Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Loading...

Sunday, August 21, 2011

21 Ramadhan & Tempahan Biskut

Menu 21 Ramadhan
7.30pm : Maggie Mi + Air Koko Panas
9.30pm : Nasi goreng USA

Ahad yang memenatkan. Hari ni bersungguh-sungguh siapkan biskut raya tempahan customer. Jangan tak percaya, jumlah keseluruhan tempahan yang diterima hampir 50 balang dan saya sorang-sorang yang bertungkus-lumus menyiapkannya. Tahun depan nak kene cari pembantu ni sebab planning next year nak buka booth kat The Curve / Giant / Tesco. Sambil jual biskut raya + kek chocolate dan cupcakes.  :)  Wahh.. sudah planning untuk tahun depan...  ~hehe~

ok.. selit sikit tentang menu berbuka puasa. Tungkus-lumus nak siapkan biskut raya sampai terlupa nak sediakan menu berbuka puasa. Tengok jam dah pukul 6.45pm. Nak masak memang dah tak larat sangat. Nak pergi Pasar Ramadhan malas sungguh nak drive. So.. decide makan maggie Mi. SMS Mr. sallehudin bitau tak sempat masak. Tapi punyer lah baik tunang saya tu.. datang dari Gombak hantar Nasi Goreng USA. tau aje selera saya kan...  Thanks dear.....


Order yang diterima. Yang paling stress nak buat biskut sampan. Banyak sangat step. Memang berbaloi la kalau jual pada harga RM28 sebalang. Kuih yang lain cuma RM18 aje sebalang.

Dalam gambar ni ada lagi biskut yang belum siap.  Nampak tak dalam gambar tu ada lagi balang yang kosong.. Kalau boleh memang nak cepat-cepat siapkan. Shopping raya pun belum lagi ni...

My label kat balang biskut.  Alhamdulilah rezeki Ramadhan.

Sekarang tengah fikir bila pula nak keluar untuk shopping beli barang-barang nak raya? Nak beli tudung dan kasut. baju raya si Ibu Mertuaku yang tolong jahitkan.. Tiga pasang..  :) Hari sabtu lepas sahur dahnak balik kampung...

No comments:

Post a Comment