Followers

My Nuffnang

About Me

My Photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Loading...

Sunday, May 27, 2012

Tanda-tanda Hamil

Happy Sunday  :)
Hari ni kebanyakan isteri-isteri dan ibu-ibu sedang sibuk memasak kan.. maklum laa cuti sekolah dah start mesti nak masak sedap-sedap untuk suami dan anak-anak kan... Ada juga yang pergi bercuti. Pergi A-Famosa ke, Lake Town Bukit Merah ke, Langkawi ke, London ke... huhuhu...

I pun tengah masak ni. Walaupun Mr. Sallehudin outstation ke Penang I tetap masak.Sebabnya adik I nak datang rumah kejap lagi dengan tunangnya sebab nak hantar barang. So dikesempatan itu dia suh I masak. chitt..

Well.. lately I tersangatlah kuat makan. Baru makan nasi dua jam tetiba lapaq balik. Pastu makan lagi. Uolls tau tak berat badan I sekarang dah cecah 57kg. Dasatttt siottt.. Tak pernah lagi berat badan I cecah setinggi tu. Dulu kala kalau berat badan I naik pun paling tinggi 52kg. Dan I pernah diet dan turun sampai 48kg. Terkesima jap tengok angka 57 tu.. Mr. sallehudin pun apa lagi.. gelak guling-guling laa sebab dia suka betul tengok berat I naik. Katanya kalau berat I naik maknanya dia pandai jaga I dan beri makan yang secukupnya... Dia tau tak I fobia tengok angka 57 tu?? huhu..

Memandangkan lately ni juga I ada selalu angkat kotak yang agak berat, so semalam tiba-tiba pinggang I rasa sakit. Pinggang sebelah kanan. rasa macam sengal-sengal gitu.. Bila I bitau Mr. Sallehudin, then dia cakap.. "ntah-ntah ada petanda awal nak ngandung kot.." iyer kerrr....??? Actually Mr. sallehudin memang harap sangat nak dapat baby. Pastu die suh I google tanda-tanda hamil..


Sekiranya anda sangat memahami tubuh anda, anda mungkin mula terasa sesuatu yang tidak kena pada badan anda. Kebanyakan wanita tidak mengesaki diri mereka mengandung sehingga janin yang sedang terbentuk mula merapatkan dirinya kedinding rahim. Segelintir pula masih tidak merasa apa-apa simptom sehinggalah beberapa minggu selepasnya atau setelah mereka tidak mengalami haid pada hari yang sepatutnya.

Dibawah terdapat beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami sebahagian daripadanya atau tiada langsung!

1. Rasa lapar yang berpanjangan

Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

2. Perubahan pada warna di sekliling payudara

Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

3. Kerap membuang air kecil

Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

4. Merasa tidak bermaya

Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

5. Sakit dan tegang pada buah dada

Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.
 
Artikel from HERE
Ada few simptom yang berlaku pada I sekarang.. adakah I'm pregnant?

4 comments:

  1. Akak pregnant ker? Tahniah awai2 la... Huhu~

    ReplyDelete
  2. Insya Allah ...petanda tu..so u cepat la beli UPT test cepat

    ReplyDelete
  3. mimi, kalau ye...congrates ye. anyway, cepat beli UPT test kalau tak clear, mimi pi jumpa gynae dan buat scanning. masa i dulu, buat upt test and urine test kat clinic, tak clear. last2 i pi jumpa gynae, sekali scan nampak satu bijik hitam..errmmm dah ada la tu...psst : seronok jadik surirumah? :)

    ReplyDelete