Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Loading...

Sunday, July 29, 2012

Berbuka Puasa di RnR Rawang

Hai..

Masa kitorang otw balik dari kampung (Bagan Serai) ke KL, I memang teringin sangat nak singgah Ipoh. Tak tau laa apsal ntah nak singgah. So dari Bagan Serai kitorang melalui jalan lama ke Ipoh. Lebih kurang dua jam setengah baru sampai kat Ipoh, maklum laa jalan lama kan..  :)  Dah sampai kat Bandaraya Ipoh tu kitorang pun cari Bazar Ramadhan. I pun baru terhegeh-hegeh nak google kat area mana Bazar Ramadhan ni. Tak sempat nak google, tiba-tiba terus Mr. Sallehudin belok kiri, sebabnya dia nampak satu BazarRamadhan. I pun tak tau apa nama bazarni.. tapi sebelah bangunan Greentown Mall.



Macam-macam juadah ada. Rambang mata I tengok. Kuih warna-warni. I teringin pulak tengok sorang brader tu jual kek batik. Alaa yang buat dengan biskut mary tu. Tibe-tibe I teringat yang I ada biskut mary kat rumah, baru beli minggu lepas belum makan lagi. So boleh wat kot lepas ni.. ~hihi~
I suka tengok cara peniaga ni packing diorang punya kuih muih. Letak dalam bekas polisterin kecil dan balut dengan plastik wrapper pembalut khas untuk makanan. Nampak lebih teratur dan kemas. Customer nak beli pun senang dan boleh menarik keinginan untuk membeli..


Siap ada air Calamansi. Tak tau laa dari mana diorang boleh dapat nama ni. Gabungan asam jawa + lemon dan lagi satu.. tak ingat.. ~hihihi
 

ok lepas membeli kitorang terus pecut balik. Kali ni baru masuk highway. I biasa laa kan setiap kali pegi mana-mana tak kira laa jauh ke dekat, suami pandu kereta.. I buat taik mata.. ~hahaha~ ngantuk beb !
Kitorang tak sempat sampai rumah. Dalam pukul 7 gitu kitorang berenti kat RnR rawang. Ramai musafir berenti sebab nak berbuka pose. Actually dah tak jauh sangat dah nak sampai rumah. Tapi saja laa we all singgah berenti kat situ. Boleh buka pose mood santai sambil picnic.


Menu 9 Ramadhan 1433
Roti John
Kuew Tiau Goreng
Popia Basah
Popia Goreng
Kek Batik
Sirap Bandung
Air Tebu
 

Dalam banyak menu yang ada, I paling suka kuew tiau goreng. sedap sungguh rasanya.  :)
Tengoklah suami saya menikmati kuew tiau goreng.

 Ok.. dah settle makan, I pun masuk toilet kejap. pastu we all pun continue our journey. Setengah jam aje dah sampai our home sweet home.  (^_^)

2 comments:

  1. Calamansi tue rasenyer limau kasturi.

    ReplyDelete
  2. adoiiiiiii sedapnya. cepat2 la waktu buka hehe :D

    ReplyDelete