Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Loading...

Tuesday, August 16, 2011

Buffet 16 Ramadhan @ Vistana Hotel

 Menu 16 Ramadhan

Buffet Ramadhan Vistana Hotel
Nasi Tomato + Lauk Pauk + Ulaman
Nasi Ayam
Satay
Kuih Muih
Aiskrim + ABC
etc

Penang - DAY 2
Lepak dalam bilik hotel sepanjang hari. Mr. Salleh dah pergi kerja. Saya ingat nak meronda-ronda kat Bukit Jambul Mall. Vistana dengan Bukit Jambul memang bersebelahan aje. Tapi memandangkan hari panas terik so lupakanlah niat tu. Tengok TV & surf internet dari pagi bawak ke petang. Mr. Salleh call.. dia tanya nak berbuka puasa kat mana ari ni..? Its up to you.. I follow aje   :)
Okies.. kita makan buffet Ramadhan kat Vistana Hotel.. Hoyeyyyy!!!!

Harga untuk Buffet Ramadhan cuma RM38 per person. Tapi bila dah include tax and bla..bla.. total harga ialah RM44 per person. Hidangan semuanya tepi swimming pool. Lebih kurang 120 menu hidangan yang boleh kita cuba. But plss laa tak kan kita nak makan sampai 120 jenih makanan tu kan.. Tapi Mr. Salleh cakap saya ni agak hebat jugak sebab saya boleh makan 3 jenis nasi sekali gus. Nasi Tomato lauknya ayam masak merah dan rendang daging. Rendang memang terbaik. Nasi putih lauknya sotong, sayur cendawan, ulaman petai, kerabu mangga dan ketam. Ketam tu memang menjadi rebutan semua orang.. Then nasi beryani lauknya ayam masak hitam. Lepas tu makan satay, rojak, kek dan kuih muih.


Mr. Salleh makan nasi ayam, roti jala, murtabak, satay dan kuih muih. Ada juga makan nasi tomato itupun saya suapkan sikit-sikit..


We all dah standby kat situ dari pukul 7pm. Dan we all melantak & lepak-lepak kat situ sampai pukul 9pm. Lepas rehatkan perutut, saya makan pulak aiskrim dan ABC. Aiskrim perisa cokelat dah habis sebab memang menjadi rebutan. So saya try perisa jagubng & strawberry aje. ABC pulak saya rasa sikit aje sebab agak manis. Tapi still lagi terbaik..


Sebenarnya menu kambing panggang pun ada. Tapi disebabkan kami memang tak makan kambing.. klau makan we all akan meningkatkan tahap darah tinggi pulak nanti.. So.. tengok ajelah orang lain makan.. 


Antara semua makanan tu yang paling best ialah daging rendang. Actually banyak lagi menu pencuci mulut yang lain. Tapi gila ahh nak makan semua. Mau meletup perut nih. Itupun saya dah makan sampai kenyang sakit terasa sampai ke pinggang.


Menu yang ada tu tak semuanya sedap. Tapi kebanyakan memang sedap belaka. Sambutan untuk bufet Ramadhan tu pun menggalakkan juga. sebab for me harga yang hotel ni offer pun memang berpatutan. Kalau tengok harga bufet ramadhan kat PICC Putrajaya tu.. harganya kalau tak silap RM58 kot.. (kalau tak silapla..) tapi harga memang RM50++




SO.. kepada sesiapa yang tinggal kat area Penang tu tak rugi kalau cuba bufet Ramadhan kat sini. SO I can give 3.5 bintang dari bintang keseluruhan 5 bintang. Kalau nak cuba bufet Ramadhan ni jangan pula kene wat reservation sebab hari-hari penuh orang booking.

1 comment:

  1. Dear Encik Sallehuddin,

    Thank You for supporting Vistana Hotel Penang, hope to see you again this coming Ramadhan. Our Venue is still the same at the Poolside Level 2.

    Thank You
    Azmi Hasan
    F&B Manager
    Vistana Hotel Penang
    Mobile:-019456 5684

    ReplyDelete