Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Loading...

Monday, November 21, 2011

Percubaan Meng'update' Blog Menggunakan Blackberry

Hyee semua...
Sudah lunch? Ini adalah entry testing mengupdate blog menggunakan saya punye blackberry berwarna pink. Akhirnya percubaan berjaya dan saya sangat happy.. :) Walaupun meng'update' blog menggunakan BB adalah sangat terhad 'option'nya.. Tak ada button nak insert gambar, tak ada button nak set typing ni supaya sama center. Its ok. Kita type saja dulu. Nanti bila dah boleh on lappy kita cuba centerlize kan tulisan ni ye...

So...semalam Mr. Sallehudin ada bagitahu, andaikata tahun depan dia memperolehi pendapatan yang berganda, maka bolehlah saya berhenti dari kerja makan gaji dan bekerja dari rumah..

Sekarang ada tiga perancangan selepas kahwin..

1. Mr. Sallehudin akan menerima tawaran bekerja di luar negara dan sudah semestinya saya tergediks nak ikut.. Hahahaha... Saya pula akan menjadi suri rumah dan mungkin akan menjalankan perniagaan online. Mungkin akan menjual pakaian dan aksesori baby & kanak-kanak dari luar negara. :)

2. Mr. Sallehudin akan terus bekerja di sini dan akan demand naik gaji tahap gaban sebab company dia sekarang tengah dapat projek berganda-ganda. Saya pula akan berhenti kerja dan meneruskan impian saya memajukan perniagaan cupcakes. Mungkin setiap minggu saya akan membuka booth dan menjual cupcakes dan aksesori berbentuk cupcakes. Hehehe..

3. Kalau kedua-dua perancangan diatas tidak berjaya, maka saya dan Mr. Sallehudin akan meneruskan kehidupan seperti biasa.. Bekerja makan gaji untuk mencari rezeki yg halal..huhuhu.. Mungkin lokasi kerja saya akan cari di sekitar Shah Alam supaya lebih dekat dengan rumah.. Stress saya pagi-pagi pegi kerja dlm keadaan jammed..

So.. Wish us all the best untuk perancangan no 1 atau no 2... :)

2 comments: