Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger
Showing posts with label Cupcakes Muffins. Show all posts
Showing posts with label Cupcakes Muffins. Show all posts

Thursday, July 19, 2012

Mari Beli Biskut Rayaaa.. :)

Hai semuaaa...

ok.. hari ni I tak nak cakap banyak.. I cuma nak promote biskut raya. Homemade cookies dari Sweetheartstories. Untuk nak sambut raya kali ni I prrovide lima jenis biskut raya saja. Ingat hati nak tambah lagi koleksi cookies tapi tengah fikir nak wat biskut ape lagi... Ada orang request suruh buat london almond & tart nenas. tapi I fikir balik.. hmm dah ramai sangat orang yang jual london almond dan tart nenas di pasaran.. So I try buat biskut yang jarang ada di pasaran tapi ternyata dan dijamin kesedapannya.  :)

Choc Cereal
RM20 per bekas / 50pcs
Choc Cereal ni I terlupa dapat idea dari mana. last year try buat dan bagi sample. Terus ramai yang order. Kiranya top seller juga choc cereal ni. sampai dekat nak balik cuti raya pun agen coll request nak tambah lagi choc cereal ni. Koko cornflakes yang disaluti chocolate.. budak-budak mesti suka..

Biskut Aiskrim
RM20 per bekas / 50pcs
Biskut aiskrim ni I dapat resepi dari internet. Boleh katakan setiap tahun I buat biskut ni sebab my mom suka sangattt dengan biskut aiskrim ni.. katanya rangup biskut ni. So.. bila I start menjual biskut aiskrim ni tahun lepas.. banyak jugak permintaannya. My mom yg promote kat kenkawan dia. sampai I dah balik kampung.. I kena tambah lagi buat biskut ni sebab bila diorang rasa biskut ni.. diorang suka.. Makan satu balang dah habis. So.. diorang order lagi..  :)

Biskut Badam Berceri
RM20 per bekas / 50pcs
Biskut ni I reka sendiri..hehe.. Tak sangka pulak ada customer yang order jugak.. Diorang kata rapuh juga biskut ni. Dalam tu I mix sekali dengan ceri. Dalam adunan I campur sekali dengan serbuk badam.. Pastu I hiaskan dengan cokelat supaya nampak menarik..  :)

Biskut Manik
RM20 per bekas / 50pcs
Biskut ni.. tahun ni baru start jual.. Ini pu resepi my mom.. I tak tau laa macam mana feed back dari customer sebab tahun ni baru start jual biskut manik ni. Kalau sesape nak cuba boleh laa order ye..  :)

Biskut Sampan
RM28 per bekas / 50 pcs
Haha.. biskut ni resepi turun temurun dari my mom. Dari kecik lagi I memanggg suka sangat dengan biskut ni. Setiap kali nak sambut raya memang I suruh my mom buat biskut ni. Seriesss.. lepas my mom siap buat biskut ni.. I akan simpan sebab tak nak bagi orang lain makan.. haha.. kedekuttt.. Biskut ni agak renyah sikit nak membuatnya. Di tengah biskut ada cornflakes hancur. Pastu.. atas biskut tu ditaburkan dengan serbuk cornflakes dan dihiasi dengn ceri.. Last year pun ramai yang order biskut ni.. Setiap customer order 100 pcs..

Okeh.. setakat ni cuma ada lima jenis biskut raya saja. Insyallah mungkin I akan tambah lagi bilangan jenis biskut raya. Itupun kalau I dapat kiosk / pushcart untuk jual biskut sepanjang bulan Ramadhan ni. Owwhh.. I memang tengah cari lokasi yang sesuai untuk jualan biskut raya. kalau uolls ada infor lokasi yang sesuai dengan harga sewa yang berpatutan bolehlah email yer..  :)

Note: hari tu I ada request nak berniaga bazaar kat 1 Shameli Mall. Pastu organizer call I sama ada I setuju or tak berniaga kat situ. I memang teringin sangat nak cuba buka table kat situ.. waktu operasi berniaga dari pukul 10am to 10pm. Start berniaga dari 8 Ogos sampai 18 Ogos aje.. only 10 days. Tapi I fikir balik.. kalau I pergi jaga kiosk kat situ, nanti mcm mana dengan husband I.. tak kan dia nak berbuka puasa sorang-sorang kan.. dah laa tempat kerja dia jauh kat Shah Alam.. walaupun 10 hari tapi lama jugak tu. Ataupun I upah orang jaga kat kiosk I tu. Tapi berapa pulak gaji yang I nak bagi kat pekerja tu..? ~huhu~

Wednesday, June 6, 2012

Order & Booking Last Week

Hai babe..
sinxe last week I memang sebok menyiapkan tempahan cupcakes & prepare for event on saturday & Sunday pulak. Alhamdulilah.. rezeki lepas kahwin  :) tengah nak kumpul duit ni sebab nak bayar PTPTN.. ekeke..
Okey.. mari cuci mata tengok cupcakes yang I sediakan sepanjang last week tempahan dari customer..

