Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger
Showing posts with label Weekend. Show all posts
Showing posts with label Weekend. Show all posts

Saturday, May 18, 2013

Sesat Mencari Dewan

Hari ni adalah sangat dasat ok.. 
Sebabnya me and Mr. Sallehudin planning nak pergi kenduri kahwin kawan lama dia. Malam semalam Mr. Sallehudin baru inform me yang kenduri kahwin tu di Setapak. OK

Selepas buat delivery apam polkadot di Empire Subang Shopping Centre dan pergi rumah kakak ipar di Kampung Padang Balang sebab nak hantar barang. Pukul 2pm kami keluar dari rumah kakak ipar dan menuju ke tempat kenduri kahwin.

Menurut address yang dinyatakan oleh pengantin..
Dewan Orang Ramai, Kawasan 12A, Jalan Taman Melati 4, Setapak.

Makanya kamipun pergi menuju ke Setapak. Jangan katakan dewan, bunga manggar pun kami tak jumpa. Mencari-cari dan tak jumpe. Memang laa jumpa beberapa kenduri tapi orang lain punya. Tak kan kami nak buat muka tak malu dan pergi makan kenduri kat rumah yang tak dikenali. Perut memang lapar.

Mr. Sallehudin dah tension dan fed up. Katanya kalau tak jumpa juga nak pergi makan kat kedai aje.. ~hehe~ I cuba google alamat yang diberikan oleh pengantin. Finally dapat petunjuk. I suruh Mr. Sallehudin menghala ke LRT Taman Melati. Dia membebel kat I yang situ area Gombak dan bukannya Setapak. Kepala I dah laa pening nak muntah pun ada. Sebabnya lapar dan sakit mata tengok map di google hanfon. 

Bila sampai di kawasan LRT Taman Melati, I suruh Mr. Sallehudin memandu ikut arahan I . Arahan I tu pun berdasarkan map di google tu. Owhh.. untuk pengetahuan I memang tak boleh nak baca apa-apa yang tertera di hanfon sewaktu dalam keadaan kereta bergerak. I jadi pening.Tapi disebabkan I rasa memang dah terlalu dekat tempat yang dituju maka I gagahkan juga tangok map google yang kecil tu..

Akhirnya jumpa jugak dewan tu..!!


Akhirnya dapat juga I bergambar dengan pengantin. ~hehe~ Perut memang lapar. Nasi kenduri sedap giler. Kata pembantu katering nasi yang dihidangkan namanya nasi beringin. Dimakan pula dengan kari daging, ayam masak merah dan papedom serta air sirap. Memang sedap. Memandangkan kami sampai di kenduri kahwin tu pukul 3.30pm.. orang pun dah tak ramai sangat. Akibat nasi yang terlalu sedap dan perut yang lapar, I dengan muka tak malu pergi menambah nasi dan lauk. ~hoho~


Ok.. dah kenyang. Lepas makan dan menulis sepatah dua kata dalam 'guest book' pengantin, kami pun balik. ~hoyeyy~ Perut kenyang hati senang. Di tempat parking kereta I telah memaksa Mr. Sallehudin mengambil gambar I yang sedang memakai kebaya pendek dan mermaid skirt. ~hehe~ Owesome sekali.. ~haha haha~


Sunday, April 14, 2013

Hidup Seorang Isteri

Holaaa..
Selamat berhujung minggu. Owhh hari Ahad ari ni kan.. :) Esok dah nak kerja. Selamat bekerja kepada mereka yang bekerja. I juga bekerja. Esok selepas suami pergi kerja I akan sambung tido dan memeluk bantal busuk I yang wangi. Kemudian akan bangun pada pukul 10am dan akan membasuh baju kotor yang bertimbun. Kemudian hendak mop lantai. [Insyaallah kalau rajin]. Selepas sidai baju nak menonton tv tak tau rancangan ape sambil makan aiskrim. Kemudian hendak keluar ke kedai membeli lauk untuk makan malam. Suami memberitahu supaya hari Isnin hingga Jumaat I tak perlu masak lauk, cukuplah memasak nasi dan memadai dengan membeli lauk saja. Sebenarnya membeli lauk adalah lebih murah kosnya berbanding nak masak lauk tiap-tiap hari. I dah cuba teori ini. 

