Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger
Showing posts with label Cuti-cuti. Show all posts
Showing posts with label Cuti-cuti. Show all posts

Thursday, June 20, 2013

Travelog : Kuala Terangganu :: Day 1

Perjalanan dari Kota Bahru ke Kuala Terengganu sangat menyoronokkan sebabnya kita akan melalui jalan pantai dan dapat melihat suasana kampung disana. Cuaca juga boleh dikatakan tidak terlalu panas terik. Memang sesuai sangatlah dan 'cool' saja perjalanan kami hari tu.  :)

Apabila masuk ke daerah Setiu, kita mula dapat melihat jaluran pantai yang umpama tiada penghujungnya di sepanjang perjalanan. Saya memang dah rasa happy sangat sebab macam nak suruh Mr. Sallehudin berhenti tepi jalan sebab nak ambil gambar. Tapi Mr. Sallehudin buat 'tak tauu jerkk' ~hehe~ Kita boleh membaca 'signboard' nama-nama pantai seperti Pantai Rhu 10, Pantai Penarik dan Pantai Mangkok. Sepanjang perjalanan kita dapat melihat gerai-gerai makanan yang diusahakan oleh penduduk situ. Semua makanan adalah berasaskan hasil tangkapan laut dan kebanyakan mereka menggunakan hasil tangkapan laut untuk menjana ekonomi mereka.


Antara menu popular di setiap gerai disepanjang pantai ialah ikan goreng tepung, udang goreng tepung dan semuanya bergoreng tepung. Kami pun mengambil kesempatan untuk berhenti di salah satu gerai tepi Pantai Penarik dan menikmati hidangan makan tengah hari. Kami cuma makan nasi berlaukkan sotong goreng tepung, ikan tongkol dan sedikit sayur.


Menurut Mr. Sallehudin sotong goreng tepung yang kami makan kurang sedap kalau nak dibandingkan dengan yang beliau pernah makan di Kuala Terangganu. Sebenarnya Mr. Sallehudin memang berhajat nak membawa saya mencuba sotong goreng tepung yang beliau pernah makan empat tahun dulu di sekitar kawasan chalet di Pantai Teluk Ketapang, Kuala Terangganu.. haha.. ok.. saya pun tak sabar nak makan nih.. :)

Kami tiba di tempat penginapan kami lebih kurang pukul 2.30pm. Kami menginap di Dara Inn, Pantai Teluk Ketapang, Kuala Terangganu. Jalan menuju ke pantai ini bersebelahan dengan Lapangan Terbang Kuala Terangganu. Untuk pengetahuan kami membuat tempahan sebulan awal sebab kebetulan tarikh percutian kami pada musim cuti sekolah. Kami menempah 'deluxe room seaview' pada harga RM130 satu malam. Disebabkan ini percutian ala-ala honeymoon, saya memaksa Mr. Sallehudin menempah untuk dua malam. :)



Petang-petang kami jalan kaki kat tepi pantai. Kebetulan hari tu angin memang terlalu kuat sampaikan pasir pun terbang masuk dalam mata ~huhu~ Untuk pengetahuan Pantai Teluk Ketapang ni dilarang mandi maklumlah angin laut disini berbeza dengan angin laut pantai Port Dickson sebabnya ombak disitu sangat bergelora dan tidak sesuai dijadikan kawasan mandi manda. Sekadar duduk ditepi pantai dan mengambil angin petang tu boleh laa...  :)




Sebelah malam pula kami dibawa oleh kawan Mr. Sallehudin ke satu tempat yang agak menarik untuk menikmati 'seafood'. Kata Aida nama tempat tu ialah Tanjung. Malangnya saya tak berapa pasti lokasi sebenar tempat tu. Maklumlah waktu malam dan saya tak pasti ikut jalan mana yang di bawa oleh Aida. Sampai di situ, kami memilih gerai Ikan Bakar Mek Ta. 


