Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Sunday, November 6, 2011

Di Subuh Aidiladha Saya Menulis

Hye dan salam Aidiladha untuk semua..
Percaya tak sekarang ni pukul 5.30am? Kenapa awal bangun? Owhh.. sebenarnya saya terjaga pukul 4.30am tadi akibat kesejukan dan nak ke toilet. Lepas gi toilet terus baring nak tido semula tapi tak boleh pulak nak continue tido. So.. 'on' kan laptop dan baca blog. Selalunya sebelum tido saya akan baca blog-blog orang sampai saya terlena dengan sendirinya. So saya pun baca lah blog dengan harapan boleh sambung tido. Tapi tak boleh...

Jadi.. mengambil keputusan untuk meng'update blog'. Owhh..saya dengar keadaan diluar hujan rintik-rintik laa..Patutlaa sejuk. Tambah pula saya memang tak berapa sehat sekarang. Demam tak kebah dari hari Khamis. Lepas makan ubat ok.. lepas beberapa jam.. suhu badan naik balik. Habis semua sakit sendi-sendi. Memang tak larat betul lah. Lepas tu, perut pun kurang selesa, macam berangin je. Asyik sendawa pulak tu. Mr. salleh cakap kalau sendawa tu memang banyak angin. Kene pergi mengurut. Owwhh ok..

Dalam keadaan demam semalam.. mama suruh buat cookies dengan kek. Adoii.. dah laa tak larat tapi kene buat jugak. Mula-mula mama janji nak tolong.. tapi masa saya tengah buat cookies cornflakes ni, mama pergi berehat kat bilik atas sebab dia dah penat masak untuk makan tengah hari.. Haiisshh!! Dah laa saya tak larat ni. Lenguh sendi semakin menyucuk-nyucuk. Lepas saya bentukkan ala kadar cookies cornflakes ni, sementara tunggu cookies ni siap dibakar.. saya betul-betul dah tak larat sangat.. saya pulak berbaring dalam bilik then mama pulak take over jaga kuih supaya jangan hangit.


Sakit sendi semakin teruk dan terasa mengigil seluruh badan. My adik, si Aizam ajak pergi klinik. Kat pekan Bagan Serai ni kalau tak silap ada tiga klinik jer. Nasib baik lah malam raya ni dua klinik tutup dan satu klinik buka. Nasib baik jugak my turn tunggu tak lama. Masuk bilik doktor dan check suhu. OMG!! 38.5 darjah celcius. Doktor terkeejut. Tapi bengong jugak doktor tu.. Sepatutnya, kalau dah tengok suhu saya tinggi apa salahnya check tekanan darah. Ini tak check pun. Doktor bagi ubat antibiotik, ubat gastrik (sebab sy selalu angin bila demam). Kedian bagi ubat kumur dan ubat hisap sebab saya sakit tekak jugak. Lepas makan ubat rasa lega sikit dan habis berpeluh satu badan.. Tapi sendi & tekak ada sikit sakit laa... hopefully tak berpanjangan sakit ni...

Hujan semakin lebat diluar. saya masih belum boleh sambung tido. But im so frust sebenarnya sebab tak dapat nak servey pelamin dan mekap. Tujuan utama balik kampung kali ni nak servey semua.. tapi tak dapat ditunaikan sebab keadaan kesihatan tak mengizinkan. Hopefully hari ni kesihatan bertambah baik. Dan saya ada buat satu appointment dengan butik pengantin malam ni. Butik tu kawan mama punyer. dari cerita mama, pelamin, pintu gerbang dan mekap CANTEKKKK sangat. So saya nak pergi tengok laa cantik sangat ke.. huhuhu.. 

Cuba tengok pic pelamin diatas. Nampak simple kan. saya berkenan. Tapi background belakang tu nampak macam kayu katil. Korang boleh imagine tak kayu katil yang mana satu? Alaa yg untuk letak tilam tu.. Errkkk.. korang pergi kat katil dan selak tilam. Pasti terjumpa kayu tu. Why not kalau kayu background pelamin tu cat kaler putih susu or cream kan.... Tapi decoration tu dah cantik, simple and sweet. Alangkah bestnyer kalau saya dapat realisasikan pelamin yang diinginkan.. hohoho

Okeylah stop here. Setengah jam juga saya menaip ni. Selamat Hari Raya Aidiladha dan jangan lupa pegi semayang raya.. ehee.. *tiba-tiba rasa lapar* kahkahkah.....

2 comments:

  1. MIMI,
    ai rasa kalu instead of kayu katil tu tukar ke white fence (alah pagar rumah macam dalam cit er2 omputih tu), pastu letak flower pot...lagi cantik kot...vintage sangat :)

    ReplyDelete
  2. get well soon dear.. semoga dapat lah survey2 butik tu ye~

    ReplyDelete