Contohnya hari Isnin : I cuma membeli lauk ayam masak merah seketul untuk suami, sayur togeh dan ikan keli seekor untuk I. Harga pembelian cuma RM5. Jika secara purata kos saya membeli lauk RM5 dari Isnin hingga Jumaat maka total kos untuk lauk selama seminggu ialah RM25 saja. Ini jauh berbanding jika membeli barang-barang untuk masak. Dulu I akan membeli barang basah seperti ikan atau ayam untuk stok dua atau tiga hari. Apabila kita ke pasaraya dan membeli barangan basah serta barangan sampingan yang lain, kos untuk sekali pergi ialah RM30. Bayangkan dalam seminggu I akan pergi kepasaraya sebanyak dua kali... Jadi silalah kira berapa kos yang diperuntukkan untuk memasak selama seminggu?? ~hehe~ Mungkin juga I dan husband beruntung.. sebab kawasan tempat tinggal kami ialah berhampiran pusat pengajian tinggi UITM Puncak Perdana jadi makcik dan pakcik yang berniaga gerai berhampiran sini menjual barang jualan mereka pada harga yang murah  :)

Ada juga gerai yang menjual lauk disini membuat 'marketing strategi'. Setiap pembelian nasi campur atau lauk pauk akan diberikan air minuman secara percuma. I juga tak terlepas dari mendapat tawaran percuma tu. ~hehe~ Pernah sekali I beli goreng pisang banyak sangat.. (sbb goreng pisang pakcik tu sangat sedap. Husband sukaa sangat) Pakcik tu bertanya "banyak beli goreng pisang dik..buat makan kat dalam kolej ye..?" Hahaha.. I tak tau nak bagi jawapan ape kat pakcik tu.. Kalau I jawab "ye" nanti husband membebel cakap I lupa kat dia. Kalau I cakap "tak" nanti pakcik tu ingat I bukan student so nanti bila-bila I beli goreng pisang RM2 dia tak bagi percuma buah nangka dua ulas.. ~hehe~ Tapi I jawab jugak laa.. "Ehh tak lah pakcik, saya bukan student, ni beli byk sbb husband saya suka goreng pisang pakcik nih" ~hihi~ Kesimpulannya muka I ni masih boleh diketegorikan sebagai pelajar lah ye.. Nampak muda kott.. ~hikhikhik~

ok..ok.. kembali kepada cerita rutin memasak I.. Jadi apabila Isnin hingga Jumaat tugas I untuk memasak telah diberhentikan, bila tiba hari Sabtu dan Ahad kerja memasak jadi berganda. Dari hari Khamis malam sang husband dah bagi idea nak makan ape hujung minggu ni.. Contohnya minggu ini.. semalam Sabtu: masak lemak udang + tempe goreng + ikan goreng + telur dadar + air sarsi. Hari ni Ahad : Nasi lemak + rendang ayam + sambal ikan bilis + kacang goreng rangup + telur dadar + air sirap. Yeerr.. husband I memang gila makan telur dadar.. ~ekeke~ Itu baru menu utama. Belum menu sampingan untuk minum petang lagi. Kekadang pujuk I minta tolong buatkan lempeng laa, roti salut telur laa.. itu laa ini laaa..
Air minuman pulak dua jag untuk dia sorang aje.. Nak air oren laa, air sarsi laa, teh O laa, nescafe laa.. aisshhh!!..

Kalau I ada job chocolate fountain di rumah orang kawen ringan sikit laa sebab I dah tak perlu masak tengah hari sebab I akan bawak sekali husband pegi makan kenduri.. ~hehe~ cuma fikirkan menu makan malam aje laa..

Bila hari minggu macam ni dan bila tak de aktiviti jejalan atau job, I dengan husband akan melepak di rumah aje.. tapi I akan jadi bosan ya amatt sebab I tiada peluang menonton rancangan kegemaran I. Ini kerana tv telah di pelopori oleh husband yang menonton cerita kartun dan siaran HBO. Jadi ape yang perlu I buat? Disebabkan kebosanan melampau, I ada 'create' satu blog baru.. ~hehe~.. ok nantilah I cerita pasal blog baru I.. skrg citer kartun yang husband tengok dah abih. So I nak berebut 'remote' nih. Nak tengok astro ria..

Ok byeee..

Sunday, December 23, 2012

Happy Sunday

Good morning Sunday. Waahhh..rasa macam nak sambung tido lagi.. hahahahaa..

Suami dah bangun tido tengok cartoon, and me tengah golek² atas katil sambil update blog. Owhhhhh betapa rindunyeeee blog ni. Hahaha.. hopefully next week I dapat update blog setiap hari seperti biasa. Dan harapnye tiada order dan booking yang membuatkan I tak cukup nafas... hahaaha... tapi kalau ada pun ok jer.. alhamdulilah.. orang kata tezeki kan. So boleh laa menambah dana tabung pelancongan kan..:)

Nak breakfast ape pagi ni?? Makan bun dardin je lah ye.. Mr.sallehudin cakap sedap roti bun tu.. so kejap lagi I nak rasa. 

