Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Friday, November 9, 2012

Macam-macam Hal Laa Suami I Nie...

Hai dan salam Jumaat...
Walawehh.. kepada suri rumah sekelian sudahkah anda masak untuk makan tengah hari ni? hehe..
I selalu masak petang jer sebab mr. Sallehudin balik kerja terus dia menjerit nak makan.. Selalunya tengah hari dia tak makan. I diet dia pun sibuk nak diet. Tapi bila ada orang cakap I dah nampak kurus sikit dia pulak dengki....  ~hahahahaha~




Ehhh.. mr.Sallehudin beraksi dengan camera. Tengok laa lengan dia tu.... kekadang lengan dia tu hempap muka I time tido. Mau tak menjerit I tengah malam buta sebab terkejut. Huhuhu.. penah juga sekali tu.. dia tumbuk kepala I waktu tengah tido. Mau I tak menjerit macam orang kena sawan. Dah laa terkejut, pastu sakit lagi pastu nak continue tido dah payah. Time tu dalam kol 3.30 pagi kot. ~hayooo~ tention mak jemah hokeyy.. Dia memang suka ngigau waktu tido. Tapi nasib baik dia tak berjalan buka kunci pintu dan keluar rumah. Kalau dia macam tu jenuh laa I nak ligan dia.. ~hahhahaaa~

Kekadang kan.. dia bercakap time tido... hahahahhahahaaa... tapi susah nak dengar dengan jelas ape yang dia cakap. Bila I ternampak dia cakap sorang-sorang time tido, I gelak guling-guling..hehehe.. penah jugak I mintak nombor kat diaa.. ~hahahaha~ Arwah mak mertua I cakap, penah sekali mak mertua I dengar dia speaking london time tido..


Haaa.. lagi satu perangai mr.Sallehudin ni.. Kitorang selalu akan makan malam dalam pukul 7 lebih gitu..lepas dia balik kerja laa kan.. Kalau I tak makan sekali dengan dia for sure laa dia merajuk pastu membebel laa cakap I tak sayang dia laa itu laa ini laaa... bla bla bla... so I makan jugak laa sikit. Sesenduk nasi pun ok laa kan janji makan sama dengan dia.. tengok laaa cane berat badan I lambat turun kan.. ~huhuhu~ Lepas tu kitorang akan masuk bililk nak tido dalam kol 10.30 malam gitu..selalunya lepas tengok drama Adam & Hawa.. ~ehe~ so sementara nak tunggu mata terlelap tu kitorang masing-masing layan fb kat hanfon memasing. Pastu tetibe ada wats up masuk kat hanfon I.. ada perkataan LAPO... pulakkk.. kita dah landing atas katil dia pulak sibuk lapo. Sebelum tido takde pulak dia cakap lapar. Kekadang sebelum masuk bilik I tanya jugak nak makan ke? Tapi dia cakap "tak mo..kenyang" So.. dalam situasi yang macam ni.. I pun terpaksa laa bangun goreng telur kasi Mr. Sallehudin makan dengan roti, lepas tu buat air kopi panas. ~hayoo~


Mr. Sallehudin memang suka makan I punye masakan nasi lemak, cucur udang dan roti telur. Penah sekali tu hari-hari dia suruh I masak roti telur.  Sampai I naik bosan masak benda yang sama hari-hari. Yang paling tak tahannya..dia marah kat I bila telur yang kitorang selalu beli satu papan cepat habis. Sebab dia kata I amik telur tu buat kek. Aikss..telur untuk buat kek selalu I beli asing laa.. khas untuk buat kek aje. Lepas tu dia beralih arah suka makan cucur udang pulak. Kalau cucur udang ok jugak sebab I pun memang suka makan cucur udang. Tapi suka cucur udang yang I masak sendiri laa.. (owwhh..tetibe nak makan cucur udang pulak. tapi udang takde dalam peti ais..~hee~) Malam semalam dia tuntut dengan I nak makan maggi goreng sebab I 'terrrr' janji dengan dia nak buatkan maggi goreng. Pastu I cakap kalau posponed boleh tak? terus tarik muka merajuk. Dia memang kuat merajuk hokeyy.. So..I pun pergilaa ke dapur cepat-cepat buatkan maggi goreng. Dah laa time tu dekat nak start drama Adam & Hawa..~huhuhu~

okey.. tu aje lah sikit I nak komen pasal laki I ni.. sebenarnya nak tulis entry pasal lain tapi tertulis entry lain pulak.. hihihi... pape pun I sayang budak bacin I yang banyak songeh ni...
I LUV U budak bacin

No comments:

Post a Comment