Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger
Showing posts with label Balik Kampung. Show all posts
Showing posts with label Balik Kampung. Show all posts

Thursday, October 25, 2012

Sempena Aidiladha

Assalamualaikum..
Hari ni perlu menaip dalam keadaan sopan dan berbudi pekerti.
Alhamdulilah, saya dan suami telah selamat sampai ke kampung halaman saya di Bagan Serai, Perak pada pukul 8 malam tadi. Dengan menempuh kesesakan jalan raya yang agak teruk dan hujan turun dengan lebat sekali. Disebabkan itu, pemanduan sang suami agak kurang jelas. 

Kami bertolak dari rumah di Shah Alam pada pukul 2.30 ptg sebaik saja suami pulang dari kerja. Sebelum memasuki lebuhraya, kami singgah Mc Dee drive thru di Kota Damansara kerana saya sejak dari tiga empat hari lepas merengek-rengek mengidam Samurai Burger. Sesampainya di mesin pesanan, orang yang mengambil pesanan memberitahu bahawasanya promosi Samurai Burger telah tamat. Saya amat sedih dan kecewa sekali. Saya hanya sempat menjamah Samurai Burger sekali sahaja.

Walaupun esok raya tetapi kami sekeluarga disini tidak membuat persiapan untuk menyambut raya. Tiada ketupat daun palas, tiada rendang daging yang enak, yang ada cuma sedikit nasi impit dan sedikit kuah kacang. Ini kerana kami sekeluarga sedang sibuk membuat persiapan untuk kenduri kahwin adik lelaki saya pada hari raya ketiga ini. Ruang tamu dipenuhi dengan goodies beg dan segala makanan ringan. 

Oleh itu, dikesempatan ini, saya dan suami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua mislimin dan muslimat, teristimewa untuk pembaca blog picisan mrandmrssallehudin. Esok pagi nak pergi tengok orang sembelih lembu..

Di malam raya ini bersulamkan hujan rintik-rintik, sangat enak tidur. Oleh itu..marilah kita tidur.. 

Amacam..?? bersopan santun tak penulisan entry hari ni?
ok.. adios... byeee... esok rayeeeee....




Sunday, February 5, 2012

Balik Kampung Hantar Barang

Salam..
Saya sudah sampai kampung. Yer.. pulang sebentar untuk menghantar barang yang super-banyak tu. Kesian Mr. sallehudin sebab menggunakan kereta kesayangan beliau yang baru aje keluar workshop-sebab buat cat baru sebagai delivery transport dari KL ke Perak. Nanti I blanje makan cendol kat Kuala kangsar nak? ~hehehe~

Okies.. mula-mula kita backdate story dulu yer...
Last weekend, hari Sabtu me and mr. Sallehudin pergi Nilai. Ingat tak saya ada cerita kat sini.. So we all pun pergi Nilai sebab nak ambil barang yang telah di order. Barang tu sebenarnya barang untuk buat door gift. Semuanya 1500pcs. Tapi mama pesan suruh buat penambahan lagi 500. Auntuie kedai tu cakap lagi 500 tu ada tapi sudah tak ada kotak. Its ok. Im belasah aje lagi 500 tu. On that day kitorang pergi Nilai cuma naik kancil aje sebab kereta Fiat kesayangan Mr. Sallehudin masuk workshop sebab nak servis dan cat baru. Gila tak gila kitorang.. 1500 pcs barang tu di packing dalam 8 kotak dan ada 1 guni besar. Kami sumbat semua tu dalam kancil. Yang lagi 500 pcs penambahan baru dah tak boleh muat kereta kancil. Maka keesokan harinya-Ahad kami pergi lagi sekali ke Nilai untuk ambil lagi 500 pcs. ~hahaha~ Nasib baik laa Shah Alam ke Nilai tak jauh sangat. Tenkiu mucuk a.k.a Mr Sallehudin sebab memandu ke Nilai..

Then hari ni.. nak hantar semua barang-barang tu balik ke kampung di Bagan Serai. Kali ni we all menaiki kereta Fiat Mr. Sallehudin. Dia cakap.. "Dah mcm lori I tgok keta I ni. Ermmmm kita beli lori nak tak?" hahaha.. then I reply.. "Bole gak... Senang wat bisness.."   :)

Kat bahagian bonet kereta

kat seat belakang 

Sampai aje kat kampung, my mama dah pening kepala tengok barang banyak sangat. Habis semua dah memenuhi ruang.

Ada jugak tudung saji masuk dalam pic ni. 

Kesebukan telah bermula. Ada lagi banyak barang yang belum dibawa balik ni. Tak tau lah bila pulak nak balik kampung lagi. kalau nak kira-kira lagi 40 hari aje lagi majlis akan berlangsung. Tapi banyak jugak lagi barang-barang dan DIY-ing yang belum siap.. Aduss.. bila nak siap ni???

Saya balik kampung satu malam saja. Isnin dah nak balik ke KL semula sebab Mr. sallehudin nak terbang ke Labuan hari Selasa. Outstation lagi...  huhu..

