Selamat pagi.. Saya sudah sampai di kampung halaman. Perjalanan lebih kurang lapan jam dari KL to Bagan Serai.. haha.. gilerkan... Sebenarnya ada kisah di sebalik perjalanan balik kampung. Tu sebab ambil masa sampai lapan jam...
Saya balik kampung dengan adik lelaki saya. Kami janji jumpa di Hentian Jejantas Sungai Buluh sebab saya menumpang kereta Waja dia. Dia malas nak ambil saya kat rumah sebab jauh. So kami jumpa aje kat Jejantas Sungai Buluh. Mr. Sallehudin yang hantar saya ke jejantas tu. After makan-makan saya dengan adik lelaki saya pun mulakan perjalanan lebih kurang pukul 8.30pm.. Saya babai-babai kat mr. Sallehudin.. hikhik...
Selalunya, adik aje yang akan drive kereta. Saya akan tidur kat sebelah. Hohoho... nyenyak gilerrr saya tidur. Dipendekkan cerita, sampai di depan torowong, (highway menuju Utara akan melalui torowong) adik saya perlahankan kereta dan berhenti ditepi jalan. Saya terjaga dari tidur sebab terkejut. Adik cakap temperature kereta naik tinggi. Nasib baik tepi terowong ada satu bangunan pejabat. Kereta berhenti betul-betul depan pintu pagar nak masuk bangunan pejabat. (pejabat Peronda PLUS kot). Rupanya air dalam radiator kering. Adusss.. adik ni tak check air ke? Nasib baik ada polis peronda PLUS berhenti tolong... dekat setengah jam jugak laa stop kat tepi highway. Cuaca memang sejuk dan hujan rintik-rintik. Agak-agak dah ok kami teruskan perjalanan.
Baru masuk terowong aje.. temperuture naik lagi. Naik ketahap bahaya. Macam ala-ala boleh meletup kereta. Kitorang berhenti lagi sekali kat luar terowong. Air kering lagi. Kitorang check, tak nampak pula kesan kebocoran ke ape kee... Mr. Sallehudin kat rumah dah risau giler. Adik buat panggilan kecemasan. Kat tepi highway tu macam ada ala-ala public phone untuk panggilan kecemasan. Lebih kurang 15 minit, Polis peronda PLUS pun sampai. Entah apa yang dia repair pun tak tau lah.. saya dok dalam kereta aje sebab sejuk angin kat luar. Maklumlah kat situ macam ala-ala atas bukit sikit. Lama juga peronda PLUS tu repair. Finally, dah setel. Alhamdulilah kami berjaya meneruskan perjalanan sampai ke Kawasan Rehat Sungai Perak. Kitorang berhenti kejap kat situ. Rehat, masuk toilet, sembahyang. Kami sangka kereta dah ok. Kami buat spekulasi kenapa kereta boleh rosak. Tapi kitorang tak cerita habis sebab kitorang nak menempuh perjalanan lebih kurang lagi sejam nak sampai kampung. Kitorang memang fikir nak sampai rumah cepat dan tidur. Abah pun ada pesan, dalam perjalanan bacalah doa apa-apa yang patut.
Kami pun meneruskan perjalanan, Agaknya tak sampai dua minit kereta bergerak,temperuture naik lagi sama macam tadi. Kali ni kami terpaksa berhenti tepi highway yang keadaan sangat gelap. Kiri kanan macam ala-ala hutan bukit gitu. Kali ni kami berhenti dalam keadaan perasaan yang sangat takut. Sebab terlalu gelap. Tak sama macam yang kami berhenti kat sebelum masuk dan selepas keluar terowong. Kat terowong cerah, ada lampu. Kat tempat ketiga yang kami terpaksa berhenti sangat gelap. Kalau ada cahaya pun, cahaya dari kereta yang lalu aje. OMG. kat sini memang cuak giler. Hujan dah berhenti. Adik saya letak kon besi segitiga kecemasan kat belakang kereta. Dia nak pergi buat panggilan kecemasan kat public phone tepi highway tu. Jarak dari kereta ke public phone tu lebih kurang 10 meter aje. Tapi saya ikut jugak sebab sangat takut. Tapi lambat pulak Customer Service bantuan PLUS tu nak jawab call kami. Saya dah takut giler berdiri kat situ lama-lama. Saya pulak contact abah. Bitau kereta rosak lagi. Ada laa dekat dua minit barulah orang CS tu jawab panggilan kami. Sementara nak tunggu polis peronda PLUS sampai, saya terus masuk dalam kereta. Adik pulak dok tengok kan enjin kereta tu. Adusss.... Mr. Sallehudin tak habis-habis BBM, dia pun risau sangat. Dia suruh kami berdua duduk dalam kereta dan kunci kereta. Saya pun panggil adik masuk dalam kereta.
