Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger
Showing posts with label Informasi. Show all posts
Showing posts with label Informasi. Show all posts

Monday, April 15, 2013

Business Tips : Jangan Suka Caras Perniagaan Orang Lain

holaa and happy Monday..

Husband text me pagi tadi and bitau yang jalan tak jammed. So dia boleh sampai ke office dalam masa tak sampai 1 jam. Okeyy.. kenapa yee..?? ramai orang bercuti ke hari ni?

Hari ni I bercadang nak lepak-lepak sambil tengok tv saja. Owhh dan juga nak siapkan all printing thing untuk job this weekend. Yer.. minggu ni I akan kembali sibuk sebabnya ada job hari Sabtu dan Ahad. Alhamdulilah itu semua rezeki yang datang dari ALLAH..

Ada beberapa perkara yang I nak ingatkan to all of you yang bercadang untuk menjalankan perniagaan kecil-kecilan ni.. Pertamanya, kita perlu berusaha memperkenalkan produk jualan kita melalaui pelbagai medium. Tapi for me, I cuma gunakan medium internet dan promosi dari mulut ke mulut saja. Boleh juga kalau nak print flyer dan edarkan pada orang ramai. Tapi I tak buat pulak cara tu sebab malas.. ~hehe~ Maybe one day I need flyer to promote my product and my little business. Insyaallah..

Yang keduanya.. jangan suka tiru orang lain. Jika si A dan B menjual produk yang sama.. I bagi contoh terdekat cupcakes [sebab I pun bermula dari menjual cupcakes secara part time :) ] jika si A buat promotion Mother Day pembelian 16 pcs cupcakes berharga RM50 percuma roses, jangan pula si B nak buat promotion yang sama 16 pcs cupcakes percuma roses pada harga RM49!! Jika uolls sebagai pembeli which promotion yang you prefer?? Dah tentu yang harga RM49 rite??? ALLAH berikan kita otak untuk berfikir. Jangan suka tiru everything promotion yang rakan jualan tawarkan. Secara tak langsung si B telah caras perniagaan si A secara terang-terangan. Sekali lagi I nyatakan ALLAH berikan kita akal fikiran untuk kita berfikir sesuatu yang lebih baik dan bukan berfikir untuk menjatuhkan antara satu sama lain.

Yang ketiga.. ada pepatah menyatakan 'Usaha tangga kejayaan' Yess I know that!! Memang usaha tangga kejayaan tapi kalau usaha untuk menutup periuk nasi orang lain... macam mana pulak tu kan..? Dah tentu perniagaan yang uolls jalankan tak berkat sebab kamu berjaya diatas kejatuhan orang lain. Yer.. memang dalam perniagaan terlalu banyak saingan tapi biarlah bersaing dengan cara yang sihat, saling melengkapi dan bukan suka mencaras perniagaan orang lain dan menutup periuk nasi orang lain. 

Yang keempat.. dunia sekarang adalah sangat berteknologi. Kebanyakkan perniagaan diiklankan melalui internet. Gambar selalu disertakan untuk memberi keyakinan kepada pelanggan. Kepada mereka yang baru nak berjinak-jinak, jangan suka curi gambar peniaga lain and claim that is your picture. Tak jujur namanya tu.. Cuba usaha untuk ambil gambar sendiri dan baru tunjuk pada pelanggan. Memanglah pelanggan tak tahu if itu gambar curi. Kalau pelanggan tau macam mana? "ehh..klau tak silap ni pic dari si XXX" so anda sebagai pencuri gambar..?? haha.. buat malu ajee!!

So far.. itu aje yang I nak tulis hari ni.. Enjoy your reading  :)



ok..ok.. dikesempatan ni I nak promote skit laa.. ~hehe~ this is my little own business. Bagi sesape yang tak tau tu I ada menyediakan servis chocolate fountain, dessert buffet dan candy buffet untuk majlis perkahwinan, majlis bertunang, majlis akikah, birthday party dan sebagainya. Untuk infor details boleh ke my business's blog http://sweetheartstories.blogspot.com atau email me at cupcakesmuffins@gmail.com

adioss..

