Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Friday, July 26, 2013

Ramadhqn 1434: Buffet Ramadhan Nailis, Sentul

Salam Ramadhan hari yang ke 17. Cepat betul masa berlalukan. 

Alhamdulilah hari ni ada rezeki makan sebab mr. Sallehudin bawak I ke buffet Ramadhan di Rumah Tamu Datin Halijah @ Nailis Sentul. Pertama kali untuk ramadhan tahun ni I berbuka puasa secara buffet. :) tenkiu to Mr.sallehudin.


BAgi mereka yang belum tahu, Nailis ialah sebuah restoran santai yang menawarkan masakan melayu dan western. Sebenarnya ini kali Ke dua I ke Nailis. Yerr..betul tak tipu.. :p Kalau tak silap Nailis mempunyai tiga cawangan iaitu di Sentul, Ampang dan Taman Tun dr.Ismail (ini sy x sure) tapi menurut mr. Sallehudin Nailis di Sentul adalah yang paling best, cool dan santai.



Di Nailis kita boleh memilih lokasi untuk menjamu selera. Kerana decoration disini sangat unik Dan mempunyai tema tertentu. Ada yang 'english theme', arabian, dan tradisional melayu. Kita boleh memilih sama ada mahu duduk di kerusi meja atau di pondok yang diaediakan secara duduk bersila. Ada juga pondok yang dibina diatas pokok. Wahhh tapi I belum pernah ada pengalaman lagi nak makan kat pondok atas pokok. Tapi nampak sangat seronaok dan santai. Insyallah, maybe kunjungan seterusnya I nak makan dalam pondok atas pokok.


Berbalik kepada buffet ramadhan... harga yang ditawarkan ialah RM45 per head. Tapi memang berbaloi dengan hidangan yang disediakan. Dari masakan melayu tradisional, rendang itik, kurma kambing, western food, kuih muih & manisan serta steamboat. Rasanya hampir 50 jenis menu. Ada antara menu yang diseduakan mempunyai rasa yang sedap dan enak tapi ada juga yang so-so aje. Kambing bakar golek antara yang menjadi rebutan. Ramai yang beratur di gerai kambing bakar. Sebelum masuk azan maghrib lagi kambing tu dah habis.

Kesimpulannya, tidak rugi jika berbuka puasa secara buffet disana. Sesiapa yang ingin mencuba boleh pergi esok!

No comments:

Post a Comment