Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Loading...

Sunday, June 17, 2012

MIL Mengalami Sakit Kronik

Salam Ahad semua...
Lamanya I tak update blog kan.. kesian blog ni diabaikan oleh ownernya kerana keghairahan beliau mengupdate blog dan fb bisnes kecil-kecilannya.. ~ekekeke~

Tapi kali ni I mengupdate satu berita yang sangat mengejutkan. Tentang my MIL. 
Dua minggu selepas mengadakan majlis kenduri bertandang my MIL diserang batuk berpanjangan. Badan jadi lemah. Sebelum ni MIL tak pernah tidur siang hari. Ada ajee kerja yang nak dibuat. Menjahit laa.. main game Angry Bird pun selalu juga. Tapi selepas MIL diserang batuk badan die menjadi terlalu lemah dan tidur diwaktu siang. 

Dekat sebulan juga batuk tu tak reda. Bila keadaan menjadi semakin teruk barulah ke hospital untuk buat pemeriksaan. Sampaikan bau asap rokok dan habuk MIL tak boleh hidu. Kalau ada bau tu dia akan jadi batuk lagi teruk. We all ada planning nak ke Kota Bahru penghujung May hari tu tapi disebabkan kesihatan tak mengizinkan.. we all pun batalkan our planning.

Selepas buat pemeriksaan, MIL kena tahan ward. Seminggu juga di hospital. Kadang-kadang MIL batuk keluar kahak yang teruk. Semasa dalam ward, MIL disyaki Tibi. Satu suntikan diberi. Tapi I tak sure itu ubat apa. Keadaan batuk MIL makin teruk.. Doktor ada buat x-ray. Nampak macam ada satu tompokan di bahagian paru-paru. Tapi doktor masih mengkaji apa tompokan tu. Kemudian doktor kata di bahagian dalam dada ada cecair. Lepas tu doktor syak MIL mengalami paru-paru berair pulak. Doktor ada ambil sampel darah dan rupanya dalam sampal darah seperti ada nanah. 

Lepas doktor buat kajian dan check.. doktor mengesahkan yang MIL menghidapi kanser paru-paru melebih stage 2. Allahhukbar... Kesian.. MIL langsung tak boleh terima yang dia mengalami sakit kronik tu. Hari-hari menangis. Kami anak-anak pun menangis tapi kami perlu kuat sebab kami nak beri sokongan untuk ibu..

Selepas seminggu MIL mengetahui sakit cancer yang dialami.. MIL hanya berehaT dirumah. Setiap saudara mara yang datang kerumah..MIL akan menangis. Kami dah bawa ibu ke homopathi. Hari Khamis depan MIL akan menjalami CT scan, iaitu untuk memastikan cancer yang MIL hadapi sudah menjangkau stage 3 atau 4. Selepas CT scan baru kami akan berbincang untuk menjalankan rawatan kimoterapi..

Sekarang ni MIL sentiasa mahu ada orang disisi. Kami semua cuba sedaya upaya untuk tidak benarkan ibu menangis sebab mengenangkan sakit canser. 

Hope everything will be ok.. Insyaallah.. Kita semua banyak-banyak berdoa semoga MIL cepat sembuh dari penyakitnya...

1 comment:

  1. kesiannya kat MIL you. hmm mimi n husband tak bawak jumpa specialist lain? saja tanya untuk 2nd opinion ke?

    ReplyDelete