Hari ni dapat pergi ke bazar ramadhan seksyen 2, shah alam. Pembeli yang menjadi tumpuan disini kebanyakkan student UITM.
Juadah yang dijual juga banyak pilihan. Ada roti john, nasi kerabu, lauk pauk, pasembor dan macam-macam lagi.
We all ada beli lauk untuk bersahur. Sambal petai dan tempoyak daun. Total harga untuk lauk RM7.
Menu berbuka Day 14
:: nasi kerabu
:: pasembor
:: donut
:: cucur cempedak
:: milo panas
Nasi kerabu untuk mr. Sallehudin berbuka puasa hari ini RM7. Tapi nasi yang dibungkus memang sangat banyak. Boleh dua orang makan rasanya..hehe..
Selepas 14 hari berpuasa..baru teringat yang I dah lama tak buka nota infor kalori ni. Actually nota ni I print dari kalory library. :) bila tengok balik baru perasan untuk satu hari total kalory sahur dan berbuka puasa dah terlebih aikit dari 1200 kalori... Ahaha...
Satu biji donut mengandungi 290 kcal. Bayangkan kalau I makan dua biji donut? Belum campur juadah yang lain... OMG!!
Bayangkan hari raya nanti... Sebiji ketupat pulut daun palas mengandungi 130kcal. Jika setiap rumah I makan 2 biji, dan untuk satu hari empat buah rumah beraya.. Total dah 8 biji ketupat. Belum campur kalory rendang daging. Belum campur makanan sampingan lain... Uhuhu...
I mengadu kat mr.sallehudin... Die cakap kalau takut makan terlebih kalory tak payah laa makan ketupat so tak payah raya.. Uwaaaaa...
No comments:
Post a Comment