Salam everyone..
Masih lagi nak cerita tentang persiapan kahwin.. :)
Seperti yang sedia maklum, saya ada ke Nilai hari Ahad lepas. Masa melawat dari satu kedai ke satu kedai lain, saya masuk ke dalam satu kedai yang menjual macam-macam jenis cadar. Tapi tumpuan saya ialah mencari cadar pengantin yang bersesuaian dengan konsep dan yang penting sesuai juga dengan budget saya. Harga cadar dari RM99 hingga yang nak cecah RM500 pun ada. Hohoho.. jangan harap laa saya nak beli cadar pengantin yang sampai RM500 tu. Pakainya sekali, lepas tu tersimpan aje dalam almari. Saya mencari cadar yang boleh guna selepas kahwin.
Saya berkenan kat cadar yang gambar kat atas tu... Sorry kualiti gambar kurang memuaskan :P
Dan saya pun merembat set cadar+conforter ni pada harga RM100 saja. Pada pendapat u'olls sesuai ke cadar ni dijadikan cadar untuk bilik pengantin? Pada saya not bad sebab saya nak yang simple aje. Perabot dalam bilik pengantin juga semua warna putih.. dari katil, meja solek dan almari baju. Then.. boleh add on sedikit hiasan yang berwarna warni. Contohnya macam frame gambar ke, lilin wangi yang berwarna ke.. Ataupun gantung pomander ball macam gambar dibawah ni..
pic credit to: mizzhanna85
Saya juga ada ceritakan tentang idea bilik pengantin disini. Mungkin saya boleh gabungkan idea letak frame dan gantung pomander ball tu. But my mom dia nak gantung kelambu kat kepala katil.
Takpelah.. nanti cuti Gong Xi Fat Chai, saya cuba 'try and error' first.....
Thats for my side. Tapi untuk majlis bertandang nanti.. ibu (mak Mr. Sallehudin) dah bagi tau yang diorang tak ada hiasan untuk bilik pengantin sebabnya rumah yang diorang duduk sekarang tak sempat nak buat renovation. So tak ada bilik pengantin. But.. Im okey.. saya tak kisah pun. So kalau dah kat rumah Mr. Sallehudin tak ada bilik pengantin, saya akan hias bilik pengantin di rumah kami sendiri. Actually rumah kami selepas kahwin ialah rumah yang saya tinggal sekarang di kawasan Shah Alam. Lepas majlis bertandang, kami boleh balik tidur di rumah kami sendiri.. ~haha~
p/s: Hari ni Mr. Sallehudin balik dari Labuan.. saya g amik die kat KL Sentral sebab dari LCCT dia naik bas ke KL Sentral...
No comments:
Post a Comment