Assalamualaikum..
Tiba juga hari Jumaat yang dinanti-nantikan. Mood hari Jumaat ni memang lain sikit. Happy lain macam boleh hilang segala stress sepanjang minggu kerja tu.. ~hikhikik~
Tapi pagi tadi saya memang agak moody. Tengah bersiap nak pergi kerja, lepas tu cari anak tudung tak jumpa.. memang hangin betul. Habis semua baju kene campak..semak jugak laa bilik. Dah tak jumpa amik aje anak tudung lain yang saya tak minat nak pakai tapi terpaksa pakai jugak. :p
Pagi yang sangat moody.. :p
Saya terlalu letih. Setiap hari saya akan set alarm. Bunyi alarm akan berbunyi pukul 5.45am. Beberapa kali 'snooze' so pukul 6am saya akan bangun masak air. Rumah saya ni takde 'water hilter' so sayakene masak air sebab nak mandi air panas. Saya tak boleh kena air sejuk pepagi buta sebab nanti saya mudah kene selsema.
Pukul 6.45am saya akan keluar rumah. Singgah kejap kat gerai makcik jual nasi lemak. huhu..
Kadang-kadang saya sampai office pukul 8.30am.. kadang-kadang kalau jammed sangat pukul 9am baru sampai. So bayangkan berapa jam saya memandu? Pagi lagi dah buat saya letih. Saya tak kisah memandu lama-lama tapi sayajadi keletihan memandu dalam keadaan jammed. Saya jadi stress.... Balik kerja pulak keluar office pukul 5.45pm tapi saya akan sampai rumah pukul 7pm. Memang ramai yang cakap 'thats normal KL jammed' Saya tau tapi saya betul-betul tak tahan menghadapi kesesakan melampau hari-hari. Dengan situasi kerja yang selalu menyakitkan hati...
Mungkin sebelum ni saya keluar bekerja bukan waktu kesesakan sebab sudah lima tahun saya bekerja di company yang memulakan waktu kerja pukul 10am to 7pm. Dulu saya tak pernah rasa penat yang melampau. Sekarang ni saya asyik rasa letih dan mengantuk. Macam manalah agaknya situasi lepas kahwin nanti. Mungkin akan jadi double letih sebab perlu melayan suami pula... ~kehkehkeh~
Sebenarnya saya ingin mencuba untuk meniaga online. Tapi tak tahu apa product yang saya nak niagakan. sekarang tengah servey-servey ape yang menjadi permintaan ramai. Sekarang saya ada menjual Chorcoal Skin care.. :) Ada Chorcoal Cleanser, Chorcoal Nose Pack, Chorcoal Make-up Remover, Chorcoal Mask. Juga ada BB Cream. Kalau berminat boleh email saya for order sweetheartstories@gmail.com. Mungkin nanti saya nak cuba meniaga tudung especially dekatnak raya nanti mesti ramai yang nak beli tudung kot kan.. :) atau pun pakaian baby dan kanak-kanak.. mana lagi ok..? hmm..
Owh.. kemungkinan besar dan insyallah, lepas majlis bertandang nanti saya akan memulakan bisness sewaan pelamin dan servis candy buffet dan chocolate fountain. Mungkin juga boleh dijadikan sebagai pakej. nantilah saya work out mende ni yer.. :)
Ok.. I got to go.. ~tata~
ala.. kesiannya.. sabar ekk..
ReplyDelete