Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Monday, November 14, 2011

Teater TSLON

Salam semua...
Hamboiiii... lama sungguh nak update cerita yang satu ni. Pasal Teater 'The Secret Life Of Nora' Heboh sana sini cerita pasal sambutan yang sangat dasyat sampaikan tarikh show untuk teater ni ditambah lagi tarikhnya. Kalau nak tahu saya & Mr. Salleh tengok untuk show hari terakhir. Orang memang berpusu-pusu masuk dalam dewan.. hahaha....

 Ticket

Kami beli tiket seminggu awal. Tapi sebelum beli tiket kat Istana Budaya tu coll dulu kaunter tiket.. tanya sama ada tiket available lagi or tak... So kami pun pergi beli tiket hari Sabtu pagi iaitu seminggu sebelum tarikh show.. (nape tulis berulang nih)
Disebabkan pengguna Maxis, maka dapatlah harga tiket 50% diskaun. Kami beli tiket yang paling murah aje. Tak perlulah nak beli tiket mahal yang sampai RM200++ tu.. sebabnya banyak lagi duit yang nak pakai.. (maklumlah nak kawin kan.. hikhik)
 Sebelum masuk ke panggung bergambar dulu..

For me perjalanan cerita ni tak lah sehebat seperti yang dibayangkan dan diuar-uarkan. Agak mengantuk untuk separuh masa pertama. Tapi barulah 'happening' bila masuk tayangan separuh masa kedua. Saya dah menonton teater 'Terima Kasih Cinta' dan 'Lat The Musical'. Antara ketiga-tiga teater ni saya rasa LAT adalah yang terbaik.

 Me, Adibah Nor & Nurain

Ending TSLON ini saya rasa tidak begitu mencapai tahap kepuasan saya. Macam ada sesuatu yang tidak lengkap pada penghujung cerita ini. Macam tidak ada satu kepuasan yang maksima selepas menonton. Walau apapun saya tabik hormat pada props yang sangat canggih siap ada letup-letup lagi sampai Aznil jatuh stage... hahahahaa....

On stage

Adibah Nor, Aznil Nawawi dan Tony Yusof saja yang saya rasa banyak menghidupkan perjalanan cerita ini. Lakonan mereka memang best dan mantap.

note: Dear...I nak nonton teater Badai Semalam laa... hihihi..

No comments:

Post a Comment