Wednesday, April 10, 2013

Infor Cawan Vintage

Salam semua.. dan apa khabar?

Hari nie I nak buat entry khas untuk B2B.. 
I banyak sangat menerima email bertanyakan kedai di Nilai 3 yang I beli cawan vintage murah dulu. Ini link yang pernah I story dalam blog ni dulu ---> cawan vintage

Ok disini I bagi address penuh kedai tu.. ~hehe~ (kedai tu kene bagi komisen kat I ni sebab promote baik punya)

Reka Deko Sdn Bhd
No 84, Jalan Nilai 3/3,
Kawasan Perindustrian Nilai 3,
71800 Nilai, Negeri Sembilan.
Tel: 06-7998645
Email: rekadeko@yahoo.com

Banyak soalan yang ditanya pada I dari B2B yang berminat nak beli cawan vintage tu.. Antara soalan femes ialah berapa besar dan saiz cawan? Ok.. FYI, cawan tu tak besar sangat pun. Lebih kurang 4cm tinggi cawan vintage mini. Kiranya sesuai laa untuk dijadikan doorgift kepada tetamu kan...

Tapi kalau uolls pergi kedai tu dan mendapati harga cawan vintage tu bukan 50sen sebijik, jangan marah I pulak ye sebabnya masa I pergi memborong dulu, tokey kedai tu cakap I orang yang terakhir dapat harga 50sen. Lepas ni mungkin harga akan dinaikkan. Maybe dalam 70sen or 80sen. Tapi masih dalam kategori murah kan. I tengok kedai kat KL jual pun paling murah RM1 sebijik. 


Contoh cawan mini vintage seperti dalam gambar tu.. Sebenarnya ada beberapa design bunga pada cawan vintage tu. Ada kaler biru dan kuning.. comel semuanya...

Harap segala pertanyaan anda semua terjawab. Lepas ni boleh lah pergi serbu kedai kat Nilai 3 tu.. hihi..

Adios dan selamat memborong  :)


Friday, March 8, 2013

Nafkah Isteri & Ibu Bapa, Mana Yang Perlu Didahulukan?

 Assalamualaikum...

Di hari Jumaat yang mulia ni.. suka saya nak share infor dibawah untuk pengetahuan kita semua..  :)
 

NAFKAH ISTERI DAN IBU-BAPA , MANA YANG DIDAHULUKAN?

Soalan;
1. Apakah hukum suami yg selalu mengabaikan nafkah anak isteri kerana mengutamakan keluarganya di kg? - Suami bukanlah anak lelaki sulung @ anak lelaki tunggal.

2. Bolehkah keluarga di kg terutama ibu & ayah meminta duit (terlalu kerap) dari anak lelakinya padahal anak lelakinya jg perlu bertanggungjawab pada anak isteri? - Ayahnya masih berkerja tetap selalu mengalami masalah kewangan.
Syukran jazilan atas jawapan yg diberikan.

Jawapan;

1. Dalam pemberian nafkah, seorang suami hendaklah mendahulukan isteri dan anak-anak dari orang lain (termasuk ibu-bapa). Urutan nafkah adalah seperti berikut;
a) Diri sendiri
b) Isteri
c) Anak
d) Bapa
e) Ibu
f) Cucu
g) Datuk
h) Saudara
i) Ahli-ahli keluarga berikutnya.

Urutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menegaskan; “Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka u ntuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” (Riwayat Imam Muslim dan an-Nasai dari Jabir r.a.. al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 46). Berkata Imam an-Nawawi mengulas hadis ini; di antara kesimpulan dari hadis ini ialah; hendaklah pemberian nafkah dimulakan mengikut tertib yang tersebut (dalam hadis). (Syarah Soheh Muslim, juz 7, Kitab az-Zakah, bab al-Ibtida’ Fi an-Nafaqah Bin-Nafsi Tsumma Ahlihi Tsumma al-Qarabah).

