Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Thursday, December 1, 2011

Idea Kad Jemputan Kahwin Lagi

Salam semua...
Kerja di office agak sibuk jugak hari ni. Nak kene pergi tengok rumah banglo boss laa.. Pastu balik nak kena buat report pulak kat boss, update kerja kontraktor kat boss.. Aduss rasa macam kerja apa lah pulak ni. 
Makanya.. di kesempatan ini, lepas balik dari tengok rumah banglo Boss kat Dutamas, saya terus pecut ke Jalan Breakfield (betul ke ejaan tu) sebab nak beli kertas untuk buat invitation card. 
Saya beli Ivory Card 230gsm warna putih. Satu paket ada 100 keping card saiz A4. Saya beli 4 paket. Harga untuk satu paket RM25.00

Design yang macam mana saya nak..?
Sebelum ni saya dah design card tu. Tapi waktu tu saya design untuk card yang dilipat tiga. Meaning 1 card saiz A4 tu lipatkan 3 bahagian. So setiap satu bahagian ada tulis doa untuk pengantin, bahagian lain tulis jemputan kenduri, bahagian lain letak pelan / peta ke rumah kenduri dan bahagian lain letak gambar pengantin dan mak bapak pengantin. Memandangkan mama saya ni nak enterframe juga nak letak gambar dia and gambar abah. Design tu pun abah dah approve.

Tapi... tiba-tiba pendirian saya dah berubah. Cuba imagine kalau saya nak buat design card yang saya mention diatas.. makanya saya perlukan 1000 keping ivory card 230gsm dan saya memerlukan 10 paket iaitu bersamaan dengan RM250. Then, saya pikir lagi.. kadang-kadang kad jemputan ni kalau kita buat cantik-cantik pun bukannya diorang ni simpan card tu lepas majlis kan.. tambahan pulak pakcik dan maksik yang tinggal di kampung tu. So, saya decide nak buat card sesimple yang mungkin dan budget yang tidak terlalu tinggi. Tak perlu rasanya nak keluarkan budget yang tinggi untuk kad jemputan. Lebih baik gunakan duit ke tempat lain. Beli barang hantaran misalnya..... Cukuplah sekadar dalam kad jemputan tu lengkap dengan info seperti alamat, peta, nama pengantin dan nama ibu bapa pengantin....

 

Foto 1

Saya planning nak buat card macam ni aje. Satu card saiz A4 paper tu kemudian potong menjadi tiga keping. Bahagian depan print nama pengantin dan alamat, bahagian belakang letakkan peta dan contact no. Senangkan.. Lepas tu designkan border sekali. Nak lagi cantik, cari kertas corak-corak, lilitkan di tengah card macam gambar kat atas ni.

 Foto 2

Ataupun, lilitkan dengan reben. Gam manik kecil kat tengah. Tapi mampukah saya nak melilit reben dan menampal manik yang ala-ala permata untuk 1000 keping card? Oleh itu khidmat Mr. Sallehudin mungkin diperlukan untuk proses menyiapkan kad jemputan ni..

Foto 3

Idea kad jemputan untuk foto no 3 pun menarik juga. Kertas corak-corak untuk lilit di tengah-tengah tu ditampalkan dengan kertas lain yang telah di print tulisan 'Jemputan Perkahwinan' ataupun 'Walimatul-urus' ataupun apa-apa ajalah yang difikirkan sesuai. Kalau yang ni lebih banyak kerja jugak rasanya. Nak print dan guntung lagi kertas yang nak ditampal tu.... Ohohohoho...

Foto 4

Kad jemputan foto 4 ni memang saya dah lama admirer. Konsep kad jemputan tu masih lagi follow macam foto 1,2,3 tapi tampalkan kain renda di bawah card. Kalau rajin kita jahit bunga organza kecik-kecik dan tampal atas kain renda. Kalau tak rajin juz beli manik yang macam ala-ala diamond dan tampal atas renda. 

Untuk foto 4 ni, gunakan konsep print kertas dan fabrik. I like this konsep. Perlukah diaplikasikan konsep ni untuk wedding card saya?  :) Mama saya bising.. katanya kad jemputan tu perlu siap paling lewat pun pertengahan bulan Januari. Wedding bulan March, kad kawin nak kene siapkan bulan Januari. Tak awal sangat ke? huhu..

Okies.. cukup kat sini dulu. Tak boleh cerita lebih-lebih. Nanti tak surprise pulak.. ahaha..  :p
Oleh itu saya perlu design lagi sekali kad jemputan saya. Itu tak ambil banyak masa. Tapi untuk print dan gunting memang kena ambik banyak masa. ahahaha.. Adusss... Printer saya juga perlu dihantar ke Low Yat Plaza sebab nak upgrade ink cartridge printer. Bila agaknya Mr. Sallehudin nak bawa printer saya tu kan... hihikhik...

No comments:

Post a Comment