Saturday, January 21, 2012

Balik Kampung Dan Happy Chinese New Year

Good morning..
Selamat pagi Sabtu dan Selamat Tahun Baru Cina jugaa... :)
Im on my way nak balik kampung - Bagan Serai
Jalan jammed giler.. Me with my adik keluar dari rumah kat Puncak Perdana pukul 5am tapi sekarang dah pukul 8.30am baru sampai kat Gua Tempurung.. Selalunye we all balik kampung time cenggini dah sampai kat area Taiping.. Takpelah drive safely...

Tadi my mom baru tefon.. We got a problem. Kemungkinan besar tarikh nikah dah wedding akan bertukar!! Sebabnya my adik study kat MRsM Taiping tu tak bole balik rumah on the date yang sepatutnya wat kenduri kahwin tu.. 24/3.. Die ada seminar kimia. Maklumlah tahun ni dia nak ambil SPM... If betul we need to change the date.. Bertambah lagi kerja saya.. Nk kene inform vendor laa pulak. My DIY kad kahwin pun dah print. Aduss..

Petang ni nak ke Butterworth sebab nak beli hiasan dan dulang hantaran yg nak bagi to mr. sallehudin nanti.. Tak nak beli sekali dengan die sebab nanti tak surprise laa kan... :p dulang hantaran dan hiasan dari dia untuk saya pulak ibu dia dah belikan kat Nilai minggu lepas. Tapi ibu pun tak bagi tau kaler ape and hiasan macam mana yang nak antar ke saya. Family dia cakap surprise.. So saya pun nak surprisekan diorang jugak lah.. Ehe...

And of course I miss mr.Sallehudin banyak-banyak.. Tapi hari Isnin nanti dia akan datang dengan ibu dan ayah ke Bagan Serai sebab nak hantar duit belanja...

Okies.. Saya tak boleh menaip menggunakan Ipad adik saya ni lama-lama dalam kereta sebab nanti saya jadi pening nak muntah.. Ehe..
Byee.. Adioss...

Saturday, December 17, 2011

Kisah 16 Dec 2011

Selamat pagi.. Saya sudah sampai di kampung halaman. Perjalanan lebih kurang lapan jam dari KL to Bagan Serai.. haha.. gilerkan... Sebenarnya ada kisah di sebalik perjalanan balik kampung. Tu sebab ambil masa sampai lapan jam...

Saya balik kampung dengan adik lelaki saya. Kami janji jumpa di Hentian Jejantas Sungai Buluh sebab saya menumpang kereta Waja dia. Dia malas nak ambil saya kat rumah sebab jauh. So kami jumpa aje kat Jejantas Sungai Buluh. Mr. Sallehudin yang hantar saya ke jejantas tu. After makan-makan saya dengan adik lelaki saya pun mulakan perjalanan lebih kurang pukul 8.30pm.. Saya babai-babai kat mr. Sallehudin.. hikhik...

Selalunya, adik aje yang akan drive kereta. Saya akan tidur kat sebelah. Hohoho... nyenyak gilerrr saya tidur. Dipendekkan cerita, sampai di depan torowong, (highway menuju Utara akan melalui torowong) adik saya perlahankan kereta dan berhenti ditepi jalan. Saya terjaga dari tidur sebab terkejut. Adik cakap temperature kereta naik tinggi. Nasib baik tepi terowong ada satu bangunan pejabat. Kereta berhenti betul-betul depan pintu pagar nak masuk bangunan pejabat. (pejabat Peronda PLUS kot). Rupanya air dalam radiator kering. Adusss.. adik ni tak check air ke? Nasib baik ada polis peronda PLUS berhenti tolong... dekat setengah jam jugak laa stop kat tepi highway. Cuaca memang sejuk dan hujan rintik-rintik. Agak-agak dah ok kami teruskan perjalanan.

Baru masuk terowong aje.. temperuture naik lagi. Naik ketahap bahaya. Macam ala-ala boleh meletup kereta. Kitorang berhenti lagi sekali kat luar terowong. Air kering lagi. Kitorang check, tak nampak pula kesan kebocoran ke ape kee... Mr. Sallehudin kat rumah dah risau giler. Adik buat panggilan kecemasan. Kat tepi highway tu macam ada ala-ala public phone untuk panggilan kecemasan. Lebih kurang 15 minit, Polis peronda PLUS pun sampai. Entah apa yang dia repair pun tak tau lah.. saya dok dalam kereta aje sebab sejuk angin kat luar. Maklumlah kat situ macam ala-ala atas bukit sikit. Lama juga peronda PLUS tu repair. Finally, dah setel. Alhamdulilah kami berjaya meneruskan perjalanan sampai ke Kawasan Rehat Sungai Perak. Kitorang berhenti kejap kat situ. Rehat, masuk toilet, sembahyang. Kami sangka kereta dah ok. Kami buat spekulasi kenapa kereta boleh rosak. Tapi kitorang tak cerita habis sebab kitorang nak menempuh perjalanan lebih kurang lagi sejam nak sampai kampung. Kitorang memang fikir nak sampai rumah cepat dan tidur. Abah pun ada pesan, dalam perjalanan bacalah doa apa-apa yang patut.

