Sudah hari ketiga belas berpuasa. Pheww..
Selepas beberapa hari tak ke bazar ramadhan so hari ni kita jelajah lagi. Kali ni tempat dituju Bazar Ramadhan Bukit Jelutong.
Peniaga tak ramai sangat. Rasanya cukup menampung penduduk Bukit Jelutong untuk membeli juadah. Mr. Sallehudin teringin nak minum air tebu katanya.. Beli satu plastik. Rasanya cukup-cukup untuk satu jug. Harga seplastik RM5. Saya rasa agak mencekik darah. Mee rebus pula harga rm4 per set. Kesimpulannya harga juadah disi agak mahal juga. Mungkin peniaga disini ingat penduduk Bukit Jelutong ni banyak duit kot... Hehe...
Menu Day 13
:: mee rebus
:: murtabak ayam
:: donut
:: air tebu
:: milo panas
Ada cerita kelakar.. Mr. Sallehudin beli murtabak ayam sekeping saja. Sampai di rumah, I pun nak siap-siqp hidangkan makanan atas meja. Sekali tengok murtabak tuvada dua keping.. Hehe... Rezeki katanya....
Jom jamu mata dengan biskut sampan kegemaran I... :)
P/s: saya menggunakan hp nexus untuk update menu di blog.. :)
No comments:
Post a Comment