Owhhhh.. tiba-tiba kedengaran suami saya menjerit² nak makan maggi goreng. Sape lagi yang nak kena masakkan... huuu oklahh.. permisi dulu yaa...

Layan kan aje gambo ni yang di snap beberapahari lalu.. hikhikhik..



Byeee..

Happy Sunday  (^_^)

Thursday, October 18, 2012

#ChurpOut2 And #CelcomNote2

Hi All..
Uolls tau tak about #ChurpOut2012? Event ni berlangsung di Publika Boulevard pada 13 October 2012.


So untuk pertama kalinya I pergi event yang ChurpChurp Malaysia anjurkan. I tak pergi sorang. I paksa Mr. Sallehudin temankan I.. ~hehe~ dan dia terpaksa pergi semata-mata untuk #ChurOut2012 dan #CelcomNote2

Masa I sampai kat #ChurpOut2012, dah tengah hari.. so I pergi makan kat area Publika dulu. Lepas kenyang barulah me and hubby jalan-jalan. Mula-mula we all ronda kat #Marketplace. That area boleh tengok blogger terfamous ada jual barang preloved diorang untuk tujuan charity. I nampak Hanis Zalikha, Maria Elena, Jezmine Old Blossom. Yang paling kelakar I boleh jumpa my cousin kat situ. Dia join Hanis Zalikha punya booth. But the best part is.. I snap pic with Sazzy Falak. Terujaa gitu.. Sazzy ada buka booth untuk butik dia jugak masa di #ChurpOut2012.


I teringin hokey nak snap pic dengan mascot #ChurpOut2012. Yeaaaa dapat pun. My hubby pun layan jugak kerenah I.. Dia pun snap pic jugak.. berdiri tepi mascot gitu.. Lepas snap pic dengan mascot dapat coupon Super Deals Giftpack sorang satu. 


Kemudian, I rasa teruja nak register nama di kaunter #ChurpOut2012, dan sign up sekali B Card. Orang kat kaunter tu cakap kalau nak dapat cabutan bertuah perlu dapatkan lima chop stamps dari FunCircuit. Actually FunCircuit ni kaunter permainan di #ChurpOut2012. Ada lima booth permainan yang kita perlu pergi dan lengkapkan permainan yang ada. Setelah lengkap permainan kita, kita akan dapat chop stamps. Satu booth untuk satu chops stamps. Mari bermain dengan gembira..  :)


Yang paling kelakar sekali, untuk dapatkan chop stamps yang ke lima kita kena try main game - kalau tak silap I namanya Rodeo Bull. I takut nak main game ni sebab takut jatuh. So I paksa my hubby naik atas menatang tu.. ~hahahhahaa~ Bull tu akan berpusing-pusing. Makin lama makin kuat. Ikut kepada kebijaksanaan orang yang menunggangnya.. Kalau pandai balance lama laa duduk atas bull tu.. Kesian my husband.. last sekali dia jatuh dari bull tu. terus pening pitam nak bangun tak boleh. I takut tau.. Kesian dia.. Sorry my dear.. ~hehe~ Balik #ChurpOut2012, I cerita dan tunjuk gambar kat all my adik ipar. Diorang semua gelak sampai pecah perut tengok gambar tu.. ~hahaha~ I LOVE U MY HUBBY...

Finally dapat juga semua chop stamps dan terus pergi ke kaunter redemption. Alaaa.. dapat badge #ChurpOut2012 aje.. Sungguh tak lucky saya.. ~haha~. Yang ni cabutan bertuah untuk hadiah biasa-biasa aje. Tapi kalau nak dapat grand prize, mestilaa join #Whatchuwant Dunk N Draw. I tengak beberapa orang perempuan cina join game ni untuk dapatkan grand prizes. Caranya.. mereka perlu duduk diatas satu kolam kecil yang dipenuhi air. Apabila tekan button ditepi kolam tu.. mereka terus jatuh dalam air. Yerr.. permainan ini memerlukan kita standby baju lain sebab dah tentu basahkan...masuk kolam.. ~huhu~ Bila dah jatuh dalam air.. pilihlah bola pingpong kesukaan. Disitu ada tertulis hadiah apa yang dimenangi. Antara hadiah grand yang disediakan Samsung Galaxy Note 2 #CelcomNote2. Kalau ikutkan memang I nak join the game....tapi takde baju extra..~ehehe~

Sebenarnya nak tunggu sampai malam. Maklumlaa nak tunggu tengok Daphne Iking dan DJ Fuzz. Tapi tak sempat. Dapat tengok Performance dari Butoh Dance by Kaki Seni dan Drama by Kaki Seni. Memang best performance diorang ni. Leka I tengok performance diorang kat main stage #ChurpOut2012. 