 Cake ni tempahan dari seorang wife untuk husband die.. Mintak tolong I delivery to Proton Shah Alam..

 Cupcakes Barney.. Pukul 2am I hias cupcakes ni ye.. Cari idea cane laa nak wat Barney tu.. huhu

 Selamat bertunang Adam & Ida..

 Selamat Bertumamg jugak untuk Marina & Hadi

Bouquet of flowerrr...

Ini baru cupcakes.. Jom tengok candy buffet & Chocolate fountain yang I set-up untuk birthday party dan wedding..


 Ini I set-up candy buffet untuk 1st birthday party Benjamin kat Kedai Kopi Shah Alam..


Ini Pulak chocolate fountain set-up untuk wedding Suraya & Mohammad di Padang jawa Kelang..

uolls pun boleh jugak booking dari I kalau nak set up candy buffet atau chocolate fountain untuk your wedding ke.. birthday party ke.. anniversary ke.. majlis akikah pun boleh jugak  :)  Just email me at cupcakesmuffins@gmail.com

Monday, May 21, 2012

Chocolate Fountain & Candy Buffet Set-up

Hola...

Sekarang menunjukkan jam 1 pagi.. Tapi I tak sabar nak upload gambar-gambar business sampingan I.  Lagi membuat I tak sabar nak upload pic sebab Mr. Sallehudin dan edit gambar ni semua..This is my first time set-up chocolate fountain di rumah customer. Alhamdulilah semua berjalan dengan lancar.
Actually I tak nak cerita banyak-banyak.. uolls just tengok gambar ye..

 Dah siap set-up. Chocolate pun dah mula mencurah-curah..

 Ini semua dah siap jugak. Waktu ni tetamu semua macam takut-takut nak dekat dengan meja ni. Siap boleh tanya lagi.. "Ni jual ke free?"

 Lepas tu dah mula ramai yang berkerumun. Seronok betul diorang dapat makan cokelat. Ada yang siap tapau bawak balik..

 Time ni cokelat pun dah tinggal sikit. Mesin diberhentikan seketika. Nak bagi mesin rest kejap...

 Lantern dan banner tu saya yang buat. Kiranya masuk dalam pakej jugak laa tu...

Dua jam aje kaunter bukak.. huhu... Selepas dua jam meja buffet dah jadi tunggang langgang dan haru biru. Dasat betul penangan orang Kubu Gajah ni.. hikhik..

Anyway thanks to Shiela kerana sudi booking pakej chocolate fountain dengan saya.
Ada lagi gambar kalau nak tengok boleh LIKE fb sweetheartstories cupcakes & craft.

Kepada sesiapa yang nak membuat tempahan, boleh emel kepada cupcakesmuffins@gmail.com..  :)

Thursday, November 24, 2011

Catatan sebelum Lena

Hye semua..
Yeahh.. Saya baru je selesai membakar cupcakes :) Total semua 60pcs medium cupcakes dan 16 pcs large cupcakes. Owwhh..sebelum buat cupcakes tadi saya siapkan 50 small cup dadih.. Nape laa banyak sangat saya buat ni kan... :)

Actually saya sedang buat preparation tempahan candy buffet. This is my 1st order untuk service candy buFfet. Lokasi pula adalah di Melaka. Jauhkan.. Nanti dah selesai semua saya akan upload gambo.

Hmmm.. Saya dah tak ada idea nak menulis lagi sebab mata adalah sangat terlalu mengantuk dan sekarang saya mau tidur. ZzzZz...

Sukanya... Mengupdate blog hanya menggunakan BB kesayangan.. (^_^)

Selamat malam semua.. Adiosss..

Sunday, October 23, 2011

Tentang DIY Kad Kahwin & Cupcakes

Salamzz semua..

