Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Tuesday, March 20, 2012

Weds Review : Berinai

Salam semua
Im at Cameron Highlands now for pre-honeymoon. Yang honeymoon betul-betul blom tau bila lagi sebab masing-masing dah mula sibuk dengan kerja. Tinggal 1 hari aje lagi cuti..
Tapi disebabkan saya dah tak sabar nak buat review about my wedding, maka saya dan suami turun ke lobi hotel dan menggunakan kemudahan wifi yang disediakan.. :)

Lets saya start dengan aktiviti berinai.
Saya tak ada laa buat majlis berinai besar-besaran dan ala-ala penuh istiadat. Just cuma aktiviti memakai inai saja.


Inai saya sangat simple. Tak ada pun nak ukir-ukir. Bukannya tak nak.. memang teringin jugak nak wat ukiran tu tapi disebabkan kesuntukan masa. Lagipun saya balik ke kampung seminggu sebelum majlis. Kat Bagan Serai ni tak adalah pulak servis henna. Ada jugak try google hari tu tapi tak dapat nak cari infor pasal henna di Bagan Serai. So saya pakai inai yang tiada corak. Style yang biasa orang lain dok pakai tu..


Saya pakai inai sehari sebelum majlis nikah iaitu Khamis malam Jumaat. Yang tolong pakaikan inai kat saya ialah mak long dan beberapa orang jiran serta sepupu saya. Makcik sebelah rumah yang tolong tumbuk dan giling inai tu. Guna inai dari pokok yer...  Saya mampu bertahan selama tiga jam aje. Saya dah siap pakai lebih kurang pukul 9.45pm dan saya cabut semua inai pukul 12.45am. Setelah ditanggal dan dicuci, sangat mendukacitakan sebab inai tu langsung tak merah. Warna pudar. Sangat tak menarik warna inai tu..
 

Memang betul rasa tak puas hati dengan inai tu. Esok pagi bangun dari tidur, saya ambil inai tiub yang mama simpan so saya warnakan semula inai yang pudar tu. Pakai dalam 20 minit aje dan lepastu cuci.. Wowww.. kaler inai yang sangat terang. Barulah cantik dan semangat nak kawen tu bertambah kan... hikhikhik...

Kaki pun saya pakaikan inai jugak.. barulah rasa mood pengantin baru kan...  :)

1 comment:

  1. wah i pd asalnya plan majlis berinai tp x jd..:)

    http://miszatie.blogspot.com/

    ReplyDelete