Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Thursday, May 17, 2012

Weds Review : Busana Bersanding

Yuhuuu..
Benda paling penting about my wedding ialah I tak review lagi baju sanding yang I tak satisfied dan I ada pernah cerita dalam entry ni : Not Satisfied

Lets me talk about kain untuk baju. I memilih bridal satin as a our attire. Mula-mula me and Mr. sallehudin saja jalan-jalan ke Jakel Shah Alam. Kata Mr. Sallehudin saja nak servey dan tengok harga kain. Tapi entah ape yang bisik kat telinga I ni suruh jugak beli kain bridal satin yang harganya RM30.++ semeter. My theme color untuk baju ialah biru dan tetiba pulak terjumpa satu kaler yang ala-ala menarik yang jarang orang lain pilih warna tu. Kata salesgirl kat Jakel tu ini warna tile blue.. ok..whatseverrr.. tapi I memang dah jatuh cintan dengan warna ni.. Mr. Sallehudin pun tak membantah bila I mengeluarkan kata-kata nak beli bridal satin warna tile blue. Kalau dia bantah so I pun tak beli laaa.. huhu.. I beli 8.5 meter bridal satin include sekali dengan lace border yang cantik. Yang harga semeter RM200. I pun tak tau laa syaitan apa yang merasuk suruh I beli border lace yang harganya tak masuk akal tu.. Total semua kain yang I beli RM500. ok stop. Jangan nyesal beli, majlis dah lepas pun.. huhu..

I pun hantar ke tailor yang I pernah cerita seperti dalam entry yang I link kat atas tu... Rasanya tak perlu cerita kronologi masa I pergi fitting sebab I dah cerita. Ini I nak cerita kronologi hari yang sepatutnya I pergi collect baju tu dari tailor. 

Me & Mr. sallehudin pergi ambil baju tu hari Ahad petang dalam pukul 5.30pm iaitu sehari sebelum I balik ke kampung untuk majlis kahwin I. Sampai aje kat rumah tailor tu, dia tengah jahit baju lelaki. Untuk pengetahuan baju Mr. sallehudin dia terpaksa ganti yang baru sebab saiz baju tu amat kecil dengan badan Mr. sallehudin. nak pakai pun ketat dan baju tu pun singkat. nak kata my hubby tu berat dan saiz badan bertambah tak jugak.. sebab dekat nak kawen tu berat dia turun sampai 7kg. I aje berat naik 5 kg.. kuikuikui..

Baju I langsung dia belum alter lagi. Me & mr. sallehudin pun pergi jejalan pekan kelang sebab nak cari tudung. Siap pergi lepak kat KFC lagi. Pukul 8pm kami ke rumah tailor sekali lagi. Time tu dia tengah jahit bunga-bunga kat baju I..


hahhhh!!baru dia tau kelam kabut nak bernafas pun tak sempat. I dah bagi kain tu semua 1 Jan lagi.. dah dekat I nak collect baju tu baru dia terhegeh-hegeh nak menjahit. Geram sungguh. Kitorang tunggu sampai pukul 10 malam kat rumah dia semata-mata nak tunggu dia siapkan bunga kat baju tu dan manik bentuk rama-rama kat bahagian leher. 


Finally, nasib baik baju tu ala-ala jadi mengikut imaginasi I. Masa pergi fitting, I tengok baju ni memang tak semenggah langsung. I memang tak ada hati nak pakai baju ni. I dah planning nak pergi cari kain lain tapi dah tentu tak sempat nak jahitkan. Mr. Sallehudin pun suruh I rilex. Kalau nak beli baju lain dah tentu duit lagi nak keluar. Pembaziran lagi..... Tapi nasib baik laa akhirnya baju tu menjadi jugak. Veil pulak tailor tu just potong ikut bentuk D dan jahit tepi. Bunga besar putih kat veil tu I yang jahit dan I sendiri yang tempek dua hari sebelum majlis kahwin I sambil dibantu oleh bakal adik ipar I. 
 

Mak sedara I cakap puteri bunga sebab banyak sungguh bunga timbul kat baju tu. lantak laa kan.. baju I sendiri dan I sendiri jugak yang keluar duit. hahaha.. janji I nampak cantik  :) kalau nak ikutkan hati dan kalau boleh I nak ulang sekali lagi majlis kahwin I tu dan I nak pakai baju yang lebih cantik dan yang lebih puas hati dari yang I pakai hari tu... ~huhuhu~ (tak reti bersyukur). Tapi alhamdulilah.. semua dah selesai sekarang. 

Honestly, jahitan tailor tu memang lah okey tapi I tak suka sikap dia yang sambil lewa. Lagi beberapa hari I nak pergi fitting baru dia terhegeh-hegeh nak potong kain dan jahit kain tu.. Dan lagi satu.. ada ke patut, I dah bagi tau kat dia I nak amik baju tarikh sekian.. tapi on that day baju tu tak siap sempurna lagi.
 

Mari I tunjukkan kesopanan I diatas pelamin. Ditemani pengapit I yaang serba putih dan dua flower girl yang comel. terima kasih kepada pengapit dan flower girl.
 

Ini pulak I nak tunjuk ketidaksopanan I semasa makan beradap. Boleh pulak korek gigi nak tarik sisa ayam terlekat kat celah gigi.. Mr. Sallehudin wat ape tu pun I tak tau.. menikmati kesedapan nasi kenduri kot.. hihihi...

Kesimpulannya, I tak akan rekemen tailor tu lagi kat mana-mana b2b yang bertanyakan siapa tailor untuk baju kahwin I.

Untuk pengetahuan, bersama baju kawen tu jugak I ada hantar 3 pasang kain untuk buat baju kurung aje. Konon nak pakai masa nak melawat sedara mara lepas kenduri. Tapi ketiga-tiga baju tu langsung dia tak jahit. sepasang kain siap missplace lagi. What the hell!!!!
Tapi I suruh jugak dia cari sampai jumpa.

5 comments:

  1. Nak tny, best tak kain tu bila pakai?saya pn beli kain yg sama. Cantik tp takut panas or tak sedap pakai..tp da beli da kt Jakel jgk..agak nonsense kan lace mahal cenggitu.huhu.sy ada review gak psl kain ni..

    http://neng-ana.blogspot.com/2012/05/fabric-hunting.html

    ReplyDelete
  2. tp veil cantek....suka patch bhg kepala tu...kih3.....boleh amek idea...hehe

    ReplyDelete
  3. kat mane bli fabric rose 2? tgh cari jgk ni...

    ReplyDelete
  4. As salam dear. adakah tukang jahit tu kak ani yang kamu maksudkan? sbb kamu ada minta dengan nora kan? Ya Allah kenapa dia buat macam tu yer dekat kamu? nora pula rasa sedih. kenapa dia wat macam tu? nora minta maaf , nora suggestkan sebab sebelum ni nora punya ok je. maaf sangat2 :(

    ReplyDelete