Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Sunday, April 1, 2012

Entry 200 dan Aprilfool

Hai semuaaaa..
Ini adalah entry saya yang ke 200.. banyak jugak yang saya dah tulis kan..
Tapi sepanjang kewujudan blog ni tak pernah sekali pun Mr. Sallehudin menulis kata-kata hikmah dia di dalam blog ini. Semuanya ditulis oleh Mrs. Sallehudin saja. Btw, he will do that.. satu hari nanti.

Terima kasih kepada semua yang sudi membaca blog saya yang tak seberapa ni. Sebenarnya blog ni tak sampai setahun lagi. ;) Saya tak kisah berapa ramai follower blog ini. Saya menulis sekadar suka-suka dan menceritakan kenangan saya dan bekas tunang sepanjang menyediakan persiapan perkahwinan saya. Sekarang blog ini akan menceritakan kenangan kami (Mr & Mrs Sallehudin) sebagai suami isteri pula.. :)

Yang menjadi kemuskilan saya disini ialah tiba-tiba blog ini menerima kunjungan yang agak banyak berbanding dulu kala. Terima kasih semua yang sudi berkunjung ke blog yang tak seberapa ini. Saya akan terus menulis.. Insyallah.. dan kalian semua harap dapat terus memberi sokongan kepada blog ini...

Owhhh..
Hari ni juga ialah 1 April...
Sebenarnya minggu ini adalah minggu yang sangat hectic. Hari Rabu malam saya terbang ke Pulau Pinang kerana mengikut Mr. sallehudin outstation disana. Tapi disana saya betul-betul dapat berehat sepuasnya.. Tinggal lagi tak pergi mandi swimming pool aje.. :) Hari Jumaat malam kami balik sebentar ke Bagan Serai. Tak sah rasanya kalau pergi Penang pastu tak balik kampung kejap. Maklumlah Penang dan Bagan Serai cuma satu jam perjalanan saja. Kemudian esok pepagi Sabtu selepas hantar mama ke Kemunting kami pergi semula ke Penang sebab nak menjemput dua orang staf Mr. sallehudin nak balik ke KL. Pukul 6 petang baru kami bertolak balik ke KL...

Sampai di Gombak lebih kurang pukul 10 malam. Ibu menelefon kami ajak ke rumah mak teh di Seremban. Memang saya pun nak berjumpa dengan pak teh sebab nak discuss pasal pelamin untuk majlis bertandang nanti. FYI, pelamin untuk majlis bertandang saya akan DIY sendiri sambil dibantu oleh beberapa orang yang lain yang belum dikenalpasti siapakah gerangannya.. hehe :)

So..sampai aje di Gombak kami terus bergegas pergi Seremban pulak. Kami berdua dan abg Zaki, abang ipar saya tu... dalam perjalanan memang saya tertidur sebab ngantuk sangat.

Mr. Sallehudin : Cukk.. ada bunyi tefon, ada miscol tu..
Mrs. Sallehudin : (saya yang terlelap kat seat belakang terus tersedar dari tidur dan terus check hanfon)
 tak de miscol pun...
Mr. Sallehudin : Aprilfoolllll.... hehehhe...
Mrs. Sallehudin : (gggrrrrrrr...!!!)

Hayooo.. bengang betul saya tau..
Kitorang sampai rumah makteh pukul 12 tgh malam... memang tak larat. sampai aje mandi terus tidur..
zzZZzzz...

No comments:

Post a Comment