Then, kami tunggu dalam kereta. Polis peronda PLUS sangat lambat. Saya tak berani pandang sebelah kiri, sebab sebelah kiri hutan. huhuhu.. Untuk hilangkan rasa seram sejuk kami bacalah apa-apa doa yang patut. Mr. Sallehudin pun suruh juga baca doa pendinding diri. Sambil baca doa, saya tampal sticker kat doily paper.. Ahaha.. sempat lagi :) Actually masa kami dalam kereta tu, ada jugak terdengar bunyi macam ala-ala geselan besi. Kami sangka besi segitiga kecemasan yang adik saya letak kat belakang kereta jatuh. Adik saya nak keluar kereta dan betulkan. Tapi saya tak bagi. Dekat 30 minit, ada satu kereta Wira berhenti depan kereta kami. Kami tercuak sekejap. Keluar sorang Cina dengan lampu suluh. Then, sampai juga Polis peronda PLUS berhenti belakang kereta kami. Nasib baik Cina tu tak sempat tanya apa-apa kat kami. Barulah kami berani keluar kereta. Saya terus pergi kat belakang kereta kononnya nak ambil besi segitiga kecemasan yang jatuh. Tapi besi tu still lagi elok kat tempat adik saya letak mula-mula tadi. Tak jatuh pun. So, besi apa yang kami dengar bergesel tadi?? Saya tak nak fikir apa-apa waktu tu...
Selepas Polis peronda dah repair serba sedikit.. Kami teruskan perjalanan sehingga exit Kuala Kangsar. Dari tempat kami stop ke exit Kuala Kangsar tu adalah dekat 5km. Polis peronda PLUS ikut kitorang dari belakang. Nasib baik selamat sampai, abah dan mama tunggu kami kat exit Kuala Kangsar. Bila dah sampai di Kuala Kangsar, masa abah check kereta tu, barulah nampak ada kebocoran. Air keluar dari tempat bocor tu. Masa stop kat tiga tempat tu, tak nampak pulak benda bocor tu.... huhuhu..... Kereta tinggalkan kat situ. Esoknya adik dan abah pegi lagi sekali kat exit Kuala Kangsar untuk repair....
Kami sampai rumah lebih kurang pukul 4 pagi. Sebelum sampai berenti kedai mamak makan roti canai sebab sangat lapar. Sampai rumah, mesti kena mandi dan terus tidur. Tak nak ingat apa-apa pasal pengalaman berhenti tepi highway tu. Hmm.. saya tak terfikir langsung nak snap apa-apa gambar masa kami breakdown. Mula-mula memang ada bercadang nak snap pic, then nak upload masuk fesbuk tapi entahlah camaner... terlupa nak snap. Sehari selepas kejadian... saya terfikir.. masa kitorang berenti kat tempat ketiga yang gelap tu.. apalah agaknya yang ada atas bumbung kereta dan bawah kereta yang kami tak nampak.. huhu.. dah rasa macam movie melayu yang seram-seram tu.. yang selalu tengok kat wayang tu.. 'bawa kereta di tempat yang sunyi sepi dan gelap, pastu tetibe kereta breakdown' hahahaha....
Itu aje kisah hari ini. Sory, kalau agak bosan baca entry ni sebab penggunaan bahasa ala-ala karangan form five. Ini bukan kisah rekaan, tapi pengalaman yang telah dilalui pada malam 16 Dec 2011...
No comments:
Post a Comment