Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Loading...

Sunday, July 1, 2012

Semoga Rohnya Ditempat Bersama Orang yang Beriman..

Assalamualaikum...
Semuanya berlaku terlalu cepat. Macam tak percaya tapi setiap yang hidup pasti akan menemui ilahi...

Uolls ingat lagi tak dalam entry lepas I ada cerita tentang my mother in law mengalami kancer paru-paru? Uolls boleh baca entry ringkat i kat sini.. di sini

Hari Khamis, 28 June 2012, waktu tu saya sedang menyiapkan sarapan untuk mr. Sallehudin. Dalam pukul 8.20am adik bongsu Mr. sallehudin coll dan sambil nangis-nangis beritahu yang ibu tak sedarkan diri. Lepas tu sepantas kilat kitorang bersiap, dengan I pun tak mandi lagi time tu.. Perjalanan ke Gombak melalui jammed yang teruk juga. Maklumlahwaktu pagi kan.. orang sebok nak pergi kerja... Dalam pukul 8.40am abang ipar yang yang sulung coll.. tanya kami kat mana? tapi time tu I yang jawab telefon sebab Mr. Sallehudin baru berenti kereta kat stesen minyak sebab nak isi minyak... Abang bagi tahu yang ibu dah tak ada.. I terkejut dan terjerit sekejap, then terus bagi tau kat Mr. Sallehudin.. dia hanya diam tunduk dan nampak ada air mata mengalir...

Arwah dikebumikan pada hari itu juga selepas zohor. Menurut cerita adik ipar I yang bongsu, pagi tu memang ibu nampak lemah sangat. Nak bangun pun tak larat. Tapi arwah ada minta nak minum milo. Selepas minum, adik yang bongsu bersihkan badan arwah dan gosokkan gigi. Selesai bersihkan badan tapi belum sempat untuk pakaikan baju, arwah cakap dia sangat letih dan mengantuk. Tiba-tiba arwah rebah di katil.. Waktu tu adik bongsu memang dah menangis sekuat hati. Seorang lagi adik ipar I bisikkan ke telinga ibu mengucap dua kalimah syahadah.. Selepas tu arwah pun pergii.... At the same time, abang ipar coll ambulans sebab ingat nak bawa arwah ke hospital. Tak lama lepas tu ambulans sampai dan paramediks cepat-cepat berikan bantuan oksigen...etc... tapi ALLAH lebih sayangkan arwah... Alhamdulilah.. proses menguruskan jenazah tidak mengalami banyak masalah dan berjalan dengan lancar. Malam semalam kami telah mengadakan kenduri tahlil untuk hari ketiga.

Kejadian ni berlaku terlalu cepat. Tiga minggu lalu arwah disahkan mengalami barah paru-paru melebihi tahap tiga. seminggu sebelum arwah pergi, arwah menjalani ujian CT scan untuk mengetahui dengan lebih jelas tahap penyakit yang dialamai. Semasa scan dijalankan, Ayah mertua dapat lihat di screen komputer. Katanya, dua minggu lepas semasa ayan lihat scan paru-paru, katanya sel kanser tu menutupi separuh paru-paru sebelah kanan. Tapi semasa CT scan, sel kanser tu dah menutupi dua per tiga paru-paru.

Beberapa hari sebelum arwah pergi, I dan mr. sallehudin sempat bawa arwah berjalan-jalan ke KL Festival. Arwah memang beria-ria sangat nak ke situ. Kami bawa arwah makan Subway. Tapi beberapa hari sebelum arwah pergi, arwah suka marah-marah. Nasi bubur yang adik ipar I masak dikatanya tawar, tak sedap dan tak lalu nak makan... Padahal sebelum ni tidak pernah arwah mengomel. Mungkin itulah perangai pelik yang kami anak beranak tak sedar sebelum arwah pergi...


Gambar terakhir. Empat hari sebelum arwah pergi...
Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman...

4 comments:

  1. takziah. Al Fatihah. moga rohNya dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  2. Takziah, Mimi & Husband. Al-Fatihah..

    ReplyDelete
  3. takziah yer,...smg kita sama2 mendoakan yg terbaik utk arwah...amin!

    ReplyDelete
  4. Ya Allah..cam baru je salam dia mase ko kawen kat Gombak tu...Al-Fatihah utk mak salleh

    ReplyDelete