Perlu disebut juga di sini bahawa nafkah untuk isteri wajib diberikan oleh suami sekalipun isteri kaya dan berada. Suami yang gagal memberi nafkah sewajarnya kepada isterinya -mengikut kemampuannya- ia dianggap berhutang dengan isterinya kecualilah jika isteri menggugurkan haknya dengan kerelaannya sendiri. Begitu juga, isteri boleh menuntut fasakh di atas kegagalan suaminya memberi nafkah.

Adapun nafkah kepada orang lain selain isteri, ia tidak wajib melainkan apabila memenuhi dua syarat;

a) Mereka adalah miskin, tidak memiliki harta dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Jika mereka. mempunyai harta atau memiliki sumber pendapatan sendiri, tidaklah wajib lagi ia menyara mereka. Namun digalakkan ia meneruskan pemberiannya kepada mereka untuk mengekal kasih sayang dan silaturrahim.

b) Ia mempunyai kemampuan untuk menanggung mereka; sama ada dengan hartanya atau dengan sumber pendapatannya. Kemampuan ini merangkumi kos saraan untuk diri sendiri dan isteri. Jika ada lebihan (setelah ditolak keperluan diri dan isteri), barulah ia wajib menyara ahli-ahli keluarga yang lain.

Merujuk kepada soalan di atas, tidak harus suami mengabaikan nafkah kepada isteri dan anak-anak dengan alasan ingin membantu ibu-bapa di kampung kerana menafkahi isteri dan anak-anak adalah wajib. Jika benar ibu-bapa memerlukan nafkah darinya, ia hendaklah menafkahi mereka tanpa mengabaikan isteri dan anak-anak. Itupun jika ia mampu menampung semua mereka. Jika tidak, hendaklah ia mendahulukan isteri dan anak-anak.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi.
2. Manar as-Sabil, Ibnu Dhuyan.

Sunday, May 27, 2012

Tanda-tanda Hamil

Happy Sunday  :)
Hari ni kebanyakan isteri-isteri dan ibu-ibu sedang sibuk memasak kan.. maklum laa cuti sekolah dah start mesti nak masak sedap-sedap untuk suami dan anak-anak kan... Ada juga yang pergi bercuti. Pergi A-Famosa ke, Lake Town Bukit Merah ke, Langkawi ke, London ke... huhuhu...

I pun tengah masak ni. Walaupun Mr. Sallehudin outstation ke Penang I tetap masak.Sebabnya adik I nak datang rumah kejap lagi dengan tunangnya sebab nak hantar barang. So dikesempatan itu dia suh I masak. chitt..

Well.. lately I tersangatlah kuat makan. Baru makan nasi dua jam tetiba lapaq balik. Pastu makan lagi. Uolls tau tak berat badan I sekarang dah cecah 57kg. Dasatttt siottt.. Tak pernah lagi berat badan I cecah setinggi tu. Dulu kala kalau berat badan I naik pun paling tinggi 52kg. Dan I pernah diet dan turun sampai 48kg. Terkesima jap tengok angka 57 tu.. Mr. sallehudin pun apa lagi.. gelak guling-guling laa sebab dia suka betul tengok berat I naik. Katanya kalau berat I naik maknanya dia pandai jaga I dan beri makan yang secukupnya... Dia tau tak I fobia tengok angka 57 tu?? huhu..

Memandangkan lately ni juga I ada selalu angkat kotak yang agak berat, so semalam tiba-tiba pinggang I rasa sakit. Pinggang sebelah kanan. rasa macam sengal-sengal gitu.. Bila I bitau Mr. Sallehudin, then dia cakap.. "ntah-ntah ada petanda awal nak ngandung kot.." iyer kerrr....??? Actually Mr. sallehudin memang harap sangat nak dapat baby. Pastu die suh I google tanda-tanda hamil..