Entah kenapa..saya teringin sangat nak makan ketam..~hehe~ Aida memilih Ikan Sebelah untuk dijadikan ikan bakar sebagai santapan kami. :) Ikan yang dibakar terasa manis kesegarannya. Selain ketam dan ikan bakar, kami memilih kerang bakar dan menu sampingan sayur kailan dan telur dadar untuk dimakan bersama nasi putih. Owhh.. makan bertambah-tambah sebab tu berat badan saya juga naik bertambah-tambah.. ~haha~




Perut kenyang senang hati. Dasat betul kalau tengok cara saya makan. Takpe sekali sekala katakan :p Harga makan malam kami hari tu RM85. Kata Aida, harga itu agak mahal tapi pada kami agak berbaloi juga sebab  Ikan Sebelah tu bukan bersaiz kecil. Ketam lagi.. kerang lagi.. :)

Wednesday, June 19, 2013

Travelog : Transit Di Kota Bahru, Kelantan

Hai..

I dan Mr. Sallehudin merancang percutian ke Terangganu sejak sebulan yang lalu. Kebetulan kami ada job chocolate fountain di Gua Musang, jadi kami ambil kesempatan ni untuk pergi bercuti. Sejujurnya ini ala-ala honeymoon kedua kami sejak 15 bulan berkahwin. Ada setengah orang tu baru enam bulan kahwin tapi dah pergi honeymoon sampai kali ke empat.. ~hehe~ maklumlaa kami ni pasangan yang sangat sibuk. Mr. Sallehudin sibuk dengan kerjanya dan I pun sibuk dengan own business. Jadi bila dah ada kesempatan ni memang kami 'grab'

Selepas habis job di Gua Musang, kami terus bertolak ke Kota Bahru. Perjalanan mengambil masa lebih kurang dua jam setengah untuk sampai. Kami sempat singgah makan di Restoran Seri Thai, Kuala Krai. Menu di kedai tu seperti biasa ada nasi goreng, bihun goreng, tomyam... tapi saya cuma memilih untuk makan bihun goreng dan Mr. Sallehudin memilih untuk makan mee goreng. 

Lebih kurang pukul 8 malam kami sampai di Kota Bahru dan terus menuju ke Hotel Rebana. Disini hanya persinggahan transit kami saja sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Terangganu esok hari. Harga bilik yang kami ambil ialah RM120 untuk 'deluxe room'. 


Semasa bermalam di Kota Bahru, kami bercadang nak 'jalan-jalan cari makan' di salah satu cafe yang popular kat situ. Tapi disebabkan Mr. Sallehudin sangat kepenatan, jadi kami makan-makan aje di gerai tepi Hotel Rebana. Disitu kami menikmati nasi impit dan sate, roti jala dan nasi tumpang. Makanan disitu telah dipaket dalam kuantiti yang kecil. Contohnya roti jala di paket dalam plastik kecil sebanyak tiga biji disertakan dengan kuahnya yang agak manis. Begitu juga dengan sate dibungkus dua cucuk dan disertakan dengan beberapa potong nasi impit. Harga antara RM1.50 hingga RM3 untuk setiap bungkus bagi setiap makanan. Jadi kita boleh memilih sendiri menu yang diingini. Saya juga  mencuba menu nasi tumpang. Ia dibalut dengan daun pisang dan dibentukkan seperti aiskrim kornetto. Nasi ni berlaukkan sedikit ikan sardin dan sambal udang kecil. Harga pula RM2.50


Hotel Rebana menawarkan 'breakfast' percuma untuk penginap di situ. Tapi malangnya 'breakfast' adalah berbentuk 'ala carte'. Tiada pilihan makanan yang disediakan. Kami dihidangkan dengan sepinggan nasi lemak dan air kopi atau oren saja. Agak 'frust' juga..sepatutnya mereka perlu menyediakan nasi kerabu lagipun nasi kerabu kan 'signature food' negeri Kelantan  :)


Selepas 'breakfast' kami pun bersiap-siap meneruskan perjalanan ke Kuala Terangganu. Dah tak sabar sangat ni. Menurut Mr. Sallehudin perjalanan mengambil masa dua jam setengah melalui jalan pantai.. :) Kami tidak singgah ke Pasar Siti Khadijah pun sebab memang kami mahu sampai awal di Kuala Terangganu. Lagipun kami disitu pada hari Jumaat, semua kedai perniagaan ditutup pada hari tersebut. 


