Salam Jumaat
Lagi dua hari nak berakhrnya tahun 2011. Alhamdulilah.. syukur kepada ALLAH kerana memberi peluang untuk meneruskan kehidupan dan menikmati keindahan dunia ini. Mudah-mudahan ALLAH memanjangkan umur kita semua untuk terus menikmati alam ciptaanNya dan menambahkan amal ibadah yang rasanya masih belum lengkap dan sempurna...
Banyak benar yang berlaku sepanjang tahun 2011 ini. Kenangan pahit dan manis biarkan berlalu untuk dijadikan sebagai pengajaran dan pengalaman. Semoga kenangan 2011 akan menjadi satu kenangan yang indah sepanjang hidup walaupun ianya sangat pahit untuk dikenang.
Alhamdulilah..
Hajat dan harapan saya ketika di tahun 2011 insyallah akan tercapai pada tahun 2012. Saya menemui seseorang yang akhirnya Insyallah bakal saya kahwini pada Mac 2012. Alhamdulilah.. ALLAH menemukan saya dengan seorang lelaki yang benar ikhlas dan menyayangi saya serta ikhlas dalam perhubungan yang kami jalinkan tidak sampai setahun. Alhamdulilah.. doa saya didengari ALLAH SWT untuk pertemukan saya dengan seorang lelaki yang jujur dan setia. Setelah melalui kehidupan yang memeritkan dan memenatkan kini saya mampu tersenyum dengan kehidupan sekarang disamping orang yang sangat saya sayangi dan cintai...
Tahun 2012 adalah tahun untuk melengkapkan segala impian dan cita-cita yang masih belum terlaksana. Cuba sedaya upaya untuk mencapai segala yang diingini. Banyak perkara yang masih belum dapat dilakukan. Insyallah tahun ini cuba yang terbaik. Antaranya menyambung semula perniagaan yang dahulunya saya tinggal iaitu perniagaan dalam industri perkahwinan. Moga mendapat restu dari bakal suami. :)Selain itu cuba menjelaskan hutang piutang yang belum langsai..huhuhu... dan melalui kehidupan yang lebih tenang dan selesa.
Moga tahun 2012 lebih mendapat keberkatan...
Selamat Tahun Baru 2012... :)
No comments:
Post a Comment