Sekiranya anda sangat memahami tubuh anda, anda mungkin mula terasa sesuatu yang tidak kena pada badan anda. Kebanyakan wanita tidak mengesaki diri mereka mengandung sehingga janin yang sedang terbentuk mula merapatkan dirinya kedinding rahim. Segelintir pula masih tidak merasa apa-apa simptom sehinggalah beberapa minggu selepasnya atau setelah mereka tidak mengalami haid pada hari yang sepatutnya.

Dibawah terdapat beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami sebahagian daripadanya atau tiada langsung!

1. Rasa lapar yang berpanjangan

Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

2. Perubahan pada warna di sekliling payudara

Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

3. Kerap membuang air kecil

Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

4. Merasa tidak bermaya

Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

5. Sakit dan tegang pada buah dada

Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.
 
Artikel from HERE
Ada few simptom yang berlaku pada I sekarang.. adakah I'm pregnant?

Saturday, August 6, 2011

Vintage Wedding

What it Means to Have a Vintage Wedding
     Weddings are very special and it is a very important day for the couple who will seal their love forever. The exchange of vows between the bride and the groom is something that should always be remembered. That is the reason why some couples opt to have a wedding that is very unique and unusual for everyone so it will be stored in the memory of each one in the event. Why not have a vintage wedding and capture the beauty of the past?
   Vintage weddings will bring you back in time where rock and roll and hairspray was a hit.  The first thing the couple should think about is the specific time period. The vintage weddings theme can either be Victorian or retro, 1920’s to 1960’s.  If the couple wants exciting concepts in the past, Victorian inspired setting will suit them. The couple who usually wants to have a vintage wedding would like to capture the atmosphere of real love and romance. Most couple says that traditional weddings nowadays lack the real essence of the event which is the celebration of love. In vintage wedding, everyone will get to feel the past starting from the dress, songs and the dance.
Preparing for a vintage wedding can be lots of fun. Going back to the past will definitely make everyone enjoy and feel good. Vintage weddings will be a glorious event for everyone. Go back in time and feel the love, romance and excitement by planning for a vintage wedding.
source:  Here



Tips for a Vintage Wedding
• Before you begin, pick an era and then design the wedding accordingly
• Vintage is a concept of old mixed with new – so don’t feel you need to buy an array of new things that “look old.”
• Have a look at 2nd hand or charity shops for old pieces or accessories that you can use. Be it retro furniture or art deco-inspired wall paper – you will find some bargains.
• Pay attention to detail - like a string of pearl on an old book
• Remember – if you decide on a theme – everything must fit into the theme. From music to the décor!

source:  Here




So mulai sekarang kene ikut tips tu.. selalu pergi kedai 2nd hand cari barang antik  :)

Friday, July 1, 2011

Pameran Pengantin || Stadium Melawati Shah Alam

Baru balik dari tengok Pameran Pengantin kat Stadium Melawati Shah Alam. Coolnyerr pegi ari Jumaat petang. Orang pun tak ramai. So boleh discuss with vendor dengan rasa senang hati. Yang penting boleh tanya macam-macam yg kita nak tau. Pendek kata semua informasi dapat lah.. Pastu boleh amik gambar tanpa ada gangguan.. hihihi...

Okies, cerita pasa gambar dulu. Sebenarnya byk pic yang we all snap kat pameran tu. Tapi semua gambar dalam camera Mr. Sallehudin. So ini aje pic yang dia baru email kat saya tadi.. huhu..


Pic 1: Tengok pelamin ni.. sweet kan. dah rasa macam pelamin Cinderella pulak. Nama vendor ni Khacak Boutique Bridal. Booth die uollss boleh cari kat area pintu masuk depan. tapi tak laa kat depan sangat..tapi area depan jugak lah (ape ayat aku nih..) Package die pun tak mahal sangat laa.. kira so and so jugak laa..


