Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Loading...

Sunday, July 15, 2012

2 kg Dah Turun :)

Salam Ahad..
Sejak saya diberitahu yang saya mengalami simptom PCOS dan dinasihatkan oleh doktor supaya mengurangkan berat badan kerana mengalami berat badan yang berlebihan, maka saya menyahut nasihat doktor supaya mengurangkan berat badan.

Bukan setakat menyahut cabaran saja tapi atas kehendak hati saya sendiri yang saya mahu kurangkan berat badan saya kembali seperti sebelum berkahwin dulu. Lega dan seronok rasanya sebab usaha saya tak sia-sia. Dalam tempoh dua minggu.. bermula dari 28 June 2012 hinggan 14 July 2012 saya telah mengalami penurunan sebanyak 2kg.. hoyeyyyy.. Dua minggu lepas berat badan saya 57.5kg dan sekarang 55.5kg. My target ialah ingin mencecah 50kg. Akibat pengurangan berat badan telah menyebabkan kedengkian yang melampau dari Mr. Sallehudin.. ~hahahahahaa~


 
Macam mana saya berdiet?
Mula-mula sekali saya google jadual makanan berdiet selama seminggu. Setelah mendapat senarai makanan yang sesuai dimakan so saya pun buat jadual dari hari Isnin hingga Ahad.. Tapi malang sangat sebab saya tak berapa nak follow jadual tu.

Minggu yang pertama memang saya tak makan nasi langsung. Setiap pagi saya makan roti dua keping dengan telur saja dan tosai. Tengah hari pula saya buat udang grill, ayam grill, ikan bakar, speghety dan mihun sup. Setiap makanan tersebut saya selitkan juga dengan salad hijau. Waktu makan tengah hari saya pula ialah antara pukul 1pm hingga 2pm. Tapi start pukul 4pm memang dah terasa lapar pulak. Bila rasa lapar saya minum air milo dan biskut saja. Ada jugak saya makan buah strawberry cicah chokolat.. ~huhuhu~ Menu makan malam pula cuma roti dan telur lagi. Ada jugak Mr. sallehudin suapkan lauk yang saya masakkan untuk dia untuk makan malam. Tapi saya makan sikit saja. Ada sekali tu saya dinner makan chiken chop kat LANUN, Damansara Utama. Sedap giler chiken chop tu.. hihihi.. nanti saya up citer dan pic yer..

Saya start makan tiga suap nasi sewaktu saya ke kenduri kahwin Syubli. Hari tu saya terlebih makan sikit sebab saya hentam makan laksa dan cendol.. ~hehehe~ Bila dah masuk minggu kedua ni, menu setiap pagi adalah sama iaitu roti dan telur. Kemudian selang satu hari saya start makan nasi tapi tak banyak sekadar tiga hingga empat suap nasi saja. Malam pula saya masih menggunakan menu yang sama seperti minggu pertama. Alhamdulilah.. akan masuk minggu ketiga. Semoga saya terus berusaha untuk mencapai berat badan yang diinginkan...

Mr. Sallehudin pun support saya jugak. Dia beli roti , ayam, udang besar dan ikan kembung supaya memudahkan saya untuk grill makanan tu semua. Tapi kadang-kadang dia dengki jugak. Suka ajak saya temankan dia makan nasi laa.. itu laa ini laaa.. ~huhuhu~

Owhh.. tiga hari pertama sewaktu dia temankan saya berdiet, dia pun memberi full support kat saya. Dia pun tak makan nasi dan makan makanan yang saya grill. Tapi lepas tiga hari dia sakit..~huhuhu~ kesian kat dia.. saya dah pesan jgn follow saya diet sebab dia kerja berat tapi dia degil.. hihihi.. Lepas dia sakit, I terus masak nasi untuk dia. Licin dua pinggan nasi dia makan.. ~hahahaha~


Inilaa first time saya makan tosai hokeyy sampai habis!!.. sebelum ni saya tak minat langsung nak makan tosai sebabnya pernah sekali dulu saya makan tapi roti tosai tu masam. Tapi tosai ni sedap dan tak berapa masam. Enak dan lemak berkrim disukai ramai  :) So nanti kalau saya nak makan tosai lagi, saya kena laa ajak Mr. Sallehudin pegi kat kedai mamak Kota Kemuning ni.. Kat situ laa saya makan tosai.. ~hehehe~


Ini hari pertama saya tak makan nasi. Hari tu Mr. Sallehudin tak sempat nak belikan ayam, udang dan ikan lagi.. So saya buat roti bakar makan dengan telur separuh masak dan salad. Kat situ saya ada letak kentang dan jagung bakar jugak..  :)

Insyaallah.. untuk minggu ketiga ni saya akan cuba catit setiap menu yang saya makan dan bolehlah saya berkongsi dalam blog ni nanti yer...

2 comments:

  1. As salam dear. nora kan baru je baca entry kamu lepas2 dan nora notice pasal baju.

    adakah tukang jahit tu kak ani yang kamu maksudkan? sbb kamu ada minta dengan nora kan? Ya Allah kenapa dia buat macam tu yer dekat kamu? nora pula rasa sedih. kenapa dia wat macam tu? nora minta maaf , nora suggestkan sebab sebelum ni nora punya ok je. maaf sangat2 :(

    kalau macam tu la sikapnya. nora xnak recomendded dah. tq sharing entry pasal tu. at least nora tau. thank you. nora dpt pun dari ownner doorgift kt fb.

    thank you dear :)

    ReplyDelete
  2. Good luck on your diet program! ;)

    Anyway, nk share bnd ni.cute sgt.blh la tambahkn ur collection for candy buffet tu kan.hihi

    http://www.groupon.my/deals/national-deal/Zenzendreamcom/716191571?nlp=&CID=MY_CRM_1_0_0_199&a=715827970

    ke u dah beli?

    ReplyDelete