Sesiapa yang berminat untuk menginap di hotel ini, disini saya sediakan informasi tentang hotel tersebut

Hotel Rebana
Lot 1561 Padang Bongor,
Jalan Pengkalan Chepa,
15600 Kota Bahru, Kelantan.
Tel: 09-7476040

note: Gambar diambil dari Instagram saya saja  :)

Tuesday, February 19, 2013

Travelog : Sarawak Episod 5 : Semenggoh Wildlife Centre

Catatan Perjalanan 21 January 2013

Ini hari kedua I berada di Kuching. Untuk hari ni I terpaksa jalan sesorang memandangkan Mr. Sallehudin perlu pergi bekerja. Sebenarnya I ikut saja Mr. Sallehudin outstation ke Kuching. Jadinya apabila hari yang dia bekerja makanya I kenalah berjalan sesorang.

I beli pakej ke Semenggoh Wildlife Centre pada harga RM50. Pakej ni termasuk transport dari hotel ke sana dan tiket masuk ke Wildlife tu. Perjalanan dari hotel ke sana mengambil masa dalam 30 minit saja. Semenggoh Wildlife Centra ni ialah pusat hidupan orang utan. Sebenarnya tikat untuk memasuki Wildlife hanya RM5.

Wildlife ni dibuka kepada orang ramai dua kali saja dalam satu hari iaitu antara pukul 9 pagi hongga 10 pagi dan 3 ptg hingga 4 petang.


Ianya dibuka pada waktu begini kerana dikatakan orang utan akan keluar makan buah-buahan yang disediakan. Jadi pengunjung dapat melihat aksi orang utan. Walaubagaimanapun pengunjung tidak dibenarkan berada pada jarak dekat. Pengunjung cuma boleh melihat orang utan dari tempat pelantar yang disediakan.


Sebelum memasuki kawasan pelantar, pengunjung diberi sedikit 'briefing' oleh pekerja Wildlife Centre ni. Sebenarnya bukan selalu orang utan akan keluar mengambil makanan yang disediakan. Hampir sejam I dengan pengunjung yang lain menunggu, langsung tak nampak batang hidung orang utan. Jenuh juga pekerja Wildlife memanggil orang utan ni supaya keluar. Ala-ala tarzan gitu pekerja ni tau.. hehe...


Memang malang.. takde rezeki I nak tengok orang utan. ~huhuhu~ Kata pekerja kat situ, I boleh datang sekali lagi pada waktu petang menggunakan tiket yang sama. Bermakna I tak perlu bayar entrance lagi jika nak datang pada sessi petang. Tapi I macam dah tak larat nak menunggu kan.....  :(


Ini antara kaum keluarga orang utan yang ada kat Semenggoh ni. Nama diorang sedap bukan main. Pekerja kat situ cakap ketua orang utan namamya Ritchie. Owhh ok.. sebab dia yang paling besar dan garang.


Sunday, February 17, 2013

Travelog : Sarawak Episod 4 :: Traditional Boat Cruise

Hai....

Perkara paling best sekali ialah menaiki Sarawak Traditional Boat Cruise. :) Lebih menarik kalau menaiki boat ni pukul 6.30 ptg iaitu trip yang terakhir sebabnya kita boleh melihat matahari terbenam :)

Untuk menaiki Traditional Boat Cruise ni kita cuma perlu pergi kat Waterfront dan disitu memang ada jeti khas untuk Boat Cruise ni. Actually ada jenis cruise. 

Pertama ialah Sarawak Ricer Cruise. Ianya lebih berkonsepkan star cruise gitu. Dan bayaran untuk menaiki cruise ni ialah RM60 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak. 

Tapi yang kitorang naik ni ialah Traditional Boat Cruise. Bot yang lebih nampak tradisional dan kecil saja. Bayaran untuk bot ni ialah RM19 dewasa dan RM9 untuk kanak-kanak. Tiket boleh dibeli di jeti yang terletak di Kuching Waterfront.



Memang cantik pemandangan yang dapat dilihat. 







Sepanjang menaiki Traditional Boat ni, kita dapat lihat beberapa kampung yang terletak ditepi Sungai Sarawak. Antaranya Kampung Boyan dan dapat melihat beberapa bangunan lain seperti Astana, Brooke Dockyard, Fort Margherita dan Petanak Wet Market.

Friday, February 15, 2013

Travelog : Sarawak Episod 3 :: India Street

Salam...

