Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Saturday, November 19, 2011

Cottage Idea

Hye peeps and very good day to all my lovely blog readers...
Now.. saturday afternoon. Saya sekarang berada di Penang International Airport (betul..tak tipu) di satu sudut di tepi pintu perlepasan antarabangsa dan domestik..

Kenapa saya disitu? saya dah sampai dari KL lebih kurang pukul 11 pagi dengan penerbangan Firefly yang best (best lagi dari Airasia.. I think..) serta disambut oleh Mr. Sallehudin kat depan airside tanpa red carpet dan dah kenyang pun makan kuew tiaw kat mini cafe tepi pintu berlepas ni. Saya sedang menunggu Mr. Sallehudin menyiapkan kerja di airside manakala saya pula sambil menunggu sambil mengupdate blog.. owhhh lama lagi ke nak tunggu ni? bateri Blackberry and laptop pun macam dah nak kondem ni...

Okies, saya tak mo membuang masa dan menulis melalut-lalut. Last weekend me and Mr. sallehudin ada pergi ke pasar pagi berhampiran dengan Stadium Shah Alam. Kalau tak silap pasar tu buka setiap hari Ahad dari pukul 7am sampai lebih kurang pukul 12.30 kot. Sebab kalau tunggu pukul 1pm mesti panas terik terang benderang. kat sana ada satu gerai kecil yang betul-betul buat saya teruja...



Lihat dua gambar di atas..  :)  cantik gilerrr kan.... Well, barang-barang yang dijual tu semuanya macam bersesuaian kalau nak dijadikan decoration item untuk my majlis nanti. Cadang nak beli laa seketul dua barang. Tapi agak pricy. Hanya mampu menengok ajee... but I love all the stuff.... paling teruja tengok uncang kecik yang gantung-gantung tu.. comel sangat. Ada juga cupcake yang dibuat dari fabrik. Nampak real... so nice..


Sambil jalan-jalan terjumpa pulak mesin taip old design ni. Memang vintage abis lah.. Cuba tanyer berapa harga tu... Sekali penjual menjawab RM70. Typewritter ni sesuai kan kalau letak kat 'guestbook table'..  :) nak aje terus beli tapi rasa macam mahal kot. What do you think?


Ahaa.. ini pulak pinggan bertingkat. Actually saya memang dah lama cari pinggan bertingkat macam ni. Boleh letak cupcakes ke.. apam polkadot ke... untuk 'candy buffet table'. Harga pinggan bertingkat ni RM50. owhh... Saya rasa macam nak pegi cari kedai jual barang-barang secong hand. maybe boleh dapat harga agak murah dari situ. saya tau satu kedai jual barang-barang second hand ni... Kat TTDI, PJ ada kedai tu...

.
Malam semalam sebelum saya terlelap, saya ada terbaca satu blog ni... blog amfeaz. Kreatif betul hasil kerja tangan dia dan dia pun ada ambil tempahan kalau ada customer nak order fabric cupcakes. Sangat sweet kan  :)  dan secara tak langsung saya dah jadi folower blog tu. Kepada kakak amfeaz, kalau sudi follow laa blog saya yer.. hikhikhik.. Dalam blog dia pun ada tunjuk gaks hiasan kat rumah die sendiri. teruja sangat saya..  :)  Decor dan hiasan yang macam tu la yang saya nak buat kat rumah saya selepas kahwin nanti. So.. mungkin boleh start kumpul barang-barang dari sekarang kan?  :)

Owhh.. saya sekarang sedang mengumpul botol sos cili dan tomato yang kosong dan sudah siap dicuci. Bukan botol yang masih ada sos atau pun botol yang tinggal saki baki sos yer.. Saya mahu botol sos kosong yang sudah bersih. Kepada anda yang rasa nak buang botol sos tu.. jangan laa buang, sila bagi saya boleh? saya nak gunakan untuk projek X saya nanti... hihihi...

Alahai.. sudah pukul berapa ni? bila Mr. Sallehudin nak habis kerja ni? macam nak pergi melawat kedai Emporium depan ni laa nak beli poskad. hehe.. tapi nak kene heret beg sekali ke??

No comments:

Post a Comment