Pic 2: Huhu.. pic ni bukan apee.. Sebanarnye saya duduk cangkung macam tu sebab nak rasa alas carpet pelamin tu. hihi.. Nak tengok carpet jenis ape yang dia guna. Tapi carpet tu nipis aje dan ada bulu2 skit.. Tapi nak kata macam carpet pun tak jugak kot. Macam kain pun ada jugak. Kain yang tebal dan ada bulu2.. hihi.. kat mana die beli ehh..??


Pic 3: Ni saye amik gambo kat booth Kamarini Bridal. Saya minat laa baju putih tu. Uollss perasan tak yang rambu ramba kaler pink kat atas tu.. Cantik kan..  :)  Saya suruh Mr. Sallehudin tengok betul-betul sebab nanti boleh mintak tolong die wat pelamin tu. Kalau tak dapat wat pelamin ni kat rumah saya kat kampung nanti.. dapat wat pelamin ni kat majlis bertandang pun orait.. hihi...

Okies..  tujuan saya & Mr. Sallehudin gi pameran tu.. sesaje aje sbb nak mengisi waktu terluang sambil servey-servey harga untuk our wedding next year.. Insyallah. Checklist pertama yang saya nak servey ialah harga upah jahit baju nikah & sanding, upah make-up dan fotografi.

** Baju Nikah & sanding
Tak banyak vendor yang amik upah jahit baju. Kebanyakkan kene amik package dan dalam package tu include design baju baru. Tapi baju baru tu rental bukan lepas majlis kita yang punyer.. Saya nak tempah baju & finally nak simpan baju tu untuk wat kenangan. Tapi ada satu vendor nih Chahaya Cinta. Die amik upah jahit antara RM300 to RM600. Depends to design dan beading. Sekarang untuk pameran diorang ada promotion unuk Pakej Bertunang. Costume tunang || Pelamin Fresh Flower || 7 Dulang Hantaran || Make-up || Aksesori. Total package only RM1500. huhu.. ok kot kan. So sesape yang blojm tunang boleh terus bayar deposit kat vendor nih..  :)

** Make-up Artist (MUA)
Rate diorang semua lebih kurang sama aje. Antara RM700 to RM800 untuk dua sesi. Make-up for nikah and sanding. Then kite kene bayar untuk duit toll & minyak pula kalau mintak diorang kuar dari KL. Saya cadang nak cari MUA dari KL. Katakan total cost diorang ialah RM1000 (include make-up & transport). Then kalau ambil MUA kat area Bagan Serai / Parit Buntar, total dalam RM300 untuk dua sessi. Cuba bayangkan berapa banyak cost yang boleh jimat?? Cuma Im worried sikit laa takut MUA kat Bagan Serai tu mekap tak cantik. Tapi nanti saya kene pergi menapak kat setiap butik laa kot tengok rate & contoh mekap diorang.. huhu.. untuk tunang memang saya mekap sendiri sebab dua tahun dulu saya part-time wat wedding mekap :)

** Fotografi
Dalam banyak-banyak vendor, saya paling admirer hasil kerja lovetoryteller. Cantik tau hasil kerja diorang ni. Tapi saya tak decide lagi sama ada nak amik fotografi or not. Tapi mungkis YES kot. Dulu memang saya penah bayar booking deposit untuk indoor & outdoor fotoshoot dengan Klasik Bridal. Thats one untuk ala-ala pre-weds boleh kot kat... tapi fotografi untuk hari kejadian kenduri.. tak kan tak nak ambik gambar kot kan..?? huhu.. Takpe.. kene fikir lagi tu. Saya ada tempoh setahun untuk fikir.

