Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Tuesday, December 20, 2011

Contest : Giveaway - Pau Seri

Yeahhh.. mari masuk contest lagi. Kali ni Contest anjuran  Pau Seri.
Excited giler nak masuk contest ni sebabnya hadiah adalah sangat unik. Pau Seri akan menaja 500 pau mini mengikut tema warna kari bahagia kita tu nanti... Hanya dua orang yang bertuah aje akan dilipih untuk memenangi pau mini ni.. Giler bestt  :) Apakah syarat-syaratnya?

1. Kenapa nak Pau Seri taja Pau untuk Wedding korang
2. Warna pau yang korang inginkn semasa Wedding nanti (ikut tema)
3. Bila tarikh Wedding korang
4. Ape sebab korang pilih bakal suami korang sebagai pasangan hidup

Oleh itu mari memulakan karangan...

Saya mahu mendapat tajaan pau mini dari Pau Seri sebabnya saya mahukan hari perkahwinan saya lain dari yang lain Bukan saja dari segi dekorasi malahan juga saya mahukan keunikanan makanan untuk majlis kahwin saya nanti. Selain ada bubur dan cendol sebagai makanan sampingan yang telah ditempah oleh mama saya.. alangkah uniknya jika ada mini pau diletakkan sekali di meja dessert. Saya yakin, tetamu akan berebut-rebut nak menikmati keenakan Pau Seri tu nanti. Dan saya takut tak cukup 500 pau tu.. hikhik.. Pau Seri memang telah dikenali di sekitar Ayer Hitam Johor dan dengarnya telah membuka beberapa cawangan Putrajaya dan Selangor. Jadi jika Pau Seri menaja Pau mini untuk majlis resepsi saya di Perak, pihak Pau Seri boleh meluaskan perniagaan u'olls di Perak pula. Mungkin orang disini berminat untuk menjadi Pengedar..  :) so, nanti jangan lupa bagi saya flyer/ pamphlet untuk diletakkan dimeja dessert saya nanti iaitu bersebelahan dengan menu Pau Mini... 
Jangan lupa yer.. tarikh majlis resepsi saya ialah 24 March 2012. Sehari sebelum tarikh harijadi saya. Kalau Pau Seri membuat tajaan 500 Pau Mini tu.. saya anggap ini adalah rezeki dan hadiah dari Pau Seri sempena harijadi saya dan majlis perkahwinan saya.. Seronokkan...  :) Saya mahukan pau saya berwarna biru muda dan grey. Agak-agak boleh ke nak letak Pau warna grey? Saya mahu pau inti kaya, kacang, kelapa dan semua inti yang ada.. hikhik.. boleh tak pihak Pau Seri?

Dan kenapa saya pilih Mr. Sallehudin sebagai bakal pasangan hidup? Jeng Jeng jeng..
Dia sangat memahami saya. Dia tahu apa yang saya suka.. apa yang saya tak suka. Apa yang saya inginkan. Dia sentiasa berada disamping saya setiap masa dan ketika. Saya rindu dia kalau dia tak ada disisi saya. Dia sayangkan saya sepenuh hati dia dan menyayangi saya lebih dari diri dia sendiri. Dia lah lelaki yang terbaik dan saya yakin dia yang dapat membimbing saya dalam kehidupan berumahtangga nanti. Insyallah. Saya sayangkan dia lebih dari segalanya. Yang paling penting dia suka setiap menu yang saya masak. :) Dia juga sentiasa menjaga makan minum saya sehingga saya menjadi semakin debab. Huhuhu... Cuba bayangkan.. mula-mula saya kenal dia bulan April 2011, berat badan saya cuma 48 kg. Tapi sekarang..tinggal tak sampai 100 hari lagi majlis kahwin kami, berat saya dah menjadi 56 kg. Tolong kira berapa kg telah meningkat? Tak pernah saya cecah berat badan sebanyak itu sebelum ni..Hahaha.. walau apapun saya bahagia bersama Mr. Sallehudin. Saya sayangkan dia dan saya mahu dia menemani hidup saya sehingga akhir hayat... Insyaallah... Doakan kami.. Amin...

Selepas makan Nasi kandaq Beratuq kat Padang Kota

Makan Mee Udang..

 Ni.. tak tau kat kedai mana.. tapi kedai makan..

 Ini pun kedai makan jugak...




Pendek kata.. saya tak akan lapar hidup dengan Mr. Sallehudin.. hahahaa... Cuma tak ada gambar kami makan pau aje lagi..

Thanks Dear... kerana sudi menjadikan saya sebahagian dalam hidup awak. I love U muchhh and muchhhhh... forever and ever.. tapi jangan kuat merajuk tau..  :P Saya dah tak sabar menanti majlis kita... 
LOVE U MUCH MR. SALLEHUDIN

3 comments:

  1. pasangan yg enjoy makan! macam kite jugeee.. :P

    ReplyDelete
  2. yeay..yupp.aja pon enjoy makan smpai aja dh mukmuk..xtahu nak turunkan cmne dh..cuba sedaya upaya da..:(

    ReplyDelete