Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Tuesday, December 13, 2011

Costume Untuk Saudara Mara

Yeahh...
Dah beli pun kain pasang untuk mak sedara dan sepupu sepapat. Banyak pasang jugaklah nak kena beli sebab nak bagi semua sanak saudara pakai warna sama..

Memang betul gigih pergi mencari kat Jalan TAR. Lepas habis kerja dalam keadaan hujan lebat. Dari satu kedai ke satu kedai masuk. Saya pergi sorang-sorang tanpa ditemani Mr. sallehudin. Yer laaa.. kalau nak pergi sama-sama asyik tertangguh aje. Finally, saya nekad pergi beli sendiri. Lagipun semua kain pasang tu nak diagihkan hujung minggu ni masa saya balik kampung.

Budget saya tak banyak untuk kain pasang ni. So saya cari yang tak terlalu mahal tapi berkualiti. Nak masuk Jakel tapi pada saya kain di Jakel agak mahal. Hari tu saya beli kain chiffon untuk nak buat veil, tapi harga kain tu RM25 semeter. Kedai lain rasanya jenis yang sama kualiti tak sampai RM20 semeter kot..

So, saya decide nak pergi ke kedai borong kain kat area Masjid India. Yeahhh.. dapat pun. Dapat membeli mengikut budget saya. Saya pilih kain satin kosong lembut warna biru firuz. Satin tak ada corak.. Hopefully diorang semua suka yer...


No comments:

Post a Comment