Menu 18 Ramadhan
Murtabak Pak Din
Roti Bom Kasim
Kuih Lompang
Air : Blue Lemon
Hari ni on the way balik dari Penang to KL. Perjalanan okey aje. Langsung tak jammed. Tapi kat highway banyak jalan tengah buat construction. Always like dats. dah tau hari raya dah nak dekat diorang ni pun sebok nak repair jalan..korek sana korek sini.. ~haiss~ saya macam kurang sehat. Badan rasa lenguh-lenguh nak demam. Hmm jgn laa demam sebab esok balik nak buat biskut raya customer.
Sampai tol Kota Damansara pukul 6.30pm. Berkunjung ke pasar ramadhan pengalaman paling best. sebab boleh tengok pelbagai menu masakan, lauk pauk, kuih muih, air pelbagai kaler dan macam-macam lagi lah..
Murtabak 1 Malaysia Pak Din adalah paling sedap dan menjadi tumpuan. Ada dua jenis iaitu murtabak ayam dan daging. Isi murtabak dimasak dulu dalam acuan empat segi. Lepas masak baru dibalut dengan kulit murtabak dan bakar sekejap. Harga sekeping RM4.50. tak rugi beli sebab isi murtabak tu memang tebal.
Mr. sallehudin pula suka test popia basah or popia goreng. mana-mana pasar ramadhan yang dia pegi mesti beli popia.
And for me.. puasa tahun ni teringin aje nak makan ikan bakar.
Ini pengunjung di pasar ramadhan seksyen 6 kota damansara. Memang ramai. Tiga tahun dulu tak ramai peniaga tapi tahun ni ramai peniaga dan pembeli pun ramai. So sila berkunjung yer.. :)
Sekarang asyik cerita pasal makan ajee.. bila pulak nak cerita pasal wedding preparation nih.. ~hmmm~
No comments:
Post a Comment