Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Tuesday, January 17, 2012

Teaser : Kad Jemputan

salam semua.. 
B2B macam mana preparation sekarang? ada bagus? ~hikhikhik~

Hari ni nak cerita pasal kad kahwin saya. Sekarang ni saya sebok sangat print my kad kahwin. Simple sangat. Tak de canggih pun. Hope my mom and dad boleh terima kad kahwin yang simple ni. Lepas print kalau rajin boleh add on somthing pada kad kahwin tu. reben ke.. bunga ke...

Kenapa saya decide nak print a.k.a DIY kad kahwin? Ok.. mula-mula sekali memang saya ada buat servey pasal tempahan kad kahwin ni. Saya selalu pergi ke Pameran pengantin dan selalu tengok design kad kahwin yang diorang wat sample kat booth masing-masing. Memang semua cantik-cantik. Ada yang mahal dan ada yang murah. Sesape yang ada budget lebih boleh laa pilih yang canggih skit.. ~hikhik~  Mula-mula saya pun pening tau nak pilih vendor dan design yang mana satu.. puas tanya pada Mr. sallehudin.. tanya die sama ada nak order dari vendor atau design dan print sendiri... Finally.. saya decide untuk design dan print sendiri...

Untuk design tu memang ambil masa lama juga. Sebab saya ni bukan pandai dalam desing mengdesign ni. Apatah lagi nak guna fotoshop laa apee la... :)  So, saya design laa slow-slow.. pikir-pikir.. saya design guna power point ajee.. ~hakhak~ for information kad kahwin untuk sebelah pengantin lelaki juga saya yang design. Dah siap design tapi belum print lagi...

Kertas saya beli kat kedai di Brickfield. nama kedai pun saya dah lupa tapi kedai tu depan jalan besar. Jenis kertas Ivory 230gsm warna putih. Nak print pun satu masalah jugak ni. Nak beli cartridge harga bukan murah. Satu cartridge warna harga dekat RM60. Beli dua cartridge pun tak cukup. maklumlah printer saya pun bukan printer laser jet. Finally saya bawak 100 keping kertas dan print kat office. Nak print kat office pun kena tengok-tengok jugak. Takut manager ternampak print kad kahwin guna mesin fotostat kat office. Kecoh pulak nanti kan.. ~huhu~

TARAAAA..  :) My simple kad kahwin. Sangat simple. Bahagian depan corak-corak,bahagian belakang ayat-ayat jemputan walimatulurus. Tapi peta tak masuk pulak dalam kad tu. So, saya print dalam kertas lain. Satu kertas A4 ada enam keping peta. Pastu kena gunting lah peta tu ok.... Siapa yang nak gunting sampai 1000 tu? Sape lagi kalau saya tak kerah Mr. Sallehudin tolong gunting kan.. ~hahaha~


Cuma sekarang saya kering idea macam mana nak combine kad jemputan tu dengan peta. tak kan nak stapler aje kan.. tak cantik pulak. So.. pleaseeee bagi idea..  :)


Ahaksszz.. ok saya nak continue memotong kad jemputan.. ~chow~ 

2 comments:

  1. wahh.canteknye..aja amik vendor tmpt adik aja keje je..dpt murh ckit.tp design sndiri.xgheti le nak godek photoshop ke..ape ke..huhuhu..

    eh..to combine card wif maps..apa kata awk wat lubang kat belah atas kiri then combine dgn riben..color merah.hehe

    ReplyDelete
  2. AJA : yup.. ikat dgn reben.. cantik jugak.. :)

    ReplyDelete