk jugak. Sampai langsung takde masa bersenggang dengan isteri. Ada sekali tu.. pergi keje malam Khamis pukul 10 mlm balik rumah hari Jumaat pukul 10 malam keesokan harinya sebab nak siapkan projek system apentah kat KLIA tu.  Gila kan!!

Oleh itu.. kepada orang yang berkenaan tolong laaa bagi suami saya tu cuti lepas habis projek ni nanti. Apalah salahnya bagi percutian tiga hari dua malam kat Hotel Grand Lexus. Bukan nak mintak bonus tiga bulan pun. Setakat belanja hotel 3 days 2 night tu.. ape lahhh sangattt kan.... tak luak pun keuntungan yang riban dan jutan jutan tu... kesian kat bini orang yang keja teruk teruk tu.. asyik kena tinggal aje. Dah macam hape dok kat umah nganga tengok TV aje.. Nasib baik laa bini orang tu isi waktu terluang amik order buat kek. Kalau tak buat pape.. mau bengap otak bini dia tu dok kat rumah langsung takde percutian. Enam bulan sekali pun payah nak pergi holiday sebab sang suami asyik sebok outstation sana sini.

Time MC pun dok telefon tanya pasal kerja. Mana boleh laki aku ni nak jawab, badan dia dah laa demam panas nak bangun pun tak larat ni sebok dok tanya itu laa ini laa... Mengalahkan Y.A.M tunku.. boss aku dulu tu.. Haiss.. tapi boss aku dulu tu lagi teruk. I off kan hanfon, esok pagi pergi keje boleh marah pulak apsal I off kan hanfon. Aiksss.. suka hati aku laa nak off kan ke.. nak baling kasi anjing ke.. itu kan hanfon aku sendiri bukannyer Y.A.M Tunku yang bagi. Kekadang orang yang pangkat besar dan berdarjat tinggi ni jarang sangat pakai otak waktu berfikir. Selalu guna kepala lutut kan.. Pastu pentingkan diri sendiri. 

Penah sekali.. I otw nak pergi kerja tiba-tiba kereta breakdown tengah jalan.. boleh bini si Y.A.M Tunku tu suruh aku tinggalkan kereta tepi jalan lepastu suruh naik teksi pergi rumah baru dia..sebab ada kontraktor nak buat kerja kat rumah baru tu. Seeeeee... bahlul ke tak? Ada hati perut ke tak? Kekadang terfikir.. agaknye semua orang yang berdarjat ni memang macam ni lah perangai nyer kot kan..

Ape nih.. ngantuk-ngantuk pon boleh pulak menaip nak marah marah... hahaha..
So.. kesimpulannya, kepada BOSS suami saya.. tolong bagi dia cuti lepas habis projek apentah tu.. Saya dan suami nak pergi honeymoon. Sejak lepas kahwin tak pergi honeymoon pun lagi. Setakat singgah kat Cameron Highland satu malam tu je.. apelah sangat kan.. Saya nak pergi tepi pantai pulau.. nak snorkeling. Dah lama sangat tak bercuti kat pulau.. 

Sekian terima kasih & good nite...

Wednesday, December 12, 2012

Tuesday, December 11, 2012

Rak Kecil Dah Lekat di Dinding...

Hai...
Hasil dari jalan-jalan kami kat IKeA weekend ari tu.. maka mr. Sallehudin telah mengambil idea untuk menhasilkan satu susunan gaya ikea tapi menggunakan perabut Giant.

Jadinya cuti hari ni mr. Sallehudin telah berusaha menggerudi dinding rumah kitorang. Kesian tuan rumah.. hehe...


Cayaaalahhhhh...
Dengan gigih sambil peluh menitik2 dinding rumah kitorang berjaya dilobangkan oleh mr. Sallegudin.. hehehe...


Dan hasilnyaaa.. taraaaaa.... 
Rak tiga tingkat tu berjaya dinaikkan dan dilekatkan pada dinding. Jadi semua novel I dan hasil collection kotak-kotak comel dan cawan vintage disusun rapi kat rak tu.. hehehe.. yerlaaa.. geram sangat sebab banyak barang-barang I susun kat lantai je.. so.. I pun suruh mr. Sallehudin lekat rak tu kat dinding.