Ok.. kita sambung lagi cerita pasal jalan-jalan Sarawak nih..  :p

Selepas pulang dari Santubong, hajat dihati nak pergi ke Taman Negara Bako. haha.. tu laa.. tak wat research banyak-banyakkan.. baca sikit infor aje.. Kami sampai setakat jeti Bako saja. tengok macam sunyi. Kereta parking tepi memang banyak. Maybe time tu dah agak petang jadi orang yang nak ke Bako tak ada lah kot. Maybe nak ke sana perlu awal pagi baru best. Rupanya kalau nak ke Taman Negara Bako perlu naik bot kecil. I pun tak tau berapa tambang naik bot kecil tu dan berapa lama perjalanan ke sana.... Akhirnya.. kitorang buat keputusan balik ke bandar Kuching saja... hehehe...

Sampai di bandar Kuching perut terasa lapar. Tapi kami jalan-jalan dulu di India Street. Jangan tak tau ye.. di Kuching pun ada India Street. Tapi kat situ bukan lah macam Brickfield KL yer.. hehe.. Kat sini memang banyak kedai yang jual baju dan handbeg. Saya sendiri pun beli handbeg berharga RM25  :)


Memandangkan hari Ahad, kebanyak kedai di India Street tutup awal. Jadi nampak lengang lah di perkarangan India Street tu. Kalau hari biasa sudah tentu banyak pengunjung tempatan dan pelancong asing datang ke situ. Satu yang saya perasan barang yang jual disini kebanyakan sangat murah.


Gambir Sarawak juga ada dijual kat India Street. Kebanyakkan peniaga yang menjual ubatan seperti gambir Sarawak ni tiada kedai. Diorang cuma meletakkan hasil jualan dalam satu beg dan beg tu diletakkan di atas kerusi. So berniagalah mereka ni di tepi kedai kat situ...

Salah satu pemandangan di India Street ni ialah Little Lebanon. Saya pun tak berapa pasti apa yang ada dalam bangunan ni tapi kalau tak silap saya ada satu cafe kecil yang menjual makanan orang Lebonan disitu..

Perut kitorang memang dah lapar sejak dari awal sampai kat India Street tu. Mr. Sallehudin kata dia tiba-tiba teringin nak makan mee goreng mamak. uihh.. Agak susah nak cari kedai makanan halal area India Street ni sebenarnya.. Tapi kitorang ada terjumpa satu kedai melayu yang jual nasi campur. Maklumlah dah petang sangatkan.. jadi saya order rojak dan Mr. Sallehudin order mee kari.


Walaupun kedai tu nampak usang tapi mee karinya adalah superb. Kitorang siap tapau lagi dua bungkus mee kari sebab nak bawak balik makan kat hotel.. :p

Alahai... kitorang ni kelaparan sampai lupa apa nama kedai yang kitorang masuk tu.. :D
Cuma yang saya ingat kedai tu ditengah-tengah deretan kedai dan bangunannya warna putih. Kedai tu satu-satunya kedai melayu yang menjual nasi campur kat situ....

Thursday, February 14, 2013

Travelog : Sarawak episod 2 :: Damai

Catatan perjalanan 20 January 2013

Hari Ahad. Memandangkan Mr. Sallehudin belum mula kerja lagi jadi kami mengambil kesempatan untuk bersiar-siar sekitar Kuching dan Santubong. 

Destinasi pertama kami ialah ke Santubong. Disitu terletaknya Perkampungan Budaya Sarawak. Tiket untuk masuk ke Perkampungan Budaya Sarawak ialah RM60 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak. Dalam perkampungan tu terdapat rumah panjang untuk setiap kaum etnik di Sarawak dan memaparkan cara hiduk dan makanan tradisional mereka. Pada waktu tertentu juga akan ada persembahan tarian. Btw, kami tak masuk pun ke Perkampungan Budaya Sarawak tu. Kami cuma bergambar aje depan pintu masuk. hehe..





Bersebelahan dengan Perkampungan Budaya Sarawak terdapat Damai Central. Disitu ada medan selera tapi tak lah meriah sangat. Walau bagaimanapun hidangan yang dijual disitu memang menarik. Hari pertama I dah mencuba Mee Kolok Crispy.


Harga makanan disini tak terlalu mahal. Kalau tak silap harga semangkuk mee kolok ni RM5


Salah satu gerai di medan selera kat situ ada jual pelbagai jenis roti canai. Memang sedap :)

Sesungguhnya pemandangan disitu memang cantik. Subhanallah..
Dari Damai Central memang nampak Gunung Sentubong dan Damai Central dibina berhampiran dengan Laut China Selatan dan dipanggil Damai Beach.