Apa khabar uolss? macam mana weekend kali ni? Kepada b2b ada yangdah boleh potong wedding check list ke? Ehee..  :) owhh.. korang dah gosok baju blom? Esok kan kerja.....
My weekend.. ok-ok aje. Last nite saya pergi tengok show Secret Life of Nora. Not bad tapi nantilah up entry pasal TSLON ni. Gambar pun belum upload dari dalam kamera lagi. Siang tadi saya ke Gombak. Kononnya nak pergi dentist nak buat second treatment.. tapi klinik gigi tu tutup pulak. Masa my 1st visit, katanya hari Ahad klinik tutup pukul 5pm. Siang tadi saya sampai depan klinik pukul 3pm.. tapi pintu tutup rapat berkunci. Haisshh.. cane nii? Ape cer???

Siang tadi juga saya dengan Mr. Sallehudin ada ber'diskuss' design yang macam mana untuk kad jemputan kahwin kami nanti iaitu majlis resepsi? Banyak juga idea yang timbul.. Nak macam itu laa macam ini laa.. And finally keputusan diambil. We need paper yg tebal.. err.. yang sesuai untuk buat card laa kan  :) Dolly paper juga   :) dan sedikit hiasan tambahan contohnya macam reben etc. Hiasan tambahan ni aje yg tak tau nak letak ape. Tapi insyaallah will finalise very soon. Ayat yang nak tulis dalam kad pun dah ada idea cuma nak design, pastu pegi beli paper dan print. So.. siapa yang nak design ye? Saya ke? Kalau orang yang amatur dan zero knowledge pasal design tapi nak juga buat design.. nak guna perisian apa yang sesuai? Kalau guna power point.. boleh ke? Owhh.. untuk pengetahuan semua I need to DIY 1000 pcs invitation card hokeyy!! Dan my target hujung bulan December or awal bulan January 2012 nak siapkan. Sempat tak ni??

Then siang tadi juga saya dah jumpa brown paper beg dan white paper beg.Sempat juga check harga. RM4 untuk satu pek ada 100pcs. Kalau beli 10 pek harga akan jadi RM3.90 untuk satu pek. Itu untuk brown paper beg. Untuk white paper beg harga kalau tak silap dalam RM6.20 hmmm.. tak sure plak baper sen tapi memang enam ringgit ++ White paper beg ni saiznya besar sikit dari brown paper beg. Paper beg tu akan diisi dengan beberapa item lain. Kemudian hadapan paper brown tu nak ditampal dengan sticker. Sticker yang di sponser oleh Ain (tenkiu byk2) sebab dia menang kuiz kat Urban Vibe. Tapi dia dah kahwin  pun so dia hadiahkan 1000 pcs sticker kat saya. (tenkiu lagi..so sweet). Dan lagi Ain willing to sponser lolipop coklat for my VIP Goodie beg. (timer kacih lagiii muahhszz). Die bisnes coklat online ekcelli.. kalau nak order coklat dari dia kindly contact blog dia  :) Nurain

Ok.. mata saya dah agak berat. Nak type pun asyik salah spelling aje. Sebenarnya nak promote my very little own business.. Saya menerima tempahan cupcakes untuk pelbagai acara..Macam-macam.. ada order nak buat hantaran, birthday party etc. Juz visit Sweetheartstories for more infor. Then, ada servis terbaru - Candy Buffet.

Sila menjamu mata tengok cupcakes dibawah. Ini tempahan terbaru yang diterima. Kebanyakkan tempah untuk majlis tunang  :)




Orait.. nak tido dah ni... tangan menulis sambil menutup mata..  zzZZzzzzzzz....

Tuesday, June 7, 2011

Muffins

Banyakkan muffins..  :)

Muffins ni semua bukan untuk my majlis yer. Tapi ada customer yang membuat tempahan 1000 pcs muffins untuk majlis kahwin dia. Saya dah siapkan 400 pcs. Ada lagi 600 pcs yang perlu disiapkan..



Kalau u'olls rasa nak jadikan muffins ni sebagai door gift untuk majlis u'olls nanti, saya dengan hati terbuka sudi menerima tempahan anda  :)  Jus emel pertanyaan dan tempahan kepada cupcakesmuffins@gmail.com Tapi location saya di taman Equine. So mereka yang sekitar Selangor dan KL tu boleh laa menempah. Kalau area Perak pun ok jugak, maybe somtimes saya balik kampung kan. Kalau nak tempah cupcakes untuk hantaran pun boleh..

Atau kalau nak tgk blog pun boleh ke http://sweetheartstories.blogspot.com/

Selamat menempah..  (^_^)