Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Sunday, July 14, 2013

Ramadhan 1434: Day 5

Ramadhan Day 5

Hari ni me & mr.sallehudin berbuka puasa di Gombak. Rumah mertua I. Jika berada di Gombak dah tentu bazar ramadhan yang dituju ialah Bazar Ramadhan di Greenwood. Lama juga tapak bazar ramadhan ni beroperasi. Setiap tahun tidak pernah berubah iaitu berhadapan dengan shell Greenwood. 

Ramai penunjung dan ramai juga peniaga. Gerai paling hot disini ialah aunty jual vadai. Menurut mr. Sallehudin, vadai aunty ni memang sedap. Ramai yang membeli sanggup beratur lebih kurang 15 meter.. Haha.. Ada 4 jenis kuih tradisional India yang disediakan tapi yang saya ingat cuma vadai dan ada satu jenis cucur yang digoreng bersama jagung. 
(Spot dimana mr.sallehudin? Haha..dikala I yang beratur, die duduk dambil tengok aunty tu menggoreng)


Harga kuih disini tetap sama seperti di bazar lain iaiu 5 biji RM2. Tapi ada satu gerai yang menjual kuih tepung pelita pada harga RM4.50 untuk 10 biji. Bukan ke selalunya harga RM2 untuk 5 biji? Ada satu gerai yang menjual pelbagai jenis kuih tradisional Dan mengekalkan harga 3 biji untuk seringgit.. 


Yang paling menarik ada satu jenis kuih seperti roti gulung yang digoreng bersalut telur. Tapi ini bukan roti. Tapi kentang yang digulung dan mempunyai inti ayam black pepper. Kemudian ditengah gulungan itu diletakkan sebiji cili hijau..wahhh!!


Menu berbuka puasa kami sekeluarga

:: nasi goreng
:: ayam golek maswie
:: vadai dan beberapa jenis kuih tradisional india
:: beberapa jenis kuih tradisional melayu (cara berlauk, ketayap dll(
:: minuman nata di coco
:: teh o panas


No comments:

Post a Comment