 
Cuaca memang panas. Tapi tiupan angin pantai membuatkan kita rasa sayang sangat nak tinggalkan tempat ni.


Di Damai Central ni terdapat beberapa bar dan restaurant juga seperti Escobar Bar & Grill, Bayridge Seafood Restaurant dan Courtyard Cafe. Rasanya kalau melihat matahari terbenam disini pun sangat cantik kan... Kalau tak silap I.. disini juga boleh diadakan karnival, exhibitions dan lain-lain. Ada satu kawasan yang dipanggil open-stage and open air-arena betul-betul mengadap ke Pantai Damai. Cuba bayangkan kalau di situ diadakan majlis perkahwinan bertemakan 'pantai'  :) mesti cantikkan...




Untuk pengetahuan, Kampung Budaya Sarawak di Santubung terletak 32km dari bandaraya Kuching dan mengambil masa lebih kurang 45 minit memandu kereta sewa.

Thursday, January 31, 2013

Travelog : Sarawak Episod 1 :: Dari KL ke Kuching

Catatan Perjalanan: 19 January 2013

Memang dah lama tak bercutikan.. walaupun Mr. Sallehudin perlu bekerja tapi saya menyibuk nak ikut juga untuk holiday. Jadi kami ke Kuching Sarawak selama 6 hari 5 malam. 

Hari Sabtu pukul 12.30 tengah hari we all dah sampai di terminal LCCT untuk urusan check-in. Kali ni memang kami sampai awal sebabnya Mr. Sallehudin pernah ada pengalaman sampai lambat lima minit aje, terpaksa tinggalkan beberapa luggage sebab gate Air Asia tutup awal. Selepas semua urusan selesai, kami duduk merehatkan diri di Coffee Bean sebabnya flight kitorang pukul 3.30pm. Bosan menunggu hokeyy..!!


Sementara menunggu.. Mr. Sallehudin sangatlah suka ambil gambar candid I. Maklumlah baru beli lens baru so nak testing kononnya. Yang menjadi model tak bergaji selalunya I laa kan.. Tapi nasib baik Mrs. Sallehudin ni comel.. hahahaa.. (tangan dibahu mata ke atas)

Dalam pukul 3pm we all masuk ke balai perlepasan. We all menaiki pesawat AK5212

Lebih kurang 1 jam 45 minit perjalanan dari KL to Kuching. Perut pun terasa lapar. So I mintak Mr. Sallehudin order Nasi lemak Pak Nassir tapi menu nasi lemak dah habis. Yang tinggal cuma nasi ayam. Ordar 1 paket nasi ayam aja. Kononya share tapi selalunya Mr. Sallehudin tak pernah mempercayai perkataan share tu. Sebabnya kalau share selalunya I yang makan lebih.. haha..

Rasa sedap juga nasi ayam tu tapi I tetap mengidam nak makan nasi lemak. Kata orang nasi lemak Pak Nassir yang dijual dalam Air Asia adalah yang terbaik. Next time kalau nak naik flight lagi terus buat pre-order. Lagi senang.. So tak de I nak kempunan lagi...

Sampai di tanah Kuching dengan selamat walaupun hujan agak lebat. Kata orang Kuching disana setiap petang hujan. Company Mr. Sallehudinsediakan kereta sewa untuk kami. Selesai urusan penyerahan kereta sewa, we all pun terus menuju ke hotel Grand Continental.


Kereta sewaan kami selama 5 hari disana ialah Persona. Bukan kami yang sewa ye.. company Mr. Sallehudin yang sewakan untuk memudahkan pekerjanya ulang alik dari hotel ke tempat kerja. 

memangdangkan mr. Sallehudin bukan orang Kuching.. hehe.. kami penggunakan GPS sebagai penunjuk arah jalan. Tapi kekadang Mr. Sallehudin rasa macam nak campak gak GPS ni.. sebab selalu tunjuk salah jalan.. haha..

Ada ke patut.. dari muzium nak ke Water Front.. tunjuk jalan kecik yang kereta tak muat nak lalu.. khas untuk pejalan kaki aje.. huhh..