Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Thursday, October 25, 2012

Sempena Aidiladha

Assalamualaikum..
Hari ni perlu menaip dalam keadaan sopan dan berbudi pekerti.
Alhamdulilah, saya dan suami telah selamat sampai ke kampung halaman saya di Bagan Serai, Perak pada pukul 8 malam tadi. Dengan menempuh kesesakan jalan raya yang agak teruk dan hujan turun dengan lebat sekali. Disebabkan itu, pemanduan sang suami agak kurang jelas. 

Kami bertolak dari rumah di Shah Alam pada pukul 2.30 ptg sebaik saja suami pulang dari kerja. Sebelum memasuki lebuhraya, kami singgah Mc Dee drive thru di Kota Damansara kerana saya sejak dari tiga empat hari lepas merengek-rengek mengidam Samurai Burger. Sesampainya di mesin pesanan, orang yang mengambil pesanan memberitahu bahawasanya promosi Samurai Burger telah tamat. Saya amat sedih dan kecewa sekali. Saya hanya sempat menjamah Samurai Burger sekali sahaja.

Walaupun esok raya tetapi kami sekeluarga disini tidak membuat persiapan untuk menyambut raya. Tiada ketupat daun palas, tiada rendang daging yang enak, yang ada cuma sedikit nasi impit dan sedikit kuah kacang. Ini kerana kami sekeluarga sedang sibuk membuat persiapan untuk kenduri kahwin adik lelaki saya pada hari raya ketiga ini. Ruang tamu dipenuhi dengan goodies beg dan segala makanan ringan. 

Oleh itu, dikesempatan ini, saya dan suami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua mislimin dan muslimat, teristimewa untuk pembaca blog picisan mrandmrssallehudin. Esok pagi nak pergi tengok orang sembelih lembu..

Di malam raya ini bersulamkan hujan rintik-rintik, sangat enak tidur. Oleh itu..marilah kita tidur.. 

Amacam..?? bersopan santun tak penulisan entry hari ni?
ok.. adios... byeee... esok rayeeeee....




No comments:

Post a Comment