Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Loading...

Sunday, January 1, 2012

Pertama Untuk 2012

Hari Pertama di tahun baru 2012
Seronoknya cuti. Esok pun cuti lagi. Rasa nak cuti untuk selama-lamanya. ~haha~

Hari ni Mr. Sallehudin kena kerja. Dah dua minggu dia kerja non-stop. Kesian kat dia sampai lenguh-lenguh badan. Last nite dia bawak partner dia dari Sweden makan seafood kat Bagan Lalang. Saya pun tumpang makan seafood juga  :)

Walaupun cuti panjang, saya dan Mr. Sallehudin tak ada merancang untuk pergi kemanapun. Nak simpan duit. ~hehehe~ Insyaallah, cuti Tahun Baru Cina nanti mungkin we all nak pergi somewhere untuk buat our second photoshoot after our first photoshoot kat Genting Highland. Then, bila dah ada gambar bolehlah pergi hantar gambar buat album storybook dan canvas printing.

Pagi ni after breakfast, saya pergi menjengah jap ke Pameran Pengantin kat Space U8, Shah Alam. Rupanya dekat aje tempat ni dari rumah saya. Tak sampai 20 minit dah sampai. Space U8 tu shopping complex baru tapi memang tak ada lagi penyewa shoplot kat complex tu. Dengar cerita mahal sungguh kalau nak sewa shoplot kat situ. Tapi yang ada kat situ MBO. Hmmm.. rasa macam nak ajak Mr. Sallehudin tengok citer Songlap kat situ..  :D


Woww.. cantik giler pelamin ni dari Che Det wedding Planner. Konsep pokok-pokok sekarang ni tengah popular. dah tak pakai kot backdrop kain kat belakang pelamin kot. Tapi saya berkenan bunga purple kat tepi patung yang pakai baju tu. Uolls boleh spot tak bunga purple tu? saja tanyer berapa RM kalau nak tempah bunga tu? harga RM50 untuk sekuntum. ok..ok.. klau saya ada masa, saya boleh buat sendirik.. aha..

Pelamin ni pun cantik. But sorry saya lupa pelamin ni dari vendor mana.. aha.. Saya berkenan kerusi ala-ala purple tu. Mana vendor ni dapat kerusi tu kan? Saya berkenan bentuk kerusi tu tapi kalau boleh saya nak warna putih or hitam..

Ini pun saya lupa baju dari vendor mana.. ~aha~
Design baju lelaki tu adalah design baju untuk Mr. Sallehudin masa majlis resepsi dan mejlis bertandang. Dia tak nak pakai sampin bagai.. katanya rimas. Cuma masa majlis akad nikah aje dia akan pakai sampin. Apa-apa ajelah mucukkk...

Saya pergi ke Pameran pengantin tu pun sebab nak servey mekap untuk majlis bertandang dan nak tengok kalau ada apa-apa offer untuk doorgift. Masa saya ke situ, banyak mekap artis tengah wat preparatin mekapkan model sebab diorang ada fashion show dalam pukul 3 ptg. 

And... salah sorang mekap artis yang ada kat situ Ida Aziz. Saya tanye berapa harga sekali mekap untuk majlis bertandang? Dan dia jawab: RM150 saja. Saya tanya lagi sekali RM150 or RM250 or RM350? Dia jawab lagi... RM150. Cuba uolls try call her.. tanya lagi sekali berapa harga untuk mekap bertandang. Takut saya silap dengar. This is her contact no 012-9414852

Saya servey juga badge. Kononnya nak bagi pada crew penanggah. Kalau nak tempah dalam kuantiti 50pcs, harganya RM3.++ per pcs.  Lets me balik rumah dan fikir dulu yer... Videographer pun saya servey juga. Tapi tengah terpikir, patutkah ada videographer? Tapi saya nak videographer masa hari nikah. Sebab nak tengok berulangkali Mr. Sallehudin salam tangan tok kadi. hmm.. Mungkin saya boleh tanye kat my OP sama ada dia ada kawan-kawan yang boleh buat videographer pada harga murah...  :)

Balik rumah.
Saya terus touch-up wedding guest book. Dah siap. Cuma nak pergi hantar binding aje...
 Yeayy...


Dah siap tampal huruf kat guestbook.. sambung menjahit uncang. :) Terkial-kial menjahit guna mesin jahit. Maklumlah. Setahun sekali nak pegang mesin jahit pun belum tentu lagi...  :) dah siap nnt saya' up' uncang tu kat blog yer... :)

No comments:

Post a Comment