Huahua.. jalan-jalan lagi singgah pulak kat booth QarmaSutra. Cantik booth diorang. And diorang pun sponser pelamin kat main stage tu. Kalau korang pergi sana nanti boleh laa tengok ye..  :) Diorang ni provide decoration untuk dais, hall decoration, hantaran & candy buffet. Saya dapat cupcakes free  :)

Pastu singgah pulak kat booth catering Jalal Yusuf Wedding Planner. Siap food testing lagi. hikhik.. Ayam masak merah diorang sedap. Cuba korang pergi rasa nanti.. Dalca daging pun sedap. Tapi macam kuat sangat bau rempah tu. hihihi.. Saya sibuk makan, Mr. Sallehudin sibuk ambik pic candid saya.. huhh..

Dapat lagi makan free tau  :) makan chocolate. Booth choc ni kat pintu luar. Dia satu-satunyer yang ada choc fountain. Juz tanyer how much the rental untuk choc fountain nih? RM50 per day.. hmmm dia bagi skali chocolate. Hmm.. tengah fikir nih. Nak sewa ke or beli aje mesin tu. Kalau beli.. nanti boleh wat rental kat orang lain to sesape yg berminat. Pastu saya pun boleh jugak wat promotion kat booth cupcakes. FYI, saya selalu buka booth cupcakes kat flea market. hihi [sempat nak promote lagi]

To B2B yang planning nak gi mane-mane pameran minggu ni & minggu depan.. good luck yer. Semoga dapat ape yg dicari. Saya pun planning nak pegi kat Wangsa Walk. Sebab kat situ pun ada pameran jugak minggu ni..  :)

Friday, June 10, 2011

Step By Step

Esok.. hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Akan bermulanya segala persiapan untuk menuju hari itu. Adat istiadat akan dipraktikkan. hihi...

Esok pertembungan dua keluarga. Perasaan adalah sangat gumbira tetapi agak nerveous. Saya nervous dan Mr Sallehudin pun nervous kot sebab ari ni dia demam.. hahaha..[sdg mengutuk dia ni..hihi]. Actually pertemuan antara kedua orang tua kami dan disertai oleh kami juga akan makan-makan tengah hari di D'Templer Restaurant, Taman Melati. Kami dengan muka tak malunya akan mendengar perbincangan yang akan berlangsung, iaitu tentang majlis tunang kami nanti..

Adat merisik akan berlangsung dalam suasana moden dan ala-ala koboi tetapi beradat. Cincin belah rotan akan disarungkan ke jari manis saya tidak lama lagi. Yeaahhh..  Dan Insyallah, jika diizinkanNya akan berlangsung pula majlis pertunangan sepurnama lagi.. Kali ni cincin diamond bertatahkan zamrud kot [ecehh] akan disarungkan ke jari manis saya..  hihi..

Dugaan di alam pertunangan memang besar. Sesiapa yang tidak sabar dan tidak tahan godaan boleh hancur ikatan pertunangan tu. Tetapi saya sentiasa berdoa moga perhubungan kami ini sentiasa dirahmatiNya dan kami sentiasa mendapat rezeki yang diberkati olehNya..

Setahun juga perjanjian ikatan pertunangan ini akan berlangsung. Moga-moga harapan & impian kami untuk hidup bersama dan menjaga antara satu sama lain termakbul. Insyaallah.. setelah banyak dugaan yang dihadapi sebelum kami bertemu dan dengan sifat kesabaran yang ada.. hari ini kami bahagia dengan doa restu dari ibu bapa kami. Amin...

Wednesday, June 1, 2011

Sweetheartstories

Majlis tunang saya nanti akan ditaja dan diuruskan oleh Sweetheartstories

Sweetheartstories menjalankan perniagaan tempahan cupcakes, dan baru saja memulakan langkah untuk menjadi pengurusan majlis seperti:

:: Kids Birthday party
:: Engagement Party
:: Wedding Party
:: Catering for Small Event


Dan majlis tunang saya nanti adalah job pertama buat Sweetheartstories dalam bidang pengurusan majlis.