Dan lagi satu...
I pasang para dalam bilik bakery jugak. So barang-barang lebih teratur dan senang nak cari.

Lepas ni... banyak lagi rak-rak kecik yang akan melekat kat dinding.. ahaha...

Monday, December 10, 2012

Meatball Yang Sedaplah Sangat Katanya.....

Assalamualaikum...
Semalamkan I telah mengheret mr.sallehudin untuk ke IKEA. Bukan untuk bershopping tapi teruja yang amat sangat sampai tak boleh control. hehe.. teringin nak makan meatball idaman melaya yang kononnya sedaplah sangat.... I tak penah makan sebelum ni.. :(

Hari minggu di Ikea sangat lah teruk. Mr.sallehudin cakap macam ulat taik. Ramai betul orang. Nak carik parking pun payah. Nak beli makanan kat cafe Ikea pun beratur panjang berjela.. huuu...

Menu di cafe Ikea sangatlah menarik hati.. I sempat juga snap gambo beberapa menu yang ada. Kebanyakkan ala-ala healthy food. Ada salad, muffin, fish and chip. Yang tak healthy pun ada jugak. 

Sepanjang beratur nak membeli makanan, rata-rata I tengok kebanyakan orang Membeli meatball tu. Bebola daging Sweden bak kata melayunya... 


Taraaaa.... akhirnya dapat jugak I makan meatball yang kononnya sedaplah sangat.. haha.. tapi sebenarnya boleh tahan sedap. I sebenarnya tak suka makanan yang berasaskan bebola ni. Tapi bila makan meatball Ikea ni nasib baiklah tekak ni boleh terima. Not bad rasanya.. tapi I suka kuah yang kat atas meatball tu.. :) saat I menulis entry ni terasa terliur-liur nak pegi makan lagi sekali.. hehe...


Meatball ni ada tiga pilihan. Nak 10 biji bole, 15 biji boleh, 20 biji pun boleh. Tapi rasanya kalau sorang makan 10 bijik pun dah cukup kenyang. Tapi me and mr.sallehudin agak tamak orangnya. Sebab kami amik pilihan 20 bijik sekaligus.. dalam pinggan tu juga ada fun fries. So untuk meatball Ikea yang menjadi idaman seantora warga KL or PJ ni I nak bagi bintang 3.5 dari full bintang 5 star.


Me and mr.sallehudin bukan makan meatball semata-mata... makanan tambahan lain yang berjaya dipilih oleh kami ialah chicken wing, pipuah goreng dan makaroni sos. Wahhh.. dasat sekali pemakanan kami laki binikan... hehe...

Lepas kenyang makan.. kitorang pun jalan-jalan window shopping dalam IKeA.. konon cari ilham....

Adios...


Friday, December 7, 2012

Makan Pizza Hut

Haii.. lamanya jugak tak update blog kan. Langsung tak sempat sebab sibuk buat preparation beli barang bakery. Minggu ini pun minggu hectic jugak. 200 pcs cupcakes dan 2 biji rainbow cake yang perlu disiapkan.

Anyway husband baru balik dari Penang. Seminggu lebih outstation kat sana. Kerja teruk giler pagi sampai ke malam dok kat airside Penang Airport tu. Panas hujan semua redah. Teruk betul. Takde pulak company nak bagi token percutian 3 hari 2 malam kat Langkawi ke, Pangkor ke.. ataupun paling busuk pun kat Sepang Gold Cost. Hahahaa..

Balik rumah je terus demam. Huhu.. memandangkan husband demam dan saya ada rezeki skit.. makanya saya bawaklaa husband belanja makan pizza hut. Huii. Demam pun tapi selera besar.


Sedang menikmati mushroom soup. Menu kitorang haritu I pilih meatball speghety. Husband pulak mengidam nak makan lasagna seafood. Lepas tu kitorang pilih set crunchy tempura king prawns. Menu baru ni.. atas roti pizza tu ada udang tempura. Cheese pulak tebal belaka.


Ni laaa rupa pizza baru. Walaupun nampak macam sedap tapi series I tak berapa suka sangat dengan menu baru ni. Cheese banyak sangat. Pastu bau rasa macam nak pitam. Husband suka pulak menu ni. Dia yang makan dampai habis. Rasanya lagi sedap pizza biasa aje. 



