Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Loading...

Thursday, October 18, 2012

Picnic Sungai Congkak

Salam dan morning semua.. 
I kena menaip secara pantas sebab kejap lagi nak memasak untuk hubby yang akan pulang dari Miri. ~ehee~ Miri jer pun kan.. bukannyer Jepun ke.. London ke.. Yer laa lepas masak I kena rush pergi amik dia kat LCCT pulak. So I have 30 minutes untuk menaip entry ni.. ~huu~

Ini kisah hari Sabtu dua minggu lepas. Kitorang pergi picnic kat Sungai Congkak. Last sekali kitorang pergi picnic berdua kalau tak silap dua minggu sebelum kitorang bertunang. Waktu tu kitorang pergi Ulu Yam. So kali ni, kitorang decide pergi Sungai Congkak sebab kat situ nak turun masuk air terjun tak tinggi sangat. 

Hubby suh I masak nasi lemak. Dia memang suka nasi lemak yang I masak. Lagipun I cuma reti masak nasi lemak jer.. hihi.. nasi ayam ke, nasi tomato ke.. semua out!! Nasi lemak hari tu berlaukkan sambal sotong, ayam goreng rempah dan telur dadar.


Kitorang sampai kat Sungai Congkak tu dalam pukul 8.30am. Awal kan.. ~hehe~ kitorang kuar dari umah kol 7.30am. I bangun masak nasi lemak dan lauk kol 6am.. Hubby peluk bantal busuk.. ~haisshh~
Yang pasti elok kitorang sampai sangat senang cari port best. Orang tak ramai lagikan.. Kitorang terlupa nak bawak tikar tapi nasib baik ada pondok. Pondok tu pulak tepi sangat dengan tempat nak turun masuk dalam air. Best. Masing-masing perut lapar.. kitorang makan dulu.. Dah makan kenyang, baru terjun dalam air...


Sejuk yaaa amat air ni. menggigil I berendam dalam air terjun tu. Ada laa dekat 45 minit kot dok dalam air.. Pastu kitorang naik atas pondok balik. Rehat dan makan lagiii...  Pastu terjun dalam air... Pastuuu naik atas pondok dan makan nasi lemak lagi. I masak nasi 3 pot memang habis licin dikerjakan kitorang berdua je. Senang citer rosak diet I hari tuuu....


Kawasan air terjun tu memang bersih. Kawasan persekitaran terjaga. Kitorang pergi mandi kat bahagian belakang Sungai Congkak tu. Tapi nak masuk kawasan tu kena bayar laa.. Kalau tak silap sorang RM1 kot. Parking pulak kena RM3. Tapi kalau nak mandi kat bahagian depan pun ok aje. Tapi kat situ pondok kena bayar. Kalau tak silap harga RM5 kot.. ntah laa.. tak hingatt.. Tapi tempat yang kitorang masuk ni cuma bayar entrance aje.. pondok tak payah bayar. Tempat nak salin baju pun ada. Surau pun ada kat situ.


Sampai kol 4pm hokeyyy kitorang melepak kat situ. Penangan berendam lama-lama dalam air, I sampai demam selsema sampai sekarang tak elok lagi selsema ni. ~huuu~

Uhh.. tetibe teringan nak makan nasi lemak bungkus daun pisang. Ahaa.. sebut pasal nasi lemak ni tetibeeee nak berniaga nasi lemak. ~akaka~


Memang best kat situ.. So sebelum balik kitorang couple foto dulu. ~ehehe~..
Sampai rumah.. dua orang budak cute ni terus pengsan sebab penat giler..
owwhh pembetulan.. saya cute banyakkkkkk, husband cute sikittttt jer....
Mesti Mr. Sallehudin hangin baca statement ni.
Okey.. byeee nak masak kari ikan jap..
ADIOS

2 comments:

  1. Bukan balik dari miri. Dari labuan la. Miri tu masa pergi. Cuk2 skrg ni masih lagi kat departure hall airport labuan. Kapal dia masalah engine tak bileh nak start. So bertapa la kat sini. Huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. Salam.. Wow very nice blog here.=) Minat jadi model? http://www.aimisyahirah.com/2012/10/perhatian-untuk-talent-model-di-luar.html

    ReplyDelete