Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Wednesday, March 21, 2012

Weds Review : MUA

Hi and good morning
Wahh.. hari nie dah start keje setelah seminggu lebih bercuti.
Cuti amatlah bahagia, tapi start kerja amatlah bosan. Dah mula nak stress dengan jalan jammed.. huhu..

Okey.. hari ni nak review about my make-up.
Saya tak hire jurusolek profesional pun untuk menyolek saya.
Mekap saya ni datang bersama dengan pakej pelamin yang saya ambil dari butik Prinsip Gemilang

 

Mula-mula memanglah amat tidak yakin dengan mekap yang akan dihasilkan. Maklumlah jurusolek yang mekapkan saya ni masih fresh lagi dalam dunia andaman. Tapi memandangkan saya meletakkan kepercayaan kepada beliau dan alhamdulilah hasilnya tidak mengecewakan saya langsung.


Solekan yang dihasilkan boleh bertahan sehingga lewat malam. Saya langsung tidak membuat touch-up pada muka ni walaupun hari sudah beransur petang dan ketika itu sessi fotoshoot hendak dilakukan. Dan dimuka saya ni langsung tak ada kesan retakan bedak walaupun sudah lama dimekapkan. Kadang kala ada jurusolek menghasilkan solekan yang nampak garis retak foundation/bedak pada wajah.


 Ini hasil solekan untuk upacara akad nikah. Lepas siap bersolek, saya terus tengok muka saya ni kat cermin. Wowww.. terkagum kejap.. hahaha.. yer laa selama ni mana laa pernah mekap sebegini rupa walaupun dulu saya pernah menjadikan bidang solekan pengantin sebagai pendapatan sampingan.


Ini pula hasil solekan untuk upacara bersanding. Semasa majlis sanding, cuaca memang sangat panas. Nasib baik pun masih tak cair dan cantik lagi dimuka. Memang saya puji hasil solekan MUA saya ni. Saya tak tau nama dia but saya juz panggil dia dengan nama panggilan Kak Ngah aje. Dia masih muda dan masih belajar. 

Sorry saya tak sure berapa harga yang diletakkan untuk sekali mekap. Sebab harga untuk saya adalah dikira sekali dengan pakej pelamin. Tapi saya yakin harga yang diletakkan tidak terlalu mahal. kepada sesiapa yang berada di Bagan Serai, Parit Buntar dan kawasan sekitarnya berminat untuk menggunakan khidmat solekan beliau.. boleh contact nombor ini..
Nama : kak Ngah
Tel no : 017-5094203

Ini gambar suami saya yang comey dan cute.. :p

1 comment:

  1. berbunga2 mke u atie tgk..^_^

    http://miszatie.blogspot.com/2012/03/wedding-in-mood.html

    ReplyDelete