Tapi kita masih berpeluang memenangi Samsung Galaxy Note 2. Join contest yang Churp Churp Malaysia anjurkan sekarang. Malam ni dah tarikh tutup. So..cepat-cepat bertindak. Saya memerlukan sangat Samsung Galaxy Note 2 sebabnya, I perlukan satu barang electronic untuk I save semua resepi masakan, gambar-gambar dan susun atur scadule harian I dalam calender. Samsung Galaxy Note 2 ada disertakan bersama S Pen Stylus. Jadi.. kalau kita jumpa celebrity ke...kita boleh minta sain autograph dari dia then terus save aje.. Wowww..terujaaaaa.. [berangan lah Mimi ni]. Lepas tu I sign-up Celcom plan. So jadilah #CelcomNote2.


Owhh.. yang pasti #ChurpOut2012 memang best dan I nakkkkkk sangat Samsung Galaxy Note 2 #CelcomNote2
Pleaseeeeeee.....  (^_^)

Picnic Sungai Congkak

Salam dan morning semua.. 
I kena menaip secara pantas sebab kejap lagi nak memasak untuk hubby yang akan pulang dari Miri. ~ehee~ Miri jer pun kan.. bukannyer Jepun ke.. London ke.. Yer laa lepas masak I kena rush pergi amik dia kat LCCT pulak. So I have 30 minutes untuk menaip entry ni.. ~huu~

Ini kisah hari Sabtu dua minggu lepas. Kitorang pergi picnic kat Sungai Congkak. Last sekali kitorang pergi picnic berdua kalau tak silap dua minggu sebelum kitorang bertunang. Waktu tu kitorang pergi Ulu Yam. So kali ni, kitorang decide pergi Sungai Congkak sebab kat situ nak turun masuk air terjun tak tinggi sangat. 

Hubby suh I masak nasi lemak. Dia memang suka nasi lemak yang I masak. Lagipun I cuma reti masak nasi lemak jer.. hihi.. nasi ayam ke, nasi tomato ke.. semua out!! Nasi lemak hari tu berlaukkan sambal sotong, ayam goreng rempah dan telur dadar.


Kitorang sampai kat Sungai Congkak tu dalam pukul 8.30am. Awal kan.. ~hehe~ kitorang kuar dari umah kol 7.30am. I bangun masak nasi lemak dan lauk kol 6am.. Hubby peluk bantal busuk.. ~haisshh~
Yang pasti elok kitorang sampai sangat senang cari port best. Orang tak ramai lagikan.. Kitorang terlupa nak bawak tikar tapi nasib baik ada pondok. Pondok tu pulak tepi sangat dengan tempat nak turun masuk dalam air. Best. Masing-masing perut lapar.. kitorang makan dulu.. Dah makan kenyang, baru terjun dalam air...


Sejuk yaaa amat air ni. menggigil I berendam dalam air terjun tu. Ada laa dekat 45 minit kot dok dalam air.. Pastu kitorang naik atas pondok balik. Rehat dan makan lagiii...  Pastu terjun dalam air... Pastuuu naik atas pondok dan makan nasi lemak lagi. I masak nasi 3 pot memang habis licin dikerjakan kitorang berdua je. Senang citer rosak diet I hari tuuu....


Kawasan air terjun tu memang bersih. Kawasan persekitaran terjaga. Kitorang pergi mandi kat bahagian belakang Sungai Congkak tu. Tapi nak masuk kawasan tu kena bayar laa.. Kalau tak silap sorang RM1 kot. Parking pulak kena RM3. Tapi kalau nak mandi kat bahagian depan pun ok aje. Tapi kat situ pondok kena bayar. Kalau tak silap harga RM5 kot.. ntah laa.. tak hingatt.. Tapi tempat yang kitorang masuk ni cuma bayar entrance aje.. pondok tak payah bayar. Tempat nak salin baju pun ada. Surau pun ada kat situ.


Sampai kol 4pm hokeyyy kitorang melepak kat situ. Penangan berendam lama-lama dalam air, I sampai demam selsema sampai sekarang tak elok lagi selsema ni. ~huuu~

Uhh.. tetibe teringan nak makan nasi lemak bungkus daun pisang. Ahaa.. sebut pasal nasi lemak ni tetibeeee nak berniaga nasi lemak. ~akaka~


Memang best kat situ.. So sebelum balik kitorang couple foto dulu. ~ehehe~..
Sampai rumah.. dua orang budak cute ni terus pengsan sebab penat giler..
owwhh pembetulan.. saya cute banyakkkkkk, husband cute sikittttt jer....
Mesti Mr. Sallehudin hangin baca statement ni.
Okey.. byeee nak masak kari ikan jap..
ADIOS