Sorry lah gambar lasagna takde kat sini sebabnya.. kitorang dah tunggu lama, I pun fah habis makan speghetty. Pastu kitorang nak rush jumpa abang kepada husband.. so lasagna tu tapau aje bawak balik dan makan kat rumah.. hehehe... Dahlaa husband mengidam nak makan lasagna kan.. ekekeke...


Speghety ni nampak sikit aje tapi bila dah makan.. rasa susah nak habiskan. But speghetty tu memang sedap :)


Muka budak demam macam tu la.. monyok jee. Pastu meragam macam-macam. Tapi selera makan tak hengatt.. bangun pagi je terus tanye I nak masak ape untuk breakfast.. Huu...


Monday, December 3, 2012

Weekend Yang Hectic

Salam...
Hujung minggu yang sangat horror. Bermula hari Jumaat lepas I sangat sibuk buat preparation untuk dua job chocolate fountain. Memang penat giler.. everything I need to do myself. Dari packing, mencairkan choc, cucuk buah, angkat barang masuk dalam kereta. Lepas tu..dah sampai kat tempat event angkat lagi barang.. huhu....

My first job ialah kat condominium The Tropics yang berdekatan dengan Tropicana City Mall. Kalau dah condo tu kan.. memang rumit nak masuk. Lepas tu nak lodging barang angkat ke tingkat 3A lagi.. nasib baik ade troli. 



Wedding party antara Mar dan Barak. Itu nama panggilan diorang laa. Wedding party diorang ni sangat privacy dan jemputan pun tak ramai. Sedara terdekat dan kawan-kawan rapat diorang je. Jemputan dalam 200 orang gitu..


Wedding party diorang ni start pukul 8.30 malam. Lauk katering yang sangat sedap pastu ada kambing golek bakar lagi. Hahaha.. Dah habis function, I kemas barang dan packing nak balik pulak. Turun ke lobi ada guard tu cakap I tak boleh masuk lobi sebab barang I banyak. Dia suruh turun ke tempat lodging. Alahh padahal takde laa banyak sangat. Satu troli carefour je. Alaa troli yang kita selalu guna untuk shopping kat Giant laa, Tesco laa.. troli macam tu aje. So.. I pun tinggi suara gak laa kat guard tu. Sebabnya masa mula-mula I bawak barang naik ikut lobby takde masalah pun. Kalau dah suruh turun ikut tempat lodging..macam mana pulak I nak menapak cari tempat parkig kereta kan... Then..guard tu pun ok.. huhu.. tau takut.. geram hakuuu!!




Sampai rumah pun dah pukul 12 tgh malam. Takut hokeyy.. baca bismillahirahmanirahim banyak-banyak. Keluarkan mana-mana barang yang nak bawak masuk dalam rumah untuk dicuci sebab esok pepagi nak guna lagi. Basuh mesin chocolate fountain dengan cucuk buah yang sebanyak 5kilo ni. Sampai pukul 3.30 pagi ok.. golek-golek kat pukul 4 pagi gaks laa baru tertidur. 

Esoknya pukul 6.30am dah bangun sebab nak cairkan 10 kg choc. Pengsan mak Jemah. Bawak barang masuk dalam kereta lagi. Job hari Ahad ni pulak wedding Kapten (dr.) Atikah dan Mohd Fauzi kat Dewan Banquet UIA Gombak. Nasib baik kali ni my sis in law ada tolong. Kalau takde... pengsan hakuu!!




Sampai ke petang jugak laa function tu. Kaki I memang dah lenguh giler. Penat tau.. huhu.. btw thanks to my sis in law sebab sudi tolong. I bagi upah tau kat dia. Bukan tolong free aje. 

Actually Mr. Sallehudin dia outstation kat Penang. Seminggu lebih dia kat sana. Esok insyallah dia balik. Lepas tu katanya nak ke Kuching pulak. Tension mak jemah.. asyik kena tinggal ajeee!! Nak pergi holiday asyik kena posponed je.. uweekkk...!! I pegi sesorang baru tau..