Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Monday, October 8, 2012

Cerita Tentang Blog

Hai..
happy Monday. Walaupun dah lewat petang ni kan.. ~hihihi~
I tak tau nak tulis apa petang-petang cenggini. Tetibe lapar cendol dan goreng pisang. Huss...

Okey.. nak tanya apa tujuan uolls ber'blog'ing ni? I actually dah lama menceburkan diri dalam blog ni. Dulu I ada blog guna nama sendiri. Lepas tu tetibe tak update. Kemudian time tu pulak sibuk dengan fotopages. Sana-sini orang update kat fotopages tu. Termasuk laa I..  :) Kemudian I stop pulak guna fotopages bila orang dah mula sibuk tentang blog.

Kemudian I start blog semula bila dah mula kenal Mr. Sallehudin. Sebab tu I create blog atas nama mrandmrssallehudin. Pada mulanya blog ni menceritakan perjalanan cinta kami (uweekkk..hihihi) dan perjalanan dalam menyiapkan persiapan majlis kahwin kami. Kalau uolls rajin boleh laa baca dari mula blog ni yer.. Muda lagi blog ni. Dalam bulan May 2011 kot blog ni dihasilkan. Dan bila dah lepas kahwin ni blog ni cerita pulak tentang aktiviti selepas menjadi suami isteri..  :)

Blog ni dah macam diari yang menceritakan aktiviti harian kami. Mr.Sallehudin dia memang tak aktif langsung pasal blog. Semua dia serahkan kat I untuk tulis kat blog ni. Penah sekali je dia ada buat entry tanpa pengetahuan saya hokey... tup-tup bila I buka blog tengok dah ada entry yang ditulis oleh Mr. Sallehudin. ~hihi~

I memang tau kita akan mendapat side income dengan menulis blog. Tapi I tak ambik pot sangat pasal mende tu. Biarlahhh..sebab I menulis blog bukan untuk mencari pendapatan tambahan.. nuffnang pun I tak tau amende tu. Tapi I letak jer iklan nuffnang kat tepi blog ni.. hihihi..

Tapi dalam sebulan dua lepas.. baru I terfikir kenapa I tak gunakan aktiviti berbloging ni sebagai untuk mencari side income jugakkan. Tambah lagi status I sebagai suri rumah sekarang ni memberi peluang untuk I sentiasa menulis blog untuk mengisi masa lapang disamping menerima tempahan cupcakes. Bukan setiap hari I akan membakar cupcakes kan.. so I rasa waktu yang ada dirumah setelah ditolak waktu untuk memasak, membasuh, mengemas rumah, menonton drama korea, menonton Adam dan Hawa dan melayan suami boleh juga digunakan untuk menulis di blog picisan I ni.. ~hihi~

Baru-baru ni I sangat teruja bila dapat tau mereka yang menulis blog especially blog-blog yang dah dikenali ramai mendapat income cecah ribu jugak kot. Best kann..Yang mana penulis blog yang comey-comey tu boleh jadi model pulak peragakan baju yang dijual oleh butik online juga.. Ada yang jadi model untuk fesyen designer yang fofularr jugak. I teringin jugak nak dapat sponser post / advertorial post. Tapi ciri-ciri nak dapatkan sponser post tu bukan senang kot. Blog tu mesti capai paling sikit pun 1k viewer kot kan.. Tapi I punye blog tak sampai 200 orang pun view dalam sehari..~haha~ Kawan I penah cakap, kita kena rajin join event yang dihadiri oleh blogger lain so dari situ kita boleh kenal antara satu sama lain dan boleh bertukar-tukar idea.

I paling suka baca blog yang popular macam Yuyu Zulaikha, Yana Yassin, dan Adawiyah. Sonok baca penulisan diorang yang tak boring tu. Pastu mendapat pengalaman menyertai event yang dianjurkan oleh company yang best-best.. hopefully one day my blog akan dikenali ramai dan mencapai pengunjung sehingga 1 juta.. hahaha.. berangannyerrr kan..  :p

2 comments:

  1. Rezeki blog nie pun atas nasib yang pasti kene rajin

    ReplyDelete
  2. Rezeki tak di sangka dalam blogging nie. Terima Kasih sudi baca blog YY yerr :))

    ReplyDelete