Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Thursday, March 8, 2012

I'm Not Satisfied

Saya sedih..saya susah hati..saya risau..saya bimbang..
I'm not satisfied!!
Ini sebab perihal baju kawen saya. Before this saya tak pernah cerita kat blog pasal pemilihan baju kawen.
Cadangnya nak terus buat review after kawen. Tapi timbul perasaan yang saya sebutkan seperti ayat diatas sekali..

Mula-mula saya dah buat pemilihan Nilam Butik untuk rekaan baju nikah dan baju untuk resepsi. Tapi Nilam Butik hanya membuat rekaan baju perempuan. Kos untuk dua helai baju ni lebih kurang RM2000. Ini tak termasuk baju lelaki lagi. Setelah berfikir-fikir, saya decide untuk membatalkan pemilihan kat Nilam Butik sebabnya saya bercadang untuk menyewa saja baju yang ttermasuk dalam pakej pelamin dan mekap. Then, saya pergi servey butik pengantin kat Bagan Serai. Butik nie kepunyaan kawan mama saya. Pelamin dan mekap telah di'booking'. Saya mengambil masa yang lama untuk berfikir sama ada menyewa baju atau menempah pada tukang jahit. Kalau tempah dengan tukang jahit, baju tu boleh disimpan sebagai kenangan dan kalau ada rezeki boleh juga buat sewaan kepada bakal pengantin lain.

Walaupun sewaan baju kat butik tu tak lah terlalu mahal tapi fesyen baju yang ada kat situ saya tak berapa berkenan. Lepas tu saya ada servey kat blog b2b dan tengok review diorang pasal tailor masing-masing. Dan ada juga tengok dalam Majalah Pengantin pasal rekaan baju terkini. 

Finally saya tertarik dengan satu review dari sorang b2b pasal sorang tailor ni. Tailor ni mempunyai kepakaran dalam menjahit baju pengantin. Banyak butik pengantin yang menempah baju pengantin dari dia dan ada beberapa hasil jahitannya yang masuk dalam majalah pengantin. Jadi sudah tentu dia boleh menhasilkan sehelai baju pengantin dengan baik sekali. Tambahan pula bayaran upah yang diambil tidak terlalu mahal. Dari seorang bekas b2b saya mendapatkan nombor telefon tailor tersebut. Saya pergi berjumpa tailor tersebut dan menunjukkan fesyen baju yang saya suka.

Selepas pembelian kain untuk membuat tiga pasang baju iaitu baju nikah, baju resepsi dan baju bertandang..
saya terus hantar semua kain tu kepada tailor. Saya hantar pada 1 January 2012. Waktu tu tarikh kawen saya belum diubah lagi, masih pada 24 March 2012. Tapi selepas dua minggu, tarikh kawen saya telah ditukar dan diawalkan seminggu iaitu pada 17 March 2012. Dan saya telah memberitahu tailor berkenaan perubahan tarikh.

Awal February saya pergi berjumpa tailor sekali lagi sebab nak potong sikit cebisan kain sebagai contoh untuk saya cari tudung dan kasut. Saya terkejut sebab semua kain-kain tu masih lagi dalam beg. Sikit pun tailor tak sentuh untuk proses pemotongan kain.. Dia cakap tengah bulan February baru dia nak start buat. So saya tak kisah dan saya yakin baju tu akan disiapkan mengikut tarikh yang dikehendaki.


Hari semakin dekat. 1 march saya coll tailor tanya bila boleh fitting. Dia cakap nanti sebab baju masih dalam proses jahit. Hati saya memang dah tak sedap sangat. Mr. sallehudin suruh saya rilex, jangan push sangat tailor sebab nanti jahit tak cantik pulak. Lepas tu tarikh fitting sentiasa ditunda.

Finally.. masa untuk fitting baju dah tiba. hari ini!! saya baru balik dari fitting baju ni... Ketiga-tiga baju dah siap tapi tak sempurna. Pertama baju nikah saya warna grey ok tapi agak besar. Perlu kecilkan sikit. baju melayu sulam Mr. sallehudin ok dan perfect. Baju sanding saya warna tale blue..hmmm... dah siap tapi nampak macam menggelebeh bahagian tepi pinggang hingga ke bawah. Lengan baju pun agak besar dan menggelebeh. Baju Mr. sallehudin ketat. Nak butangkan baju pun susah. Baju bertandang ok dan sikit puas hati. Cuma beading belum siap. Tapi baju Mr. sallehudin untuk bertandang pun ketat. Sama macam baju sanding!!!

Dan hari ni tinggal lagi tujuh hari kami nak nikah dan sanding baju langsung tak sempurna lagi. Tailor nak gantikan kain baju Mr. Sallehudin. OMG!! Sebab baju Mr. sallehudin ketat dan tak boleh nak ubah lagi. Saya sangat risau kalau warna tale blue tu dah tak ada kat Jakel. Kain tu saya beli kat Jakel. 

Yang saya risau sangat baju sanding tu memang nampak tak sempurna langsung dan tak sedap mata memandang. Saya buat design gaun labuh. Mungkin ke sebab saya beli bridal satin tak sesuai untuk dibuat gaun labuh? Mungkin ke ketinggian saya 151 cm tak sesuai pakai kain jenis tu dan design gaun labuh tu?
Saya tengah fikir alternatif lain. Tailor tu akan siapkan baju hari Ahad ni.. kalau Ahad ni masih tak sempurna.. I donno what to say... Minggu depan dah majlis  :(

Doa dan doa supaya baju sanding yang diidamkan sempurna. Actually orang yang berketinggian 151cm sesuai pakai baju design macam mana? Saya rasa nak menangis sangat sekarang  :(

2 comments:

  1. As salam dear. adakah tukang jahit tu kak ani yang kamu maksudkan? sbb kamu ada minta dengan nora kan? Ya Allah kenapa dia buat macam tu yer dekat kamu? nora pula rasa sedih. kenapa dia wat macam tu? nora minta maaf , nora suggestkan sebab sebelum ni nora punya ok je. maaf sangat2 :(

    ReplyDelete