Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Tuesday, January 3, 2012

Update Tentang DIY

Hohohoho...
Malasnya nak pergi kerja pagi ni. Tidur adalah tersangat best  (*_*)

Apa update tentang wedding? Lagi 79 hari nak nikah. Saya tak nervous untuk nikah. Tapi saya nervous sebab banyak barang DIY belum siap. Apa DIY yang belu saya buat?

Brown Paper Beg + Item Untuk Letak Dalam Beg
Brown paper beg saya kena tampal doily paper dan sticker untuk 2000 pcs paper beg. Tapi nasib baik my abah dah tolong siapkan 500 pcs. Thank you so much abah. :) Saya pula dah tampal 400 pcs paper beg. Tinggal lagi 1100 pcs paper beg tersadai. Aduss.. banyak lagi tu... Item untuk letak dalam paper beg.. belum beli lagi. Itu semua akan beli hujung January dan hujung February.

Uncang
Uncang ni sebenarnya saya buatpun menggunakan kaedah cuba jaya. Tak sangka pulak menjadi walaupun tak lah secantik sangat pun. Saya ada 12m kain satin warna maroon purple yang tersimpan dalam almari. Saya beli kain tu dah lama. Dua tiga tahun lepas rasanya. So, untuk mengelakkan pembaziran saya fikirlah nak buat ape dengan kain banyak tu. Tiba-tiba timbul idea nak buat uncang. Dalam uncang tu saya letak yang macam ala-ala kapas tu.. tapi saya tak tau ape nama benda alah tu. Benda tu kadang-kadang orang gunakkan untuk buat bantal tidur. Tapi bukan kekabu yer. Polistrin ke ape ntah namanya... Benda alah tu pun saya tak beli. Saya amik dari bantal saya yang lama-lama dan yang dah terkoyak tu. Hahaha.. Sekarang saya gigih menjahit uncang tu guna mesin jahit abah saya. Tapi baru 6 aje yang dah siap sempurna. Yang lain-lain tu belum sempurna lagi.. huhu...

Kad Jemputan Kahwin
FYI, kad jemputan tu saya yang design untuk both side. Belasah aje design tu janji boleh print. tapi problem is saya belum print lagi sebab printer tak ada ink.

Guest book Corner
Guest book dah siap. Tinggal lagi nak binding aje. Tapi itu untuk my side. Untuk bertandang side saya pun terfikir nak buat juga. So, saya kena prepare dua buku. Satu untuk saya dan Mr. Sallehudin. Satu buku lagi untuk bakal abang ipar dan bakal kakak ipar. Buku untuk bertandang belum siap.

Bunga Tangan
Bunga tangan untuk majlis nikah disponser oleh Fiza Hantaran. Hari tu menang contest anjuran Fiza. Tapi rasanya saya perlu contact dia balik laa. Diam aje. Bunga tangan untuk resepsi pula saya planning nak buat fabric handbouquet. Mula-mula nak tempah dari Intan Norazam, tapi dia pun dah fully booking. So, berpandukan tutorial dari blog Intan dan beberapa tutorial lain, saya nak cuba buat juga. Bungat tangan untuk majlis bertandang pun saya nak buat juga. Fabric handbouquet juga. Tapi untuk bertandang kalau saya sempat buat..baru saya buat. sebab nak kena buat untuk kuantiti dua. Maklumlah, untuk majlis bertandang ada pengantin. Tapi projek ni tak start pun lagi.

Rasanya itu saja projek DIY yang besar-besar.. Yang lain-lain tu ada juga tapi belum ada progress jugak lagi. Projek besar-besar pun tak siap lagi dah ngada-ngada nak fikir pasal projek kecil-kecil pulak. Tapi projek yang kecik pun nak buat jugak. [tamak]
Owh.. semalam saya jumpa dengan my FMIL. Dia ada cakap untuk majlis bertandang memang tak ada pelamin. Tapi katanya dia nak letak macam satu backdrop untuk pengantin bergambar. Dalam erti kata lain, nak buat ala-ala photobooth gitu kot. So saya cakap kalau nak buat saya boleh buat. Semua backdrop saya akan sponser. Sebabnya, my planning is... lepas kawin saya nak continue wedding business. Tapi kali ni lebih kepada decoration aje. Maknanya, backdrop yang akan saya sponser untuk majlis bertandang tu nanti akan saya gunakan sebagai barang niaga saya. Kepada B2B lain yang tengah cari pakej pelamin, boleh lah contact saya. Business akan dimulakan selepas bulan May 2012 yer kawan-kawan.....

Itu aje kot update pasal kahwin. Hari ini anniversary saya dengan Mr. Sallehudin. Tarikh 3hb tu adalah tarikh kami first date. Im planning nak buat something yang mengejutkan untuk Mr. Salleh laa.. huhu....

1 comment: