Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Loading...

Saturday, May 12, 2012

Weds Review : DIY Uncang

Hi...
Mood nak buat entry wedding review mencanak-canak pulak sekarang ni. hihi.. bagus mimi :)
Hari nak cerita tentang DIY uncang yang saya buat. Uncang yang terhasil dalam 100 pcs. Semua uncang ni saya guna barang sedia ada..

:: Kain satin kaler pink maron - sedia ada kat rumah. Kain ni dulu saya beli nak buat baju melayu untuk family masa raya tiga or empat tahun lepas. Tapi abah saya tak suka pakai baju same kaler katanya macam boria. So kain satin ni tersimpan aje laa dalam almari rumah kat kampung. Untuk elakkan pembaziran, saya ambik kain ni dan bawak balik KL. Then, saya pinjam mesin jahit letrik dari abah dan bawak balik KL jugak..

:: Kekabu dalam uncang - Ini pulak saya ambik dari bantal lama. Haha.. saya koyakkan bantal lama yg tak pakai then guna kekabu ni.. hihi.. ada laa dua bantal..

:: Reben kaler grey - reben ni pun saya beli dah lama. Banyak roll jugak saya beli dulu tapi tak ingat beli untuk ape.. huhu..

:: Bunga pink - bunga ni pun asalnya saya beli dulu kala nak buat pomander ball. Lepas tu ada balance, so simpan. Tapi untuk buat uncang ni, bunga pink tak cukup. So saya beli lagi 1 paket. Harga dalam RM15 untuk 100 pcs bunga..

:: Tali Uncang - tali ni saya kena beli laa sebab tak de. Saya beli pun harga RM15 tapi tak ingat berapa hinggit.. Tapi cukup jer untuk siapkan uncang ni semua.

 

Saya mula menjahit uncang dari awal lagi. Dari beberapa bulan sebelum kenduri kawen. Sikit-sikit saya jahit, akhirnyaaaa.. dapat laa 100 pcs. Gigih giler saya jahit mende ni. Lepas jahit ikat pulak reben pastu gam pulak bunga pink tu kat reben grey. Mr. sallehudin ada jugak tolong ikat reben tu. Tapi saiz uncang ni tak seragam. Ada yang besar, ada yang kecik skit. Malas lah nak ukur.. belasah jer gunting kain satin ni. agak-agak jer saiz kain yang nak digunting tu.


Uncang ni semua saya gunakan sebagai door gift untuk tetamu yang hadir pada majlis akad nikah. Seronok diorang dapat uncang ni semua. Tapi agak kagum gaks laa diorang ni sebab tak sangka saya yang jahit uncang ni semua.. Ini baru uncang. Belum menda lain yang saya DIY.. kehkehkeh..


Actually selain dari dua kaler ni, saya ada buat uncang kaler lain jugak. Ada merah polkadot dan biru polkadot.


Taraaa.. merah polkadot. Kain nie saya beli kat kedai kain Kelang. 1m dalam RM3 lebih kot.. Tak ingat pulak. Reben hijau memang sedia ada. Bunga merah kecik tu saya beli RM5 aje untuk 100pcs. Uncang ni dapat dalam 25 pcs.
 

Kain biru polkadot ni beli kat kedai kain di Kelang jugak. Both kain merah dan biru polkadot tu saya beli semeter setiap satu. Reben pink dan bunga biru tu memang dah sedia ada.

Hahaha.. mesti uolls confius kan banyak mende yang dah sedia ada... Saya memang suka beli dan kumpul reben. Tak tau laa sebab ape.. asal nampak kaler yang kiut dan murah saya beli pastu simpan. So untuk elakkan pembaziran, saya DIY benda-benda yang bahan-bahannya saya tidak perlu beli banyak. Beli sikit-sikit tu ade laa... Uncang biru dan merah polkadot tu, saya buat untuk bagi pada family pengantin lelaki masa majlis nikah. saya memang puas hati dengan penghasilan uncang ni semua...

Im also planning nak buat uncang ni untuk majlis kenduri adik lelaki saya juga this October. Yupss.. adik lelaki saya pun nak kawen lepas raya haji ni..  :) penat lagi mama and abah saya.. kehkehkeh..

1 comment: