Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Loading...

Wednesday, October 3, 2012

Nasi Ayam Mancongkam

Sape peminat nasi ayam kat sini??
Isnin lepas Mr. Sallehudin bawak I pergi makan nasi ayam. Actually since hubby kat Singapore lagi tiba-tiba rasa teringin nak makan nasi ayam. So..hajat tu ditunaikan jugak Isnin lepas.. 

Mr. Sallehudin bawak I kat satu kedai ni.. dia cakap nasi ayam kat kedai ni terangkat bebb!! ~huhu~
Nama restoran tu pelik sikit. Restoran Mancongkam Chicken Rice. Tak tau laa apa maksud disebalik nama tu. Maybe pengasas restoran ni namanya Azman tapi gelaran untuk dia Man Congkam??
Atau perasaan kita akan jadi mengcengkam sebab makan nasi ayam yang sedap gilerr?? hihihi.. entahlahh cuma pengasasnya aja yang tau...


Restoran tu biasa aja.. bukan three star or four star. Tak de star pun. Locationnya kat tepi jalan aje.. Batu 4 3/4 Jalan Gombak, KL

Diorang sediakan dua jenis ayam dan kita boleh pilih yang mana satu pilihan hati. Ada ayam biasa dan ayam garing. Me and husband pilih ayam garing. Walaupun warna nasi tu pudar aje..tengok pun tak excited nak makan tapi bila dah rasa sekali.. nyam..nyam.. rasa macam nak pergi repeat lagi ke kedai tu...

Sos kicap yang bersalut dengan ayam garing tu agak masin sikit tapi bila combine dengan sup dan nasi yang enak tu makanya hidangan nasi ayam tu perfect.Ayam garing pun tak terlalu keras. Sedang elok saja..


Harga sepinggan nasi ayam RM5.50 
Okey laa tu kan..berpatutan. Boleh wat open table kat situ kan. Kedai tu bukak dari tengah hari sampai malam tujuh hari seminggu.


Ambiance: 8/10
Price: 8/10
Food: 8/10

1 comment:

  1. Nak repeat. Ermmm bukan cuk kata nak diet ke. Mana leh makan nasi ayam.

    ReplyDelete