Jemput layari http://sweetheartstories.blogspot.com untuk infor terkini...

Monday, May 30, 2011

Sireh Junjung

Mengikut tradisi atau adat resam Melayu, sirih junjung nie adalah perkara yang wajib di dalam setiap majlis pertunangan atau perkahwinan. Selain menjadi penyeri dan pelengkap majlis, ia membawa maksud tersirat iaitu melambangkan asam garam hidup berumahtangga di antara suami isteri. Ini kerana hidup setiap pasangan suami isteri tidak dapat ‘lari’ daripada segala duka dan duka.


Begitu juga dengan sirih junjung yang digubah dengan daun sirih dan campuran beberapa bahan-bahan lain di mana jika ianya di makan, akan timbullah rasa manis, masam, pahit dan masin.

Seperti yang disebut di atas, terdapat beberapa bahan lain yang biasanya dimasukkan sekali ke dalam gubahan sirih junjung. Jom kita lihat apakah maksud yang tersirat di sebalik bahan-bahan yang digunakan itu:


:: Daun sirih – membawa maksud mulia hatinya, berani, tidak mudah berputus asa dan rendah diri


:: Gambir – rasa pahitnya menggambarkan keteguhan hati seseorang


:: Kapur – memberi rasa yang payau, pahit serta hangat jika dimakan bersama dengan sirih. Ia membawa maksud hati yang suci tetapi boleh memberontak jika dicabar


:: Pinang – melambangkan keturunan yang baik dan berhati mulia


:: Tembakau – membawa maksud seorang yang tabah dan sanggup berkorban di dalam apa jua hal


:: Cengkih – rasanya yang pedas memberi gambaran seseorang yang berpegang kuat pada prinsip



Itu mukadimmah aje.. sebenarnya nak bitau yang saya tengah pikir design yang nak di buat untuk sireh junjung. Mama tanya nak buat sendiri atau tempah kat kawan dia. I think I want to do myself. Everything saya nak DIY. Moga-moga dapat berkat. :)


Ini antara design yang saya rasa senang dan mudah kot untuk saya buat.



Pic 1: Design ni mmg cantik dan simple.



Pic 2: Pun menarik juga. Nampak lebih traditional.. Tengah pikir kat mana nak carik tepak sireh.. I know byk kedai yang jual barangan pengantin ni tapi dulu saya boleh dapat diskaun sebab guna nama kedai bridal saya. tapi skrg kedai tu dah x de.. huhu..


Pic 3: Yang ni pun lagi senang. Tapi klau boleh saya nak letakkan semua elemen yang disebut kat atas.. Gambir, kapur pinang.. etc...




Pic 4: Yang ni pun simple jugak. tapi daun sireh tu sikit sangat. Maybe saya perlu tambahkan lagi bilangan daun sireh tu.. :) Ada selit bunga cengkih kan kat situ...


Tapi saya berkenan yang ada tepak sireh tu. Boleh ke combination pic 2 dan pic 1? :)

Sunday, May 15, 2011

Permulaan Kata Pembuka Bicara

Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim... blog http://mrandmrssallehudin.blogspot.com/ dilancarkan.

Blog ini kepunyaan:

Cik Mimis selaku Penulis / Menguruskan Blog

En. Mohd Sallehudin selaku Penasihat Utama Blog



Blog ini akan mencatat segala perjalanan - perancangan - perkongsian idea - kreativiti - tips dalam menjayakan misi hari bahagia (Insyaallah), setelah banyak dugaan dan godaan yang kami hadapi sebelum pertemuan ini.



Insyaallah.. dengan doa kedua ibu bapa kami, saudara mara, sahabat handai, jiran tetangga, pembaca belog dan sesiapa yang berkenaan.. misi kami akan tercapai. Mudah-mudahan ALLAH mempermudahkan segala urusan kami.