Kami pun meneruskan perjalanan, Agaknya tak sampai dua minit kereta bergerak,temperuture naik lagi sama macam tadi. Kali ni kami terpaksa berhenti tepi highway yang keadaan sangat gelap. Kiri kanan macam ala-ala hutan bukit gitu. Kali ni kami berhenti dalam keadaan perasaan yang sangat takut. Sebab terlalu gelap. Tak sama macam yang kami berhenti kat sebelum masuk dan selepas keluar terowong. Kat terowong cerah, ada lampu. Kat tempat ketiga yang kami terpaksa berhenti sangat gelap. Kalau ada cahaya pun, cahaya dari kereta yang lalu aje. OMG. kat sini memang cuak giler. Hujan dah berhenti. Adik saya letak kon besi segitiga kecemasan kat belakang kereta. Dia nak pergi buat panggilan kecemasan kat public phone tepi highway tu. Jarak dari kereta ke public phone tu lebih kurang 10 meter aje. Tapi saya ikut jugak sebab sangat takut. Tapi lambat pulak Customer Service bantuan PLUS tu nak jawab call kami. Saya dah takut giler berdiri kat situ lama-lama. Saya pulak contact abah. Bitau kereta rosak lagi. Ada laa dekat dua minit barulah orang CS tu jawab panggilan kami. Sementara nak tunggu polis peronda PLUS sampai, saya terus masuk dalam kereta. Adik pulak dok tengok kan enjin kereta tu. Adusss.... Mr. Sallehudin tak habis-habis BBM, dia pun risau sangat. Dia suruh kami berdua duduk dalam kereta dan kunci kereta. Saya pun panggil adik masuk dalam kereta.

Then, kami tunggu dalam kereta. Polis peronda PLUS sangat lambat. Saya tak berani pandang sebelah kiri, sebab sebelah kiri hutan. huhuhu.. Untuk hilangkan rasa seram sejuk kami bacalah apa-apa doa yang patut. Mr. Sallehudin pun suruh juga baca doa pendinding diri. Sambil baca doa, saya tampal sticker kat doily paper.. Ahaha.. sempat lagi  :) Actually masa kami dalam kereta tu, ada jugak terdengar bunyi macam ala-ala geselan besi. Kami sangka besi segitiga kecemasan yang adik saya letak kat belakang kereta jatuh. Adik saya nak keluar kereta dan betulkan. Tapi saya tak bagi. Dekat 30 minit, ada satu kereta Wira berhenti depan kereta kami. Kami tercuak sekejap. Keluar sorang Cina dengan lampu suluh. Then, sampai juga Polis peronda PLUS berhenti belakang kereta kami. Nasib baik Cina tu tak sempat tanya apa-apa kat kami. Barulah kami berani keluar kereta. Saya terus pergi kat belakang kereta kononnya nak ambil besi segitiga kecemasan yang jatuh. Tapi besi tu still lagi elok kat tempat adik saya letak mula-mula tadi. Tak jatuh pun. So, besi apa yang kami dengar bergesel tadi?? Saya tak nak fikir apa-apa waktu tu...

Selepas Polis peronda dah repair serba sedikit.. Kami teruskan perjalanan sehingga exit Kuala Kangsar. Dari tempat kami stop ke exit Kuala Kangsar tu adalah dekat 5km. Polis peronda PLUS ikut kitorang dari belakang. Nasib baik selamat sampai, abah dan mama tunggu kami kat exit Kuala Kangsar. Bila dah sampai di Kuala Kangsar, masa abah check kereta tu, barulah nampak ada kebocoran. Air keluar dari tempat bocor tu. Masa stop kat tiga tempat tu, tak nampak pulak benda bocor tu.... huhuhu..... Kereta tinggalkan kat situ. Esoknya adik dan abah pegi lagi sekali kat exit Kuala Kangsar untuk repair....

Kami sampai rumah lebih kurang pukul 4 pagi. Sebelum sampai berenti kedai mamak makan roti canai sebab sangat lapar. Sampai rumah, mesti kena mandi dan terus tidur. Tak nak ingat apa-apa pasal pengalaman berhenti tepi highway tu. Hmm.. saya tak terfikir langsung nak snap apa-apa gambar masa kami breakdown. Mula-mula memang ada bercadang nak snap pic, then nak upload masuk fesbuk tapi entahlah camaner... terlupa nak snap. Sehari selepas kejadian... saya terfikir.. masa kitorang berenti kat tempat ketiga yang gelap tu.. apalah agaknya yang ada atas bumbung kereta dan bawah kereta yang kami tak nampak.. huhu.. dah rasa macam movie melayu yang seram-seram tu.. yang selalu tengok kat wayang tu.. 'bawa kereta di tempat yang sunyi sepi dan gelap, pastu tetibe kereta breakdown' hahahaha....

Itu aje kisah hari ini. Sory, kalau agak bosan baca entry ni sebab penggunaan bahasa ala-ala karangan form five. Ini bukan kisah rekaan, tapi pengalaman yang telah dilalui pada malam 16 Dec 2011...