Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger
Showing posts with label Watching Movie. Show all posts
Showing posts with label Watching Movie. Show all posts

Tuesday, October 2, 2012

Untuk Tiga Hari

Sabtu minggu lepas me and hubby pergi nonton filem (mcm slang sinetron ajee) Untuk Tiga Hari.  I memang ada rasa teringin jugak nak tengok movie tu. Tapi selalu fikir yang Mr. Sallehudin mesti akan download movie yang baru lepas keluar panggung. So I diamkan ajee.. Tapi tiba-tiba Mr. Sallehudin tanye nak pergi tengok wayang tak? I masa tu tengah cuci pinggan kat dapur mengelejat laa nak tengok kan... Seperti orang mengantuk disorongkan bantal.. ~hihihihi~

Kitorang tak tengok midnight sebab mesti ngantuk. Kesian kat driver yang nak kena memandu balik rumah lepas movie midnight kan. So..kitorang tengok movie pulul 9.30pm kat Mid Valley.


Saya sebenarnya pencinta filem dan drama melayu. ~hihihi~ Dan diakui oleh Mr. Sallehudin. Walaupun dia kurang sikit nak tengok movie or drama melayu ni, tapi dia sentiasa memberikan sokongan moral kepada saya dan membawa saya masuk wayang.. hehe.. 

Kitorang dah standby dalam panggung agak awal juga. Hubby cakap "harap-harap citer ni tak bosan"
Untuk permulaan cerita ni agak meleret jugak. Tapi bila sampai part 'menara', 'bukit', 'pundi kencing aku dah sendat' hahahahaa.. memang gelak gilerr.. Ada lagi yang kelakor.. time Afin menari tiba-tiba pinggang terseliuh... adoyaiii... 

Komen Mr. Sallehudin : not bad jugak laa cerita ni. Tak stereotype. 
Tapi isu tentang Vanida Imran dan Rashidi Ishak yang dikatakan jatuh talak tu I rasa tak betul. Sebab maksud dialog yang Rashidi Ishak cakap kepada Vanida ialah bukannya menceraikan or bercerai dengan Vanida. (paham tak ape yg I tulis ni?) huhuhu. So senang cerita sesape yang dok kecoh jatuh talak antara Vanida dan Rashidi tu dinasihatkan tengok filem ni sampai habis. Jangan baru tengok gadzet kat tv terus buat spekulasi.

 ini dalam panggung.. citer blom start lagi..

Ini luar panggung..

So.. I bagi rating 4/5 untuk movie ni.. Afdlin Shauki..wat laa cerita yang best lagi yerr..  :)
Adios!!

Monday, November 14, 2011

Teater TSLON

Salam semua...
Hamboiiii... lama sungguh nak update cerita yang satu ni. Pasal Teater 'The Secret Life Of Nora' Heboh sana sini cerita pasal sambutan yang sangat dasyat sampaikan tarikh show untuk teater ni ditambah lagi tarikhnya. Kalau nak tahu saya & Mr. Salleh tengok untuk show hari terakhir. Orang memang berpusu-pusu masuk dalam dewan.. hahaha....

 Ticket

Kami beli tiket seminggu awal. Tapi sebelum beli tiket kat Istana Budaya tu coll dulu kaunter tiket.. tanya sama ada tiket available lagi or tak... So kami pun pergi beli tiket hari Sabtu pagi iaitu seminggu sebelum tarikh show.. (nape tulis berulang nih)
Disebabkan pengguna Maxis, maka dapatlah harga tiket 50% diskaun. Kami beli tiket yang paling murah aje. Tak perlulah nak beli tiket mahal yang sampai RM200++ tu.. sebabnya banyak lagi duit yang nak pakai.. (maklumlah nak kawin kan.. hikhik)
 Sebelum masuk ke panggung bergambar dulu..

For me perjalanan cerita ni tak lah sehebat seperti yang dibayangkan dan diuar-uarkan. Agak mengantuk untuk separuh masa pertama. Tapi barulah 'happening' bila masuk tayangan separuh masa kedua. Saya dah menonton teater 'Terima Kasih Cinta' dan 'Lat The Musical'. Antara ketiga-tiga teater ni saya rasa LAT adalah yang terbaik.

 Me, Adibah Nor & Nurain

Ending TSLON ini saya rasa tidak begitu mencapai tahap kepuasan saya. Macam ada sesuatu yang tidak lengkap pada penghujung cerita ini. Macam tidak ada satu kepuasan yang maksima selepas menonton. Walau apapun saya tabik hormat pada props yang sangat canggih siap ada letup-letup lagi sampai Aznil jatuh stage... hahahahaa....

On stage

Adibah Nor, Aznil Nawawi dan Tony Yusof saja yang saya rasa banyak menghidupkan perjalanan cerita ini. Lakonan mereka memang best dan mantap.

note: Dear...I nak nonton teater Badai Semalam laa... hihihi..

Saturday, June 4, 2011

Karak Yang Tak Best!!

Malam semalam we all gi tgk Midnight - Karak Jalan Puaka.. [somthing like dats laa kot tajuknyer]. This is our second movie yang kami tengok sama-sama. Our 1st moviw yang kami tengok - Kongsi.

Sebelum masuk panggung tu kami jejalan kat ground level Mid Valley tu.. Pastu nampak ada promotion cerita Pirates Of Caribbean. Siap ada Pirates & kapal kat situ..


Owhh.. yang paling penting nak bitau.. cerita Karak sangat tak best. Macam hampess!! Nyesal betul beli tiket tengok cerita tu. Lebih baik tengok citer Nur Kasih.. huhu.. Dari 5 bintang, saya bagi 2 bintang aje..

Nyesalll.. nyesalll.... huhu.. Mr. Sallehudin ajak tengok Kungfu Panda tapi saya tak mau..