Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Monday, March 26, 2012

Weds Review : Nikah Outfit

Yeahh..
Tema warna untuk majlis nikah saya berwarna grey dan magenta. Tapi rasanya macam tak ada pulak warna magenta tu dalam hiasan untuk majlis nikah. Tak kisahlah janji grey tetap ada seperti yang dirancang.

Saya memilih kain chiffon yang kurang lembut dan kurang nipis. Kain chiffon dan kain lining saya beli di Nagoya. Total harga untuk kain chiffon dan lining hanya RM52 saja. Tak sampai seratus pun. Manakala kain untuk buat baju melayu pula saya beli kat Kamdar. Harga satin lebih kurang RM11 semeter.

Seperti sedia maklum, saya memilih tailor di Kelang. Walaupun pada mulanya saya agak marah dengan tailor tu sebabnya menghasilkan baju yang kurang sempurna dan tak sedap mata memandang. Tak sama dengan design dalam majalah yang saya tunjuk pada dia. Balik rumah memang terus nangis. Tu belum lagi design baju untuk sanding... ~huhuhu~...

Selepas beberapa hari menangis mengenangkan nasib baju nikah dan baju sanding kami, saya mendapat tahu bahawa tailor tersebut menghantar baju saya kepada pekerja dia yang masih belum cekap dalam pembikinan baju pengantin. Sebab tu hasil baju saya amat kurang memuaskan. Tapi mujur tailor tu telah membuat ubahsuaian baju dan mengikut design yang saya mahukan. Dan nasib baik baju melayu sulam untuk nikah dibuat dengan perfect sekali.


Veil untuk majlis nikah saya disponser oleh Non-Cinderella. Sebabnya saya pernah menang contest yang dianjurkan oleh beliau.. Veil yang beliau buat memang perfect. Saya tak perlu nak tambah beading pun sebab memang dah cukup complete. Warna veil dan baju pun memang sepadan. Sebelum veil tu dihasilkan, saya pergi berjumpa Pn. Lijah dan memberi cebisan kain pada beliau supaya senang dia nak memilih chiffon untuk dibuat veil. Bila veil dah siap kami tak sempat berjumpa dan Pn. Lijah pos laju veil tu. Maklumlaa time tu Pn. Lijah nak gi honeymoon..  :) Ekcelli kat depan veil tu saya ada pin kan satu keronsang supaya nampak laa sikit-sikit ala-ala arab gitu... Untuk tudung pula saya cuma memakai inner warna grey yang saya beli kat uptown Shah Alam. Mulanya saya nak pakai selendang yang Pn. Lijah sediakan. Selendang tu simple aje, juz jahit tepi. Tapi tiba-tiba selendang tu missplace. Tak tau letak kat mana. Then, saya pun belilaa inner grey tu pada harga RM10. Rupa-rupanya selendang tu saya dah hantar balik kampung awal-awal lagi.. huhu.. saya terlupa yang saya dah simpan selendang tu dalam almari kat kampung.. hihihi...


Dan.. taraa.. itu super hero saya melangkah tegap masuk ke dalam surau untuk upacara akad nikah. Baju melayu tu dijahit sulam pada leher. Sampin pula kepunyaan Mr. Sallehudin sendiri. Tak pergi beli pun sebab cari dalam almari kat rumah dia jugak. Sampin tu nampak okey aje so sarung kan ajee.. dah jimat disitu  :)  Songkok pula adalah pemberian hantaran sewaktu bertunang dulu. Ada satu keronsang besar yang dilekatkan pada songkok. Keronsang tu dibeli oleh ibu mertua saya...


Nantikan review untuk baju sanding kami yer.. 
adios...

2 comments:

  1. TAHNIAH kak long ucapkan...smg kekal sepanjang hayat...amin! :)

    ReplyDelete
  2. hi3.....mimi bg review baik pny ye......

    anyway, mimi nampak sweeeeeeetttt sgt masa nikah tuu.....tak sbr tggu hapdet lain2 lagi